30 September 2011

langit biru tulip




usah kau cemari segar dedaun hijau
selagi mentari malu menyepi
sedang bunga kian berseri lagi

-Hanis Zikri-









Koukenhof Gardens, Amsterdam.
Serius nak pergi. Sadis?
at least sekali sebelum kau kahwin.

haha.

29 September 2011

Alhamdulillah

Pagi-pagi haritu Kak Irma dah call. Rupanya nak bagitau excited jadi makcik. ahaa.
Alhamdulillah.

Tadi call Cake Mee. Semangat sungguh Cake bercerita pengalaman dia bersalin.
Nurse kejamlah, urilah, sakit (ini sudah tentu), hilang sakit bila baby keluar (hormon-hormon. heh), dll..

Sepatutnya due 19 Oktober, kira berminggu-minggu awal jugalah.

Hujung-hujung tu Cake Mee cakap,
"Rasa macam baru je hantar Hanip ke airport, sekarang dah jadi mak daa. Macam tak percaya."

haha.

Samalah Haniff, macam semalam tulis entri ni.

Lawak betul tyme Pakde call mbah tu,
"Mak jadi jadi mbah boyot."
Mbah balas, "Apa? Kenapa dengan mbah boyot?"

hah. tula. salah timing berkias. =)

Selamatlah, moga Irfan Syah terus sihat dan menjadi anak soleh, penyejuk mata ayah dan ibu.



"Hanip bila nak balik tengok baby?"


Haa...kalau semata bergantung pada 'nak', Anip jawab, esok!


27 September 2011

Yaya!


Yaya yang cantik gutatik, comel gumamil, putih gutatih.
Argh.
abang nak culik seminggu bawak sini boleh?

Wah, Yaya officially jadi makcik dah sekarang.
Jangan garang-garang!

25 September 2011

Keindahan dan Hati

Terkadang dalam satu hari, dia jatuh hati berkali-kali.

Fragmen 1

Mentari hampir terbenam. Dia dan rakan-rakan bergurau senda menanti pick up tiba ke dewan. Angin bertiup nyaman, arena telah surut dan tenang. Nun di kejauhan burung-burung terbang berkumpulan, gemalai namun teguh liuk sayapnya.

Setibanya pick up biru cair itu, mereka memunggah gulungan tikar, periuk dengan lebihan makanan, meja dengan kakinya 'dipatahkan', kerusi-kerusi, pinggan mangkuk cawan jamuan VIP,  dan ya, diri mereka sendiri ke perut pick up. Pick up bergerak dan dia merenung awan.

Setibanya di lampu isyarat, dia terlihat pohon di kanan, berdaun kecil berbunga ungu. Sudah sering dia mahu bertanya gerangan nama, namun setiapnya dia terlupa. Kemudian salah seorang rakan bersuara,
" Fuh, esok dah kelas. Budak junior hutang aku satu hujung minggu."
Masing-masing tergelak, awas dengan niatnya mahu bercanda.
Di hujung tawa, dia tersenyum, hatinya bersuara di dalam, "Jika benar demikian, bukankah kita turut berhutang?"

Lampu masih merah. Kenderaan sesak. Di sebelah kiri, dia terlihat seorang anak kecil, lingkungan umur tiga empat tahun, menempel di cermin kereta. Spontan, dia melambai. Berbalas. Senyum. Berbalas. Dia mengangkat tabik. Berbalas. Dia tergelak. Budak kecil itu tersenyum, terlompat-lompat. Agaknya begitu jualah rasa hatinya tika itu; melompat gembira.

Lampu hijau, kenderaan bergerak. Mereka tetap saling melambai hingga hilang masing-masing dari pandangan. Luntur 'penat'nya (konon) satu hari, dek adegan kecil diaturkan.


Fragmen 2


Dalam perjalanan ke lapangan terbang, dia bersembang dengan pemandu,
' Awal ya musim sejuk tahun ini, hujan sudah turun.'
' Bukan. Ini belum tiba musim sejuk. Hujan kali ni adalah 'hujan memandikan zaitun.'
Dia terkejut, teruja, lantas bertanya, 'bagaimana?'
' Hujan ini untuk membersihkan zaitun, untuk nantinya menerima hujan lebat awal musim sejuk, yang menyuburkan. Kalau hujan yang ini tiada, zaitun takkan berbunga dan berbuah, walaupun disiram dengan air paip.'
'Berapa lama?'
' Allahu Taala a'lam. Mungkin dua tiga hari, mungkin seminggu.'

Subhanallah.

Rasanya bukan sepurnama dua dia menetap di sini, perkara asas sebegini rupanya dia tidak tahu.
Teringat dia sekalian ayat Quran seiras menyebutkan,
'dengan hujan, Kami menumbuhkan/ menghidupkan/ mengeluarkan.'
Benarlah. Subhanallah.

