Showing posts with label Fatrah Exam. Show all posts
Showing posts with label Fatrah Exam. Show all posts

27 February 2012

pseudo id


aku ingin membencimu dengan sederhana
setelah rindu keliru daun pada angin
yang melepasnya dari ranting.



______________________________________

II

Kalaulah benar, antara self, id, ego, superego, persona, dan shadow adakah setiapnya boleh berpuisi?
lalu kalau mereka bertanding, puisi siapa agaknya yang paling indah dan paling dalam?


_______________________________________

III

+ which one is your favourite?
- angular gyrus and superior colliculus.
+ if you were to choose one?
- the latter

_________________________________________






12 January 2012

20 minit

Saya manfaatkan masa 20 minit exam tadi untuk memerhatikan pattern soalan dan merancang strategi belajar GIT summer break nanti.
haha.

Provided nothing catastrophic happen to my CNS, and UGS, insyaAllah.

lalala.

Sekarang saya serahkan baton exam untuk buahhatibuahhati Mesir. Serius rindu ( Chef ) Cha ar.
Selamatlah kalian!


(cuba teka emosi-emosi dalam entri ni. hah)

18 October 2011

LAPAR



Kami kelaparan setiba di Rome, mencari restoran pasta halal.
Ditunjukkan tempatnya dalam peta oleh pegawai bertugas di Pusat Informasi Roma Termini.
Jalan-jalan, pusing-pusing.

Nampak restoran kebab, peniaganya warga Arab. Masuk.
Bertanya dalam Bahasa Inggeris,
"Maaf, awak tahu kedai pasta halal dekat sini?"
Peniaga menjawab acuh tak acuh.
"Tidak. Tidak. Tiada kedai halal."

Senyum. Tukar taktik.
Bertanya dalam Bahasa Arab, soalan sama,
"Maaf, awak tahu kedai pasta halal dekat sini?"

Serta merta, dia pandang saya tepat ke muka. Wajahnya bertukar lunak.
Memanggil pekerjanya, disuruh menunjukkan restoran itu.
Dekat sebenarnya.

Senyum lagi.




Kami melahap dengan sangat ...







Oh ya, 


semuanya gara-gara tertinggal keretapi.




( Musim exam ni biasanya aktiviti dapur besar-besar dihentikan. Maka, begitulah.)

15 October 2011

Alkisah Pelvis










Only in pelvis, a false one can be greater!


Anatomically speaking, 'only' only applies as far as I  have found, or in that matter, remember.=)

20 August 2011

Immunology


Yeah, esok exam Immune. Kami pelajak Medik, mula pukul 12. Pelajar dentist mula pukul 3. Soalan sama; kadang cemburu juga pelajar dentist dapat soalan bocor dari kami. Patut buat selang seli lah kan. Baru betul kerjasama. hehe. =)

Buku teks Immunology yang saya baca ni dipinjam dari Muhamad Hariz Hazwan bin Mohd Zarir, 'professional photographer', 'wild life free trekker', dan sekarang ni ( sebab dia cuti ) 'part time medical student'. Kalau ikut cerita sebelum cuti dia mahu ke Indonesia, Vietnam, daki Gunung Kinabalu blablabla...Kaki kembara betul.

Dia ada conteng-conteng sikit kat buku ni. ( Habit yang saya juga ada ). Saya turunkan dua daripadanya.

Yang pertama ni tak taulah dia tulis sendiri atau dapat dari mana-mana, tapi cambes woo.
" Read son, Probably one day, it could be life saving knowledge you're reading now."




Yang kedua,

There's no such thing as..
"Rezeki diorang lambat sikit,
rezeki awak awal. Ada yang rezeki awal tapi habis cepat.
InsyaAllah awak cepat start, habis lambat."

There's only rezeki meets preparation.



Selamat menjawab exam kawan-kawan sekalian! dan selamat bercuti!!!

04 March 2011

Kau yang Di Hujung Dunia


Pagi Jumaat.
Indah istimewa seperti Jumaat lainnya. 
Sarapan biskut cicah teh tak bergula di Musolla.
Dengan kawan-kawan.
Oh, bukan. Dengan adik beradik Az Zikr.


Entah dari mana, ada burung berkicau pula pagi ini.
Eceh.
Blablablabla...
( Takpe, kita skip part ni )


And after some vigorous studying, out of nowhere, suddenly,
"Anippp!!"

