12 November 2011

Wadi Rum : Tentang Pilihan

Gambar biasa? Tunggu hingga anda lihat gambar seterusnya.

Haaaaa. Do note the scale.

Ustaz Solihin: Ui, boleh tahan. Gayat. Ana tak biasa tempat tinggi-tinggi.Camne kita nak turun ni??
Haniff: Takpe Ustaz, tu kita fikir kemudian. 
Sekarang tangkap gambar dulu, buat-buat macam berani.


Time ni tak boleh blah. Seriau tengok diorang main pegang-pegang tangan lak.
Tapi paling seriau bila kat tempat setinggi ini, tanpa alat keselamatan, tengok hujung kain akhwat berkibar meleret menyapu tanah. Yup, ada yang panjat atas tu dengan baju kurung, ada berjubah. Fergh. Kalaulah terpijak....urgh.


__________________________________

Selepas itu, ada yang mengkhabarkan, 'menyesal aku naik atas.'
Ada pula yang beritahu 'menyesal tak naik atas.'

Diam termenung.

Dahulu, saya seorang yang sering begitu. (sekarang masih lagi sebenarnya)
Lepas membuat pilihan, dari yang sekecil-kecilnya, saya akan menyesal.

Contoh ini, buat kesekian kalinya, buat saya berfikir,
'mengapa sebenarnya saya menyesal?'
Adakah keadaan saya setelah membuat keputusan itu sangat teruk? 
lalu kita membayangkan 'begitu' lebih baik?
hanya membayangkan?
rasa-rasa sedemikian selalu menyesakkan saya.
rasa-rasa sedemikian buat saya menyalahkan diri sendiri.
rasa mengalahkan saya.

Betapa syukur bukan mudah.
mencapainya adalah perjalanan.
adalah latihan.

Diam termenung.

Dalam banyak keadaan, saya kira, 
 keputusan itu adalah terbaik buat kita.
Cuma mungkin, hikmahnya belum terbuka.

Berat. Saya tak rasa saya benar faham 
apa yang telah dan akan saya katakan.

Bahagia ialah 
mengetahui
kita telah kehilangan semalam
dan esok belum datang.

Bahagia ialah menghargai 
saat ini.



Alhamdulillah.

_____________________
Tadi hantar Hanis ke airport.
Sempatlah merasa masakan, walaupun tak seberapa.
Harapnya ini benar-benar menjadi kenangan membina masa hadapan.


11 November 2011

Selamat Hari Lahir Dik

Saya masih ingat 'bergaduh' dengan Hanis,
'abang nak adik lelaki',
'adik nak adik perempuan'.

Saya ketika itu berumur empat tahun (atau kurang).
Bermula 'ingatan sedar' saya kepada dunia.

Bersungguh mahu ikut ke klinik bersalin. Hanis ditinggal di rumah Mak Ani.
Kami ke Sabak Bernam.

Saya ingat minta abah belikan sepapan daun terup kecil. 
Kemudian, saya koyakkan sehingga menjadi satu-satu.

Saya ingat minta mbah belikan patung Power Ranger Putih,
siap dengan pedang, pastu boleh tukar kepala (?).

Saya ingat main terup dengan Lek Zakaria, 
ketika itu agak baru bernikah dengan Lek Jaja; dan 'bergaduh antara 'J' dan '10' mana lagi tinggi. 

Saya ingat Pakde Marais menegur abah.
Katanya abah kelihatan pucat.



Berbaur antara kenangan-kenangan itu, adik bongsu saya dilahirkan.
Alhamdulillah.
Dari celaah pintu, saya lihat doktor mengangkat adik saya.
Lambat, akhirnya dia menangis. Lega.
Tangisan pertama.



Muhammad Khamim Zikri bin Mohd Nahrawi
Kini mencecah umur 16 tahun.
Dia seorang yang ...

... rajin dan berdikari.


.. juga seorang atlet.


dan err, suka bergaya (?). hah


Satu yang amat menonjol ialah dia sangat kemas. 
Ke sekolah pagi-pagi wajib baju bergosok tajam tepi.
Kalau depan cermin, fergh, semua ditiliknya.
Well, stark difference.




Sebenarnya satu kerisauan saya ialah, dia kurang membaca. 
Tak kisahlah surat khabar, novel, atau bacaan informatif lainnya. 
Tapi dia sangat pandai menarik hati orang ketika berbicara. ha

Ok, saya risau, kerna kurang membaca, dia kurang menulis.
Mahu dan err, mampu.
Tapi saya silap.

Membaca karangannya untuk peperiksaan pertengahan tahun Bahasa Inggeris buat saya tergamam kagum.
Person You Admire.
No surprise, he picked my mom.
Wrote about it beautifully.

Baca juga karangan Bahasa Melayu. Mantap.
Cuma belum terbaca puisinya. =)

Hmm, bangga berbaur kagum berbaur terharu.