Fragmen 3


Pagi, dia bergerak ke universiti. Sepanjang jalan dia melihat tinggalan jerami gandum yang subur musim panas lepas. Kawanan bebiri gemuk-gemuk meragut. Sesekali terlihat sepetak-sepetak zaitun muda. Selebihnya dataran coklat, berselang barisan pohonan condong ditiup angin. Fikirannya kosong. Kosong.

Bas biru terus meluncur laju. Walau bas berhawa dingin, penumpang bersesak; peluh mengucur juga di dahi. Bas tiba akhirnya di Pintu Utama. Sewaktu kaki melangkah turun, telinganya sempat menangkap bacaan Quran yang sedari tadi dipasang dalam bas.


Dia tergamam. Bergetar seluruh tubuh.
Dia bertanya pada hati, mengapa 'kataba'?mengapa 'nafsihi'? Ar-rahmah?
Tidak pernah pula dia membaca tafsir tentang ini. Tidak juga dia arif ilmu bahasa arab, hingga tahu apa yang tersirat sebalik kata-kata itu. Hatinya menjawab, halus berbisik.

Jawapan yang dia sendiri tak tahu menjelaskan.

Lantaran gembira terharu dengan jawapan itu, 
dia menangis semahunya.




_________________________________________________


Keindahan bertebaran, asal sahaja kita mahu memandang.

Dalam halus rintik hujan, ingin sekali dia menuliskan,
' Bagi seorang pencinta, kehilangan hati barang sehari adalah suatu mimpi ngeri!'

23 September 2011

Setelah Sekian Lama

...Irbid kembali menemui hujan.
Musim sejuk menjengahkan kepalanya, meminta izin bertamu.

Ah, kalau bukan sebab ramai orang, saya dah berjalan-jalan sambil tersenyum-senyum dalam hujan tadi. Rintik-rintik halus itu, seperti selalu, membangkitkan persoalan adakah saya mampu benar-benar tulus, seperti tulus jujurnya sang hujan mengkhabarkan.

Malam-malam musim sejuk, malam-malam yang selalu menerima kunjungan ilham.
Malam-malam musim sejuk, adalah malam-malam kenangan. malam yang panjang.

'tadi juga adalah sejarah'.

Senyum.

21 September 2011

sesuatu yang kita tinggalkan untuk kita teruskan.

video
Granada, menanti muzium dibuka.

Kanak-kanak gembira bercempera.
Seorang dewasa masuk kerja.


_________________________



Setiapku membutir batu
pada masa lalu
gelombang beriak wajahmu.
hujung lingkarnya
alam kanak-kanak kita
tersenyum mesra.

( Akhir sebuah puisi panjang.)


______________________

sesuatu yang kita tinggalkan untuk kita teruskan.

mengenang sambil mengaduh;
 menyakitkan.
mengenang sambil mengeluh;
 melemahkan.

kenanglah sambil tersenyum;
memikirkan.

di celah jemari
terhimpun kemudi
sesuatu yang kita teruskan untuk kita tinggalkan.

20 September 2011

Mereka Dihantar ke Manchester

Buat entah siapa dari entah siapa.
Kebetulan.



_____________________________________

For You Manchester Boy

Tabah kau ( semua tunduk hormat )
Senyum kau ( istimewa tentu, walau tak pernah pun kami tatap )
Kasar kau ( yang dizahirkan, namun tak sentiasa itu yang terlihat )
Sengal kau ( ramai yang terkena, bingung sebenarnya )

Tak ramai yang tahu,
esak tangis kau ( bila ujian demi ujian berat menghambat )
sesak dada kau ( mengenang pengorbanan insan membesarkan )
serabut jiwa kau ( memikirkan tugasan tak kunjung selesai )

Tiap kali dibicara,
"Luahkan. Tak semua mampu kita simpan."
Kau balas. Kau lama tahu bicara ini.
"Bagaimana? Sedang padaku ramai manusia menggantung kekuatan."

Lalu segala,
esak tangis,
sesak dada,
serabut jiwa,
kau kuburkan dari manusia
Namun kau balut
kau hias warnakan
hadiah terindah
buat Tuhan.

Cuma satu aku harapkan,
sebelum sampai syurga,
kau jangan jadi gila!


_____________________________________


untuk kamu, gadisku..

tulisan itu
tak pernah gagal
memberi senyum pahit
memberi tangis manis

kembali mengingat
malam yang panjang
ditimpa ujian demi ujian
hati yang lelah
memilih antara syukur dan sabar

pulang ke rumah
dipujuk gelisah
dibelai penuh hemah

dek tulisan penuh cinta
ditulis buat entah siapa.

dia yang jauh
mengirimkan berita
aku yang bingung
merasa indahnya

Tuhan mengatur
begitu sempurna





...
...


duhai gadis di manchester,
usailah rajukmu

Tuhan-Mu menunggu!

_______________________________________

Mereka tidak bertemu.

Ketentuan?


18 September 2011

'Teropong Hati'

'Alam itu kadang-kadang bisu dan kadang-kadang berkata, kadang-kadang muram dan kadang-kadang gembira rupanya. Semuanya itu bergantung kepada warna teropong hati yang melihatnya.'



from here...