Huh, siapa?

Leo!!!

haaaaaa


Ammar Adam to be exact.
Aduh, lamanya tak jumpa. Lamanya tak sembang.
Dia sekarang di Sydney, sambung belajar engineering.

Skype dengan dia.
Tanya khabar.
...
....




He sang a few songs, with his vastly improved guitar skills (amik hati) , and his trademark sulky (?) voice.
Hey There Delilah, Kotak Hati, Dan Sebenarnya...
( Ammar! lagu tak jiwang takde ke?? )


And 'our' favourite,
Semua Tentang Kita.

Alaa, dia bukan nyanyi penuh pun, segan konon. Ceh.



Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

Reff:

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa





Kami selepas SPM di sekolah pondok atas bukit. How years have passed.
Things changed.
Tapi kami....matang tam! hah






Ammar masa study...hmm, PSI rasanya. 
Habit study atas katil ni aku amal sampai sekarang, mar. Cis.




Dan saya menyuarakan keinginan nak ke sana! Keinginan yang bermula semasa bersembang dengan Nguyen Minh, guru high school Sydney, di Venice tempoh hari. Tapi jauuuuuuuuuuh la.

Dari sini, jumpa Malaysia dulu! Baik balik Tanjong Karang. haha.

Takpelah mar, aku kumpul duit bagi cukup tambang. The rest kau tanggung ok? =)


Dear dear friend, you really made my day!



Must Dash!
Love always.

( yang ni tiru tak ingat dunia. hah )

02 March 2011

Rajuk


Saya menyapa, tidak pula ia menyahut.
Saya ketuk-ketuk pintu. Beri salam berkali-kali.
Sunyi.
Ah, parah!

Saya tahu ia ada di situ, tapi tak dibenarkannya saya bertamu.


Hati.

Seminggu ini, entah kenapa, hati saya merajuk.
Sungguh dia merajuk. Bingung saya dibuatnya. 

Ini bukan yang pertama.
Namun, bila dia merajuk, saya juga seolah mati.
Hilang rasa.
Macam sungai ( atau mungkin jika hati ini memang kotor, longkang lebih sesuai disebut) yang tersumbat, dihalang alirannya dengan batu besar.
Macam thrombophlebitis lah senang cerita!

Tidak pula rasanya ingin meminta hati yang baru. Sangat sayang dengan hati ini. Banyak yang kami tempuhi bersama.

Selama seminggu juga saya mencari sebabnya. Memerhati diri. Ukur baju di badan.
Ada hati-hati lain yang terluka dengan saya mungkin. Dan hati saya yang ini telah lebih dulu tahu sebelum saya.
Dan yang paling risau kalau hati-hati yang terluka itu milik ibu ayah saya. Kalau mungkin ada 'terasa' dengan tingkah saya.

Sudah berbicara dengan mak abah. Semua baik nampaknya. Mak baru-baru ini sudah develop satu habit, setiap hujung bicara kami, mak akhiri dengan 'kalimah syurga', " Mak redhakan semuanya, bang".  Fuhh. 


Hati merajuk kerana banyak cebisannya sengaja saya tinggalkan di Sepanyol. Mungkin.
Hati merajuk kerana dosa-dosa maksiat saya yang terang atau terlindung, saya perasan atau tidak. Mungkin sekali.
Hati merajuk kerana saya banyak meniupkan ujub, riya', sum'ah dan segala lain yang menjadi ketakutannya. Mungkin.
Hati merajuk kerana saya tidak sungguh menjaga solat berjemaah. Bagaimana subuhmu? Subuhmu?!Subuhmu?! Aduh.
Hati merajuk kerana diri berlebihan tidur dan makan. Mungkin.
Hati merajuk kerana diminta bersama menimbangkan perkara yang telah sama dipersetujui jauh di hadapan. Mungkin.

Hati merajuk kerana enggan diajak bersama study HLS. Err, ini sepatutnya tidak mungkin.

Saya cuma mampu membuat telahan. Mungkin benar kesemuanya. Cukup menggelisahkan.


______________________________________________________


Saya mengimbas kembali 'episod-episod' rajuknya hati saya yang terdahulu. Oh. Ada satu taktik pujuk yang berkesan sebelum ini. Melawat rumah orang.







