Kredit untuk
http://www.flickr.com/photos/reisgekki/
I
Bunga.
Berkenalan dengan tulip kuning ini di Turki.
Ada kisahnya.
Terasa Tulip ini sangatlah cantik. Tulip ini tidaklah kembang mekar seperti ros. Atau segah lavender. Malu-malu. Dan daunnya, ya daunnya hijau lembut, seolah melengkapkan 'kesempurnaan' tulip ini.
Tahu tulip memang jadi kegilaan di Turki ini, sehingga ada ' Tulip Age' di sini.
Merujuk kepada zaman pemerintahan Sultan Ahmad III ( sultan ke-23 ) dan 'bendahara' Nevsehirli Damat Ibrahim Pasa. Banyak kemajuan zaman ini. Dan tulip mencapai status yang sangat tinggi. Menjadi idaman semua. Lebih lanjut, tanya Encik Google.
Blame Turkey for making me fall in love with you!!
II
Secantik-cantik bunga di rantau orang, bunga di laman sendiri yang menambat hati
Teringat orked mak tanam depan rumah.
Dulu sebelum mak decide nak tanam orked, ada tanam pokok renek lain,daunnya hijau terang, ada macam 'buah-buah' warna oren. Tak tau pula namanya.
Saya ada nilai sentimental dengan pokok hijau itu. Entahlah. Mungkin kerana lamanya dia di situ. Mungkin kerana 'buah-buah' oren itu sering saya kumpul, buat main baling-baling, gesel-gesel dengan bata, pastu bau-bau. (apa jadah pun tak tau buat camtu ). Mungkin hanya kerana...dia setia...mudah dijaga...tak merajuk-merajuk. Oh, lupa beritahu, masa ini saya darjah dua. Atau tiga. Lupa.
Masa mak mula-mula suarakan nak tanam orked (masa tu saya pun tak tau orked tu apa, budak dalam iklan susu dengan Ako Mustapa tu lagi bijak) saya tanya, di mana?. Mak kata kat tempat pokok hijau tu. Saya sudah rasa semacam. Macam protes sikit-sikit. Tapi, sebab orked pun belum beli, saya cubalah juga sedapkan hati.
Petang itu, semasa pulang dari sekolah agama, saya terkejut.
Pokok-hijau terang-dengan-buah-oren itu sudah tiada!
" Mak dah cabut ke pokok tu?" ( obviously, ini soalan bodoh, tapi bayangkan saya tanya dengan nada geram)
" A'ah...kita nak tanam orked."
"Kenapa tak tunggu abang balik dulu??!!!!"
I stormed ( ceh!) masuk ke dalam rumah. Baring atas katil. Teka apa saya buat. Menangis. Ya. Sungguh tak jantan. Kalau budak perempuan, mungkin la boleh cakap, "
maybe its hormonal kot". Saya? tiada alasan. Awek kat sekolah taklah buat hal (gurau2..ha), ustazah taklah marah-marah, makan semua cukup...songkok tak hilang..baju siap gosok..cuma...saya tetap tak boleh terima hakikat,
"Mak dan Abah 'bongkarkan' pokok renek itu untuk memberi laluan kepada orked."
Saya buat kesimpulan waktu itu, saya tak suka perubahan.
Saat itu.
Selepas itu, mak beli orked, kami semua ikut, mak tanam penuh kasih sayang.
Selepas itu, saya siram pokok itu petang-petang, masih terasa hati, "kaulah perampas pokok hijau aku".
Selepas itu, hati terpujuk sendiri tengok orked-orked harum, warna warni.
Terpujuk tengok mak senyum.
( Mak Abah, adik-adik tak tau tentang ini,
until now...haha)
Kemudiannya, saya belajar menikmati perubahan itu. And i'm glad that it happened.
Dalam banyak hal. Dalam banyak hal. Dalam banyak hal.
Perubahan biasanya ada pengorbanan. Keluar dari zon selesa. Risiko. Kadang kita memilih perubahan, kadang perubahan dipilihkan untuk kita. Terpulang bagaimana kita mahu hadapinya. Dan mahu menanggapinya.
