14 February 2011

Madinah Az Zahra, bukan puisi cinta.











Cherry blossom. Sama namun membawa kisah berbeza.



Apa kau ingat tu tongkat sakti?? haha





Taj Mahal,
sedari kecil agungnya dikisahkan.
Hari ini, kita saksikan sendiri,
Madinah Az Zahra,
berkongsi jalur yang sama.
Dan sepanjang kemanusiaan,
entah berapa yang terbina
untuknya perempuan.

...........
...........
...........
...........
...........
Dan sepanjang kemanusiaan,
entah berapa yang musnah
kerananya perempuan.

Teman,
di Cordova,
wajahmu terbias duka.
Saat sama,
walau seribu kali berulang,
takkan pernah bisa aku senyumkan.

Seperti bicaramu teman,
'Cinta dan perempuan'.
Telah cukup kita lalu untuk tahu,
setelah itu,
tentang mengapa,
tak perlu lagi kita lanjutkan.


Redup cahaya mentari,
deru merdu semilir pawana,
hijau tua hikmah pohonan pain,
hijau tunas muda saujana rerumputan,
kuning bungaan kecil menghiasnya,
biru muda langit cermin ketenangan,
dan putih mulus lagenda cherry blossom. 




Adalah ciptaan Tuhan,
tiada tertanding binaan manusia,
menjadi lagu,
nyanyian suara alam.
menjadi warna,
lukisan wajah alam.

Biarlah mereka menjadi saksi,
adalah hari ini,
untuk kita kenang, dan abadikan,
'Lelaki dan persahabatan'.




___________________________________________


Aku tak rancang pun untuk ini,
Aku tak niat pun untuk ini,
Aku bukanlah nak pun ini,
It just decides to be born.
Takkan aku nak biarkan terbuang tak bernama yatim piatu kan.
Jadi, harapnya, kau tak terharu. haha.

=)

Apa-apa pun, selamat hari lahir. Walau tak sepertinya, anggaplah ini satu hadiah ya.

Hari ini dalam sejarah. Pertama kali tulis puisi untuk lelaki!

.....ha, pasal perempuan. Dari awal kembara sampai hari ini, ramai pula pak-pak arab yang kita (dan aku) jumpa bersungguh berminat mengambil perempuan melayu sebagai isteri. Beruntunglah kita lelaki melayu! hahahalal.

11 February 2011

Moments in Naples ( A Day in Pompeii )

Assalamualaikum.

Naples merupakan destinasi akhir kami di Italy. Keputusan untuk ke sini hanya dibuat sehari sebelumnya.
Plan awal kami ialah day trip from Rome to Pompeii, tapi memandangkan hostel pun tak (terlupa, tersilap ) ditempah untuk hari akhir di Rome, kami buat keputusan ke Naples.

Ha, kenapa tulis pasal Naples dulu pulak?
Sebab Naples adalah destinasi paling saya suka di Itali.
Sebab tempat lain dah ada orang tulis dulu. Rasa nak rebut tempat last ni. hah.

Kami bergerak dari Roma Termini dalam jam 8: 30 pagi ke Naples, mengambil arah Sorrento, selepas bersarapan secawan cappucino dan seulas (?) roti di Bar Roberto.

Perjalanan ke Naples sangat lawa. Ada laut. Ada gunung ganang. Teruja.

Sampai sahaja di Central Station Naples, kami bergerak ke Hostel. Boleh tahan jauh juga kami berjalan.
Naples 'kurang bersih' kalau dibandingkan dengan bandar-bandar lain  sepanjang kembara kami. Di tepi jalan kelihatan ramai orang berkulit hitam berwajah ( tampan ) garang menjual barangan 'pasar malam'.

Automatik rasa nak meningkatkan keselamatan diri.

Saya dan Shafiq pada mulanya memilih bilik dorm 4 orang. Rupanya kami ditempatkan bersama 2 orang perempuan yang..err.. perempuan. hah. Tak tahulah nak describe macam mana. Tak sanggup.

Setelah berbincang dengan receptionist, beliau menukarkan kami ke bilik private yang kebetulan kosong, hanya dengan sedikit tambahan bayaran.  Alhamdulillah.

Ada masalah.
Duit terlalu besar, 500 euro.
Receptionist yang friendly tu membuat reaksi terkejut dan mengatakan,
"This is only the second time in my lifetime to see this note" 

Sudaaah. Bila hujung-hujung kembara ni, biasalah, duit pun macam cukup-cukup je. Beliau memberitahu, ada bank yang beroperasi 10 minit berjalan kaki dari hotel. Cis. Kami berlari sepuluh minit baru sampai rupanya.
Tapi, bank tak mahu memecahkan duit. Mungkin juga, masalah komunikasi. Kami pulang dengan hampa .