Perkampungan barzakh.
Perkuburan Islam Tanjong Karang.
Kubur Mbah Lanang, bersebelahan dengan Lek Esah ( Ummi ).


Hmm.
Kena cari juga ni.
Tanya-tanya risik-risik, saya dapat tahu ada sebuah perkuburan Islam di Qariah As Sorih, terletak dalam perjalanan Irbid-JUST.

Sengaja pulang dari jamiah lewat, saya mengambil teksi ke sana.








Sampai, bagi salam, cari port, duduk diam-diam, buka Al Quran.
Surah Yasin.







-Lalu ditiuplah sangkakala, maka seketika itu mereka keluar dari kuburnya (dalam keadaan hidup ), menuju kepada Tuhannya.


- Mereka berkata, " Celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur) ?". Inilah yang dijanjikan (Allah) Yang Maha Pengasih dan benarlah rasul-rasul (Nya).


-Teriakan itu hanya sekali sahaja, maka seketika itu mereka semua dihadapkan kepada kami (untuk dihisab).


-Maka pada hari itu seseorang tidak akan dirugikan sedikitpun dan kamu tidak akan diberi balasan, kecuali sesuai dengan apa yang telah kamu kerjakan.





( Saya rujuk kemudian dari sini, menyebutkan, frasa  " Celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur) ?" bukanlah bermakna mereka tidak akan diseksa dalam kubur, tetapi berbanding dengan apa yang akan mereka hadapi, siksaan tadi hanya seperti 'tidur sebentar' ( nap ). )






-Dan kami tidak mengajarkan syair kepadanya ( Muhammad ), dan bersyair itu tidaklah pantas baginya. Al Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang jelas,


-agar dia ( Muhammad ) memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup ( hatinya ) dan agar pasti ketetapan ( azab ) terhadap orang-orang yang kafir.




Al Quran, memiliki bahasa terindah.
Tiada 'syair' yang layak terbanding dengannya.
Menjadi peringatan dan pelajaran paling agung.
Untuk semua yang hidup. Yang hidup.




Scene untuk ayat-ayat ini akan terjadi di sinilah. Di sini. Tempat saya sedang duduk. Saya membayangkan kubur-kubur dibongkarkan, manusia-manusia dibangkitkan, masing-masing dengan kerisauan dan kegembiraan masing-masing. Ada raut bahagia, raut derita.  Alangkah mengharukan.

Betapa dunia adalah persinggahan.
Hanyalah.

___________________________________________________________

Agaknya, kalau ahli kubur ini dapat bersuara, dan saya mendengar suaranya, apa ya akan mereka katakan?

Mereka yang telah percaya; melihat kehidupan sebenarnya.
Mereka yang telah memilih jalan hidup dan melihat akibatnya.

Ada antaranya yang sebelum ini telah tertipu dengan kehidupan dunia.
Ada antaranya yang telah berjaya menjadikan dunia jambatan untuk akhirat.

Ada yang diberikan ruang seluasnya; petanda nikmat menanti yang bakal dikecapi.
Ada yang terhimpit ruang sesempitnya; petanda azab yang tersedia.

Ulang soalan.
Kepada saya, warga akhirat yang masih di dunia, apa agaknya yang mereka mahu sampaikan ya?


Adakah mereka akan menyebut,

"Makanlah sedap-sedap puas-puas kenyang-kenyang di dunia. Di sini tiada makanan."
"Hiburkanlah diri. Di sini tiada internet connection, kelab malam, games, football match, tiada TV. Bosanlah!"
" Dirikanlah mahligai besar-besar, cantik-cantik. Kumpullah harta banyak-banyak. Di sini rumahnya, walaupun percuma, sangat kelam, sunyi, dan busuk. "
"Dapatkanlah pangkat, pengaruh, dan kuasa. Gunakanlah apa-apa cara. Besar kau di dunia, besar pula kau di sini."

Aduh.
Betapa tidak.
Betapa tidak.


Di sini sebenar kembara kita bermula.
Kembara tanpa sempadan masa.
Kembara, yang ditentukan akhirnya, dengan usaha kita di dunia.

Tidak seperti kembara biasa, di sini tiada peluang kedua.
Well, mungkin ada. Tapi bukan dalam jaminan kita.



