Salam.
Pada cuti sem yang lalu, saya berpeluang melanjutkan
pelajaran pemandangan ke negeri orang.
Ke Turki. Alhamdulillah.
Banyak yang ingin saya ceritakan, tapi kita mula dengan ini.
Kembara kami, Jejaka Akhir Zaman Jambu ( disertai Naim Deraman, Ismi Hamid, Mahdi Ibrahim, Salam Abdullah, Faiq Zaini, Amirun, Zaki, Helmi, dan Fahmi, Syuib, dan saya ) ke Turki kali ini sekitar Istanbul sahaja. Pengecualiannya, kami ke Bursa pada 6 Februari, tepat sebulan lepas.
Tiket feri ke Bursa seawal jam 6.30 pagi, kami harus bersiap awal. Ha..terkejar-kejar juga.
Hmm..saya tidak larat bercerita, dan kalian mungkin kurang rajin membaca. Jadi, kita lihat gambar ya!
Di dalam feri. Bertolak ketika mentari baru muncul menjengah bumi.
Lepak di kawasan kanak-kanak dalam feri.
Bergurau dengan si kecil. Seorang namanya Ahmad, seorang lagi saya lupa. Mereka pun baru kenal.

Saudara Salam. Baru tiba di Pelabuha Bursa.
Menaiki teksi ke Pergunungan Uludag.
Snow was everywhere we laid our gaze upon..
Hari ini matahari terik memancar hingga saya berpeluh dalam baju sejuk.
Amat sesuai untuk bermain ski.
Tiba!
Benam kamera dalam 'tanah'. Ini hasilnya.
Salji pada pokok.
MULA BERMAIN SKI
Kami menyewa peralatan bermain ski, 15 lira( X 2.5 untuk RM) sahaja untuk satu hari. Fahmi seorang memilih untuk bermain snowboard dengan tambahan lagi 5 lira.
Semua bergaya, yakin dan bersedia!
Tidak sabar untuk meluncur laju melintasi permukaan salji.
Terbayang aksi-aksi pemain profesional yang ditonton dalam TV.
Setelah bermain...ini reaksinya!
Memetik kata-kata Naim, yang menggambarkan situasi kami,
" Nak pakai ambil masa 30 minit, baru main 3 saat dah jatuh!"
Ha...ini yang dimaksudkan dengan 'pakai'...susah da bagi kami..he
Gambar sekitar kawasan bermain ski.
Saudara Mahdi. bergaya beberapa saat sebelum jatuh.
lambat dia mengalah. Saya??ha..lihat gambar bawah ni.
Ha...'tersadai' bawah pokok. Rehat......
................padahal dah putus asa. Haha..
Gempak! ( Angan-angan pun jadilah... papan ski pun tak melekat kat kaki tuu..)
Suka reaksi natural Faiq, kiri sekali. ...pegel...ha
Perfect to describe our emotion...haha. Salam sekali lagi menjadi model.
SUDAH - SUDAH
Ha..sudahlah 'kisah sedih' kami bermain ski.
Gagal kali pertama bukan bermakna gagal selamanya, bukan?
Kami pujuk diri.
Kita lihat gambar pemandangan pula.
Naim 'beruban'..
Helmi...merenung masa depan?
Teruja melihat salji setinggi ini.
Perjalanan pulang dari Uludag ke Bursa, kami lelap hanya 5 minit selepas masuk ke dalam teksi.
Penat!
All in all, this is indeed a nice day to remember!
TAMMAT