Setelah menerangkan kepada receptionist tadi, beliau faham dan 'melepaskan' kami pergi sebelum membayar. ( Lagipun passport kat tangan dia, nak lari mana ye dak )

Episod kedua berlari mengejar train ke Pompeii. Memang macam explorace lah. Orang tempatan tengok mesti semacam je, "pehal la budak-budak ni...". Tercungap kepenatan semua. Mission failed. ( dan memang impossible pun sebenarnya ). Train terlepas.
( Tapi bes woo main lari-lari )


" Tak kisahla, yang penting, we are all in this together"

Dalam perjalanan menaiki train ke Pompeii, kami berbual dengan Julio. A student and vocalist of a band.
 ( Saya tak tahu which one is his part time ). Main muzik reggae dan metal. Gaya sopan dan calculated, tak metal langsung. Err, ke orang metal ni memang sopan-sopan. heh.

Dia ada tanya, apa muzik kegemaran saya.
Hmm, kalau jawab betul 100% jujur, jawapan saya tentulah, apa sahaja yang Sudirman dan M Nasir nyanyi. Tapi, takut dia ternganga lak. Jadi saya jawab, muzik ' country'. Ha, tak dapat jujur, tapi taklah menipu kan.

Dia beritahu,
"Naples may be beautiful to be seen as a tourist, but it is a ***** place to live in. You know, with all the mafia problem, corrupt politicians... they take all for themselves."

Dalam perjalanan, kami dapat melihat Mount Vesuvius mengeluarkan asap hitam. Active volcano. Julio beritahu, kalau keadaan macam ni, pihak berkuasa takkan benarkan orang mendaki gunung tu. Nasib baiklah kami dah batalkan plan mendaki tu awal-awal.

Dalam train, selak-selak Al Quran, Allah temukan dengan surah Fussilat muka surat 1,2,3. Peringatan untuk kita tentang kaum 'Ad dan Samud yang ditimpa bala kerana ingkar kepada Allah.

Tersentuh dengan ayat 15. ( Saya tuliskan direct dari terjemahan)
"Maka adapun kaum Ad, mereka menyombongkan diri di bumi tanpa ( mengendahkan ) kebenaran dan mereka berkata, "Siapakah yang lebih hebat kekuatannya dari kami?" Tidakkah mereka memerhatikan bahawa sesungguhnya Allah yang menciptakan mereka. Dia lebih hebat kekuatan-Nya dari mereka? Dan mereka telah mengingkari tanda-tanda ( kebesaran ) Kami.

Allah.
Betapa manusia selalu lupa diri bila dianugerahkan kekuatan. Setelah diteguhkan kedudukan di muka bumi, manusia lupa dengan apa ia mencapainya. Adakah manusia sendiri menciptakan minda fikiran mereka, tangan, kaki, dan segala anggota...

Lagi, adakah manusia mampu memberikan pancaindera?
Ada yang punya telinga, tanpa pendengaran.
Ada yang punya mata, tanpa penglihatan.

Hatta sampai sekarang, bukannya kita tahu kesemuanya bagaimana 'penglihatan melihat', 'pendengaran mendengar'...

Allah. Betapa semua diberikan-Nya.


Dalam fikiran, set awal-awal, ini adalah tempat laknat, tempat azab. Untuk kita ambil pengajaran. Bukan hanya suka-suka tak menentu kan?

Setelah tiba di perhentian Pompeii della Villa Misteri, kami turun. Saya dan Shafiq pun sebenarnya lambat perasan, hingga ada yang nyaris-nyaris tertinggal. Adeh. Train berhenti dalam 10 saat je.


Entrance ke Pompeii Scavi terletak berdekatan dengan stesyen keretapi.

Pemandangan setelah melepasi entrance Pompeii. Bayar 11 euro untuk masuk.


Porta marina e cinta muraria.
  Nama cambes je.
 Dikatakan ia mendapat nama 'marina' sebab pintu ini menghala ke arah laut.






Temple of Apollo.
Statue yang asli disimpan di Naples Museum.


Kawasan Forum, main square.
Terletak antara persimpangan dua jalan utama. 
Ada penghadang jalan kat tepi untuk halang chariot (  penunggang 'beca kuda' lalu. )

Langit biru, awan dan banjaran gunung tu. Ah...
( Saya harap gambar ni luluslah. Takde niat langsung nak 'curi' )




Jalan-jalan di Pompeii. 
Jalan ini memang biasa dibersihkan dengan air. 
Jadi, mereka meletakkan batu untuk memudahkan lalulintas ketika jalan dibersihkan.
 Satu batu menunjukkan jalan sehala. Dua batu menandakan jalan dua hala.
Kalau tiga, maksudnya itu jalan utama. Berhala-hala lah kot. ha

Bunga sekuntum,
mencari hidup di celahan bata.