Saya kira setiap abang dan kakak akan merasa gembira bila melihat adik-adik melepasi pencapaian mereka pada peringkat umur tertentu; berharap pada masa yang sama kita tidak menetapkan target yang terlalu rendah. Saya maksudkan semua segi untuk yang ini.
Pada saya, cemburu paling gembira adalah cemburu buat keluarga.



Khamim, anggaplah 16 tahun ini sebagai hadiah dari Tuhan; 
dan berusahalah sentiasa untuk memberi hadiah lebih baik.

Ya, kita takkan mampu.
Bukan itupun soalnya.
Kita boleh mahu.

InsyaAllah.






selamat ulangtahun melahirkan buat mak!
moga anak ketiga mak ini akan menyejukkan mata di akhirat nanti.


10 November 2011

Plaza Espana



(untuk yang tidak ke Sevilla)



Plaza ni terletak di Maria Luisa Park.

Pertama sampai waktu malam. Terlewat sedikit. Sudah tutup.
Tapi hujan turun tenyai-renyai, memujuk.

Esoknya kami pergi dalam keadaan kelaparan, membeli popcorn masin tepi jalan, kacang madu (?), dan kerepek kuning cambest.
Oh, juga berlaku insiden 'sarung tangan' yang membaraikan tawa paling dahsyat sepanjang kembara.


Dan ya, entri ringkas kali ni didekasikan khas buat mereka yang bertanya,
'Ada apa kat Sevilla we?'





Pandangan dari tepi.

Tempat Anakin Skywalker dan Padme Amidala berjalan bersama R2-D2 dalam filem Star Wars : Attack of The Clones.




Makcik ni termerokok. Sejuk kot (?)



Jubin-jubin yang diatur membentuk gambar, setiap bahagian mewakili negeri-negeri di Sepanyol, menonjolkan kisah signifikan di tempat tersebut.
( argh, asal rasa ayat aku macam pening niii )

Tentu lebih bermakna kalau anda sudah tahu sejarah-sejarah tempat itu, dan dapat menafsir mesej di sebalik gambar yang tertera.



Sebagai contoh. Nak tau apa pakcik tu tengok? Gambar seterusnya.



Boleh zoom untuk lebih jelas. Sangat menyedihkan.
Menunjukkan tentera ( raja?) muslim melutut, simbolik meyerahkan kekuasaan kepada tentera Kristian di Cordova, yang lain bersorak gembira.


Toledo. Tak tahu gambar menunjukkan apa specifically.
Tapi Toledo ni terkenal sebagai tempat harmoni perkembangan budaya, di mana penduduk Islam, Kristian, dan Yahudi bekerjasama memajukan bandar. Ya, macam Cordova juga.


Simetri

'lalu bertuahkah menjadi sang mawar?'



Dayung, bukan kayuh macam kat Aqabah.
=)



Oh. Err..





kat baju belakang pakcik ni ada tulis 'Ferrari'.
We went like, 'fuyooo'.
hah.

'Alaa, ni pun nak tangkap gambar?'
"Seni", sepatah Sadis jawab.
Entah. Tapi saya sangat gembira dengan jawapan itu.






 Itu jelah. Cuma nak kata, plaza ni sangat cantik.
Tapi, tengok gambar pun dah cukup kan? hah.


Mentari Bulan Bumi



Cinta mentari pada bulan
lantaran rindunya pada bumi.

Tidak syaratnya bumi tahu.




_____________________

Empat hari Jaulah Jordan,
lelah dan rindu,
kan terbentang jalan pulang.

05 November 2011

Selamat Datang

Miram dan Ihab
Queen Alia-Cairo Airport
Bahagian kedua bulan pertama, 2011.
Mereka pulang dan kami memulakan perjalanan.




(Selamat datang 'anak-anak angkat Sungai Nil'!)

03 November 2011

Secawan Kopi Panas

Keluar Science Hall 2,

"Aaaaaa..hujannnn!"

Terus senyum-senyum sengih-sengih.

Naik 'gonggok merah' untuk ke mujamma', berebut, berpadat-padat macam sardin.  hah.
Turun, tiba-tiba terasa untuk melewatkan balik.

Fikir sejenak. Saya memutuskan  menikmati hujan di pinggir tasik.
Berjalan perlahan.
Hujan turun sekejap lebat sekejap rintik, namun tetap setiapnya bilah-bilah halus yang mesra.

Tiba di tasik.
Dongak ke atas.
Langit yang telah berhari-hari gemilang birunya diliputi awan berat gelap saat ini; darinya bilah-bilah itu berputik, mekar, dan kini gugur. Teringat puisi-puisi Sapardi Djoko Damono, seorang penyair pencinta hujan,

" Aku ingin mencintaimu dengan sederhana
dengan isyarat yang tak sempat disampaikan awan
kepada hujan yang menjadikannya tiada."




Hujan, Jalak, dan Daun Jambu
Hujan turun semalaman. Paginya jalak berkicau dan daun jambu bersemi;
Mereka tidak mengenal gurindam dan peribahasa, tapi menghayati adat kita yang purba
Tahu kapan harus berbuat sesuatu, agar kita manusia, merasa bahagia.
Mereka tidak pernah bisa menguraikan hakikat kata-kata mutiara,
Tapi tahu kapan harus berbuat sesuatu, agar kita merasa tidak sepenuhnya sia-sia.