...another 300 steps.



dia pergi dan terus berjuang, melukiskan alam.


Koleksi lain...

Barca Amman


Irbid

Amman-Irbid

Pantai Remis

Pantai Remis



'Kerana kekayaan yang sangat dicita-citakan oleh ahli seni bukan kekayaan wang, tetapi kekayaan bahagia, kekayaan alam yang tercurah ke dalam kalbunya.'

Petikan-petikan daripada Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

Melihat matahari terbit dan terbenam, saya paling suka pada simbahan cahaya ungu. Biasanya ia mendasar, tipis, terbias dalam celahan cahaya jingga yang pelbagai lapis. Karam jiwa ditakluknya, jatuh hati lantaran curamnya.

Subhanallah.

Teringat orked di laman rumah.
Teringat lavender di laman rumah...orang.
Terfikir tulip ungu! 
Will it be more majestic than the blue one? 
Or even happier than the yellow one?
________________________________________


Gambar tak lawa, salah mode. hah

But this is certainly better than some random doodling. =)

17 September 2011

Jalan Pulang


Adakah pendakian
akan memudahkan
jalan pulang?





Pulang dari Al-Hambra

14 September 2011

Pagi Madinah

Sayup dari Baqi'
si pelukis terjaga
bangkit menyimbah cahaya.

Payung membubung tinggi
mekar umpama bunga
terhimbau nyalaan warna.

Gerai-gerai masih sepi,
tetamu belum putus
menziarahi Nabi.



8 : 23 pagi
Bab As-Salam
Masjid Nabawi
Madinah Al-Munawwarah
9 Syawal 1432H



_______________________________

Boleh layan dengan time lapse  iramawarna ni

10 September 2011

Nidzam Yatimi


Untuk semua kenangan kita di sekolah itu,
terima kasih

itu menjadikan aku aku.






09 September 2011

Aidilfitri Tahun Ini

Oh, Aidilfitri tahun ini, sejujurnya, berlaku mengejut.
Kerana kami menyangka akan ada lagi malam 30. Ramadhan satu hari lagi. Terpinga-pinga juga awalnya. Takbir sayup-sayup sahaja kedengaran, tidak dilaungkan berjemaah selepas maghrib seperti kebiasaan kita di tanah air.

Pagi itu saya pakai baju melayu putih kiriman mak dari tanah air. Kawan-kawan bergurau, raya kita 3 tahun belakang ini semua di tempat berbeza, Jordan, Malaysia, dan tahun ini, di Mekah. Usai solat raya (?), kami singgah di Felda. Sembang panjang 3 jam dengan pelajar Mara Mesir. Bayangkan betapa kejam kami, kupon makan Felda 70 riyal untuk seorang itu kami kongsi sampai lebih 7 orang! Dapatlah merasa sedikit sate, kuah kacang, kuih-muih. Nikmat akrab sembang itulah yang lebih terasa.

Istimewanya kami dapat melihat bagaimana pelbagai bangsa menyambut raya. Pakistan, Arab-arab pelbagai negara, Hindustan, Turki bersama anak-anak kecil comel mereka.

Hari seterusnya, memang sudah tiada suasana raya. Berjalan seperti biasa.

Malam tadi sampai ke rumah. Demam bertandang pula di akhir perjalanan. Buka peti ais. Jamah kuih raya yang juga mak kirimkan. Sayu juga. Terkenang mak ayah dan adik-adik. 

Oh, perlu bersiap menyambut adik-adik baru. 'Adik' Emma, selamat datang ke Jordan! Selamatlah menikmati musim-musimnya, nanti akan kita lihat bagaimana benar-benar bumi hidup semula selepas musim sejuk. Tentu, selepas mengharung dengan tabah gigilnya musim sejuk itu!

Sekarang, untuk balas dendam, mahu turun ke dapur memasak rendang. Rendang belasan Syawal..jadilah..dari tiada. hah.

Wahyu Pertama


Begitu cinta. darinya terubat duka.
Begitu cahaya. darinya sirna gelita.




________________________________________

Gara-gara meninggalkan handset dalam bilik hotel, saya ditinggalkan rakan-rakan lain yang menyertai rombongan pelajar Mesir mendaki Jabal Nur ke Gua Hira'. Sudahnya, saya mengimbau kenangan enam tahun lepas, pergi bersama Andalusia Tours.

02 September 2011

Permaidani Doa

Andai ada doa lebih tinggi
dari diampun segala dosa
dari pelepasan neraka
dari kurnia Jannatulfirdaus
dari limpahan redha-Nya
dari memandang wajah-Nya
dari sapaan dan senyum Nabi...

Andai ada
pasti telah kudoakan untukmu ayah ibu

kerana permaidani ini masih banyak celanya
moga kan tersedia jalan lebih sempurna
menghantar kalian ke syurga.




17:31
3 Syawal