Untuk pengetahuan kawan-kawan, di sini terdapat banyak anjing yang mesra. 
Ha, mereka memang dibela.
Dan, pihak Pompeii Scavi mengharapkan pada sesiapa yang berminat 
untuk membawa pulang 'the man best friend' ni agar mereka mendapat kasih sayang secukupnya. 

Melihat dunia.
Kadang terfikir, selama ini, seluas mana pandangan kita sebenarnya.




Jalan ke arah amphitheatre.





Ketiga gambar kat atas ni menunjukkan Forum baths.
Ada empat bilik sebenarnya.
apodyterium ( dressing room)
frigidarium ( cold room)
tepidarium ( warm room )
caldarium ( hot room )

Lupa which is which.

Tulisan kat tepi basin pada gambar ketiga menyebutkan harga untuk sekali masuk.
(atau begitulah yang saya faham)

Standard la lepas mandi-mandi, mesti nak makan kan. 
Berdekatan dengan bath tadi, ada Fast Food Outlet.

" Dale3 Karsyhak satu!"


 
Jalan-jalan, teringat, ( sebenarnya tadi taklah terlupa pun, tapi redah jalan je ), saya dan Shafiq belum solat.
Gunalah kompas yang berjasa sepanjang kembara ni.

Meremang rasanya solat kat tempat azab ni. 



Terbayang betapa makmurnya kota ini sebelum dimusnahkan.



Ha, calon gambar untuk tulis sajak.





Mayat-mayat original.
Semasa ditemui, mayat mereka memang dalam keadaan elok, dipelihara oleh lahar gunung berapi. 
Pengkaji mendapati bahagian dalam mayat ni ada ruang kosong, antara tulang dan daging yang reput.
Jadi mereka cuma sumbat 'plaster' dalam tu untuk mengekalkan bentuk asal.
Posisi, ekspresi muka masih dapat dilihat.
Ngeri.



Beauty...that destroys.



Amphitheatre. 
'Macam' tak boleh masuk.
Tapi, kami degil, naik juga. 
It was worth it.
Fuh, cantik.
Kat bahagian bawah ni, kalau kita cakap, bergema. 
Tempat ni pun untuk menonton gladiator.

Tenang rasanya kat sini. 
Sempat baca Pandangan Hidup Muslim sikit.



Kami menikmati sunset dari amphitheatre ni.
Kali ni, gambar tidak berjaya menceritakan keindahan yang kami lihat.


Dahan yang teguh, 
dari batang yang tegap, 
dari akar yang mantap.


Dalam perjalanan patah balik ke entrance.


Kami meninggalkan Pompeii agak lewat dari rancangan.
Sepanjang perjalanan, terfikir-fikir, mengapa ya Allah temukan semula tempat ini pada manusia.

Wallahu A'lam.

Entah berapalah sebenarnya kota-kota peradaban agung yang dicapai oleh manusia,
namun diazab Tuhan kerana ingkarnya mereka.

Membaca penerangan tentang apa yang sebenarnya
 terjadi semasa kemusnahan Pompeii ini sangatlah dahsyat.
Kemusnahan atas kemusnahan atas kemusnahan.

Sambungan Surah Fussilat, ayat 16 
"Maka kami tiupkan angin yang sangat bergemuruh kepada mereka dalam beberapa hari yang nahas, kerana Kami ingin agar mereka itu merasakan siksaan yang menghinakan dalam kehidupan di dunia. Sedangkan azab akhirat pasti lebih menghinakan dan mereka tidak diberikan pertolongan."


Memang ada beberapa lukisan menggambarkan keadaan moral 
 tidak senonoh masyarakat Pompeii.
Ada bath yang tidak mengenakan sekatan lelaki perempuan.

Tapi, itulah, kita tak diberi pengetahuan lebih dari itu.
Dan siapa kita untuk menghukum.

Cukuplah.
Cukuplah.
Kita memandang semuanya, sebagai peringatan.
Manusia walau bagaimana hebatnya, takkan mampu mencabar Tuhan.




Wallahu A'lam.

10 February 2011

Winter Break 2011 ( Part One )

Assalamualaikum kawan-kawan.

Tarik nafas panjang.
Alhamdulillah.

Setelah hampir seminggu 'pulang' ke Irbid, baru dapat menulis. Err, menulis yang betul menulislah maksud saya. Sebahagiannya disebabkan masih dalam fasa pulih dari 'tragedi' kehilangan buku catatan. Sebahagian lagi, kerana ada cebisan-cebisan hati saya yang masih tertinggal di bumi sana.

Ya, saya suka mengembara. Tapi, sukar menerima perubahan. Waktu mula kembara, masih teringat-ingat Irbid, kampung halaman. Setelah tamat kembara, mimpi-mimpi pula kembali ke Sepanyol.

Ish, ke hulu salah, ke hilir pun tak kena. haha.