III
Tapi belakangan ini, saya lihat orked-orked itu semakin tak bermaya.
Ok. dapat satu idea.
"Menerima adalah sebahagian dari memberi."
Mari buat
equation.
Katakanlah saya minta mak serikan semula taman orked tu,
Mak takkan kecewakan saya, lagi-lagi bila setahun tak jumpa = mak akan tunaikan permintaan saya = mak akan cabut rumput, beli baja, beli orked baru, siram petang-petang dengan penuh kasih sayang = duit, masa, banyak habis = mak penat, penat sangat-sangat, peluh mengalir laju-laju = mak senyum, takpe, ini untuk anak = kemudian, saya balik, saya gembira tengok bunga lawa-lawa = emak
gembira ganda ganda ganda lihat saya gembira = sebab gembira, sekuntum bunga mekar dalam hati saya = setaman bunga mekar dalam hati mak.
Nampak tak kawan-kawan???
nampak tak betapa kejamnya saya
" Dua..sayang berpanjangan...membawa ke syurga...kasihnya ibu."
Apa mesej saya. Seksa mak? Well, it goes beyond that.
Selama ni, mak tak pernah merungut kita mintak macam-macam.
Mengandung sembilan bulan, ujian demi ujian, kena pantang-pantang, jalan tak cergas ( lagi-lagi bila meteng tuek ).
Masa baby, nangis malam-malam tak henti-henti, demam, mak tak boleh tidur.
Masa kecik-kecik, kejut mak malam-malam ( padahal mak baru je lelap dan itu saja waktu berehat ) , 'mak, nak kencing.', 'mak, lapar..nak makan'.
Semua mak ladeni.
Setelah semua ini, apa yang pernah kita korbankan untuk mak??
Kawan-kawan bijak bestari, mesti boleh
calculate sendiri kan yang lain-lain tu.
IV
Mak, ini ganti abang tak wish birthday mak, segan-segan ucap selamat hari ibu, dan buat muka tak tahu bila mak tanya, 'rindu mak tak?'. Memang tak seberapa, takkan mampu sebanding, tapi abang tahu mak akan ingat sampai bila-bila.
Mak yang lahirkan, menyusukan, membesarkan abang. Satu-satunya dalam dunia. Tiada tara. Mak lagi cantik dari tulip kuning tercantik di dunia, lagi seri dari Ungu Kamila (ha..pengaruh RAM), lagi wangi dari orked paling wangi.
Mak, kita setuju kan, 'rasa...kadang tak mampu diungkap kata'.
Sebabnya? Satu. Mak adalah mak abang. Dunia akhirat.
Blushing. kesat air mata mak. ceh..
Dan lagi satu, masa skype nanti, sila buat tak tahu. Abang malu. hahahahahahahahahaha.
Ha, abang tahu, lepas ni mesti mak tulis sajak panjang-panjang dalam diari sambil lipat kain pukul dua tiga pagi...kan?kan?kan? ( sambil kenyit mata) kah3.
________________________________________________________________
( masa menulis entry ini sama dengan empat round game PES yang kawan main di sebelah. )
Berjaya buat satu entry pusing-pusing tanpa hujung pangkal. Masa saya mula tadi, langsung tak tahu
endingnya begini. Maaf, kawan-kawan, entry nh ala gadis-gadis baru mencapai umur matang. Saya rasa ini kesan tidur siang, jaga malam sempena
summer (dengan hadiah ngeri mimpi-mimpi pulang Malaysia), dan
severe effect of studying antomy & OC hampir serentak, dua-dua berebut tempat dalam otak.
p/s : annoying kan selit bahasa omputih celah-celah bahasa Melayu indah kita ni. Saya pun tak suka rojak-rojak ni sebenarnya. Aiya...Ampun ya para pencinta Bahasa Melayu.
p/s 2 : Lebih seminggu berlalu, tapi saya pasti peristiwa Freedom Flotilla hari itu, tidak kita lupa, kan?