______________________________________________

'Ya Ilahi. Laa takilni ilaa nafsi'







Wahai hati,
ini hadiah untukmu,
aku menanti di luar pintu.
menanti kau menjemputku.


Moga saya tak lupa,
pemilik hati yang sebenarnya,
yang memberi pinjam segalanya buat saya.
Allah.

Dari-Nya segalanya, kepada-Nya segalanya.







26 February 2011

time machine


like lymphatics,
we cannot afford things going back.


not just because.

18 December 2010

Anti Histamine?

Laa... Ana Phalaxis.





cis. hambar. haha


Bahana Pharma.

Saya rasa musim exam Pharma adalah masa pelajar-pelajar perubatan di sini belajar paling ganas sekali.
Ya, ganas.

Exam lain macam masih bertamadun lagi. Tapi, Pharma... memang 'istimewa'.




First exam dulu.




Tadi.
manusia dalam gambar tu langsung tak bersalah.
Penyeri gambar je. ha



Best sungguh suasana 7-8-9 orang datang bertapa di rumah.
Masing-masing semangat (gila) study.
Berbincang. Bertukar-tukar 'pendapat'. 

Rugi saya terlelap awal malam tadi. Cadangnya mahu habis study dulu, baru bincang.
 Adeh, lena pulak tu tidurnya.

Tapi part paling bes, masa makan, berbuka laaa.
Semua tak berkira.
Ini musim sejuk. Jadi, makanan memang diperlukan dalam kuantiti yang 'luar biasa'.
Tapi, dengan semua tak larat, tak sempat masak, selalu order je.
Kalau masak pun, sesimple mungkin.
Yang ada, kongsi bersama.
Oh!



Gap dua minggu. Exam berturut. Tiada alasan.





Selamat kawan-kawan untuk final exam!!




_______________________________

 ( Ya ya ya..sepah-sepah tu kami dah kemas la. haha.

23 October 2010

Betapa, Walau di mana, Kita Memandang Bulan yang Sama.



(Juga Gunung Stong, Kelantan. Senyum mak memang jadi penawar lah!)

Mak dan adik mahu mendaki Kinabalu tahun depan. Hanis, kita bagaimana??
ha.



________________________________________

"## Now, Could we repair the deaminated cytosine????
Yes. But could we repair the 5-methylated cytosine??  No, and I explained this at the beginning
**5-methyl cytosines are hot spots and they are located near promoters and they are sites for mutations, so once you have 5-methyl cytosine that means that there’s a mutation and it causes a lot of hot spots
So deaminated cytosine will be converted to uracil and by base excision repair you can remove these uracils and obtain cytosine.
How these cytosines are retained instead of uracil??
A: By base excision repair mechanism.
This 5-methyl cytosine was deaminated spontaneously into thymine, now the question is how can we get cytosine from this thymine??
Could we do base excision repair to convert it??
A: No, we couldn’t. Because thymine is not foreign to the body."


Nak highlight ayat last tu je. Saya ambil dari lecture note Genetics no 8.

.....

Itulah.
Nampakkan.
Kadang musuh yang bagaimana hebatpun mampu kita tewaskan,
tapi bila 'musuh' itu berupa 'diri sendiri'....

haih.

Sudah namanya jihad terbesar kan.





p/s: Saya rasa kita pun kena masukkan nama-nama penulis lecture notes
(selain nama pensyarah)  tu alam doa kita la. Banyak jasa mereka. =)

Ok. tajuk atas sekali tu memang takde kaitan.






19 October 2010

Selamat...errr, untuk saya.



Salam.

Tadi exam Biostatistics.

25 haribulan nanti exam Pharmacology.
26 exam Genetics.
30 exam Pathology.
6 haribulan 11, Microbiology lak.

Tolong doakan lagi ya.
Resultnya ok.
Isi pelajarannya mesra.
Ilmunya berkat.

Dan segala gelumang kami dengan kertas-kertas soalan, lecture notes, handouts, Al Qusour, dan lain-lain semuanya dikira ibadah, tidaklah menjadi seolah 'debu-debu berterbangan'.

__________________________________
Atas tu menggambarkan mood saya.
Gambar Kamil Ghazi, ketua kelas berdedikasi yang kuat studi.
(Sori ambil gambar yang tak menyerlahkan kehenseman sebenar kau.haha)