Kembara ke Sepanyol dan Itali kali ini disertai saya, Shafiq dan empat orang akhawat, ringkasnya, AIAI. hah.

19 hari penuh. Bermula awal pagi 16 haribulan Satu, waktu bulan mahu mengambang.
Berakhir malam 3 haribulan Dua, saat bulan tersenyum tipis dan tajam.






Buku Hilang




Tinggal kenangan. Sewaktu sama-sama menulis di Bocadillas Dar Baraka.


Buku catatan sama-sama hilang di hujung kembara. Oh!

Sebenarnya buku itu bukan hilang, kami yang tertinggal.
Jadinya, kami kehilangan.
Ia ketinggalan.

Berhantu rupanya 'nasihat' saya di Cordova pada awal kembara.
" Dis, aku rasa kita kena baca balik la apa yang kita tulis kat buku ni. At least, kalau hilang, taklah lupa semua...."

haha. Memang rupanya nasihat berguna. Cuma lain kali, baik terus scan masuk laptop lah tulisan-tulisan tu.

Bicara tentang ini tempoh hari, seseorang ( yang bukan sebarang ) mengatakan, kurang lebih,
"Tema blog korang sama. Suka main kata."

'Main kata'. hah. Taklah setuju sepenuhnya, tetapi tak juga tolak semua.
Saya balas kemudiannya,
" Main kata ni kadang macam main api. Mungkin dengan hilangnya buku kami, ada 'api' yang Tuhan mahu padamkan."

Redha.
Cuba.
__________________________________

Secara ringkas kembara kami.


16 hb. Ke Queen Alia Airport, Amman. Penerbangan ke Cairo ditangguhkan kerana cuaca buruk. Bermalam di Iberotel. Jumpa Hanis. Nil cruise.

Cairo Airport

Hotel '5' bintang!

Medan Abu Rish. Hanis separa menjerit tertawa semasa saya maklumkan sudah berada di sini.



17 hb. Terbang ke Barcelona. Terlepas bas ke Madrid. Jalan-jalan di park. Makan strawberi dan roti.
lepak kat park



Ke Barca, merentasi Itali, yang akan kami kunjungi kemudian.




18 hb. Tiba di Madrid. Terus ke Granada. Pusing-pusing lihat tinggalan sejarah. Petang ke Al-Baicin.

Perjalanan.


Tugu Isabella dan Ferdinand yang 'diraikan'.

Someone help me with the name, please..


19 hb. Ke Al Hambra. Shopping malamnya.


Al Hambra, kau menyimpan seribu cerita seribu rahsia.


20 hb. Ke tempat penyerahan kunci Al Hambra. Ke Muzium. Bertolak ke Cordova. Sunset di Puente Romano. Malam jalan-jalan.




21 hb. Tulip!! Medinat Az Zahra. Masjid Cordova. Petang ke Callahora Tower.
Madinat Az Zahra. Ada kenangan tak terlupakan.


Masjid Cordova. Sedih.


22 hb.  Al Cazar. Stables. Caliph Bath. Bertolak ke Sevilla. Malam jalan-jalan.

Al Cazar Cordova. 

Sudah di Sevilla. 

Golden Tower.



Dah tak larat sambung sebenarnya. Mula-mula ingat nak sumbat semua, tapi rasanya banyak sangat. Kita sambung kemudianlah nampaknya.


__________________________________________________________


Ha, gambar-gambar yang saya letak ni minta halal ya!





03 February 2011

Pulang II

Kamera handset saya.



Dua bawah ni dari kamera bes.






Shafaq-Mu merentang ufuk,
menyala buana langit,
Telah Kau gilirkan,
Mentari berangkat pulang.

Awanan biru hamparan terbentang,
laksana dataran luas tak berpenghuni,
namun sarat menyimpan,
ribuan rahsia kehidupan.

Kau hiaskan alam sebegini sempurna ya Tuhan,
dan betapa,
buat kami manusia,
Kau ciptakan mata,
Darinya,
keindahan mengalir ke muara hati,
untuk dilepaskan,
memperdalam lautan iman.

_________________________________

Sunset dalam plane!
Sama-sama teruja.
Perjalanan pulang Barca-Amman




﴿ู…َّุง ุชَุฑَู‰ ูِู‰ ุฎَู„ْู‚ِ ุงู„ุฑَّุญْู…َู€ู†ِ ู…ِู† ุชَูَู€ูˆُุชٍ﴾

Pulang

Kembara Spain-Itali kami hampir tiba di penghujungnya.

Alhamdulillah.
It is perfect in its every imperfection.

Of three things that form the core of my homesickness of Irbid.
1. Mr X
2. Masjid Jamiah and Syeikh Makmun. (they seem inseparable)
3. Dapur kat rumah.

Sekarang dalam flight Rj, selepas flight egypt air cancelled. well, you know why.

Doakan kami.

=)