Burung-burung menari berkumpulan di ruang udara. Tidak kisah sayapnya basah.  Kembang kuncup meluncur menjunam, melereng, mengapung, dan menjulang. Pantas dan tangkas. Bukankah Ar-Rahman jua yang menahan mereka di udara.

Itik terbang rendah mengocak air. Berkuek berkomunikasi dengan bahasanya. Menyelam sekali sekala. Dan seperti selalu, saya menanti ia timbul semula tidak lama kemudian. 

Berteduh sebentar di bawah rendang pokok. Duduk di bangku mengelap cermin mata. Memerhati daunan dan bijian merah berliuk kecil ditiup angin. Tarik nafas dan kembali melangkah.

Saya mara hingga benar ke batuan pinggir tasik. Sedikit licin. Membuang pandang sekali lagi. Titis hujan yang menimpa muka tasik membentuk riak dan sempadan garis-garis yang begitu indah. Berbeza berubah coraknya tatkala hujan melebat dan merintik. 

Dengan langkah satu-satu saya susuri lengkung pinggir tasik. Kali ini sambil menatap air yang menakung menyambut sahabat barunya dari langit. Berubah berkalih warna, biru hijau dengan paduan berbeza. Begitu terlihat pada zahir pandangan setiap berlainan marhalah.

Tiba di sudut kiri di seberang, terdapat sebatang 'sungai' mengalir ke tasik. Jernih. Saya cuba hayati deruan airnya. 
' aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, 
seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung.'







Hening. Saya pejam mata. Diam. Cuba mendengar suara nurani sendiri. Seperti kaktus, hujan, pokok, batuan, itik, dan burung, dia juga bergembira. Dia turut mahu meraikan. Dia masih hidup dan berdenyut. Subhanallah. Alhamdulillah. 



' Kerana alam itu bertasbih pada-Nya, kerana itu ia tak pernah gagal mentarbiyah manusia.'

Kasut putih seluar putih sudah berlumur lecak.  Saya kemudian mendaki bukit kecil, jalannya batuan yang tersusun. Rumput yang telah mati menguning bertompok di kiri kanan jalan. Di sebalik rekahan,  terlihat sekumpulan semut hitam berlindung. Kota mereka mungkin. Perlahan ia tergetar bergerak. Kesejukan? Entah. 

Bau hujan berbaur bau tanah yang basah cukup menyegarkan.
Berbeza tentunya dengan tanah air, bau hujan sentiasa sebati dengan bau rerumputan tebal segar, dengan lambaian kelapa, dan khusus di kampung, terkadang bauan masin air laut yang diterbangkan angin. 
Namun masih. Namun masih tetap mengujakan.


Hujan. Ais dan api pun bisa beralah..

Setelah beberapa lama, dari hujung tasik, awan berkalih, jendela langit kembali terbuka. Cahaya menyerbu masuk. Saya menanti juga, tapi mungkin pelangi tidak tiba hari ini, atau bukan untuk saya. 

Hujan masih belum berhenti. Saya melangkah pulang. Lencun kebasahan, menggeletar kesejukan, namun tersenyum puas. Perasaan 'ditemukan' yang sukar digambarkan.
Alhamdulillah.

01 November 2011

Lelaki dan Ais

di Uludag, Turki

di Ajloun, Jordan




“Lelaki, kata-katanya seperti ais.
 Sesaat sahaja boleh digenggam,
 sesaat kemudian tanpa sedar,
 ia mengalir hilang daripada genggaman, 
meninggalkan jari-jari yang sakit.”

Bahruddin Bekri, dalam tulisannya di sini

____________________

Teringat terlihat buku-buku Bahruddin Bekri di Pesta Buku Selangor semasa pulang ke tanah air tempoh hari. Cuma belek-belek, kemudian memburu buku seterusnya. Hari ini baru tahu, betapa menyesalnya saya!

Entah. Membacanya memberi rasa magis, rasa sama ketika saya membaca cerpen-cerpen awal Faisal Tehrani. Saya juga tidak tahu adakah gaya berceritanya sama atau bagaimana, tapi...begitulah.

_______________________

Sungguh janggal ditanyakan tentang lelaki oleh orang-orang tersayang.
Terkebil-kebil saya tak bersuara.
Bagaimana saya harus membalas?
Mengatakan yang sejujurnya?
Bagaimana jika 'sejujurnya' pada saya, sebenarnya hanya setitis air sebuah lautan?

Haruskah saya beri amaran,
" Lelaki, walau bagaimana baiknya dia, tetap seorang lelaki."
Ayat yang seolah seimbas saya faham, namun tetap mengandung rahsia yang dalam.

Atau saya memilih berdiam?
" Kebenaran adakala tak harus dibongkarkan, kerana kambus lenanya menitip aman semua."
Lalu seperti membiar dia terkapar merasai sendiri pahit pengalaman.

Bagaimana jika saya katakan,
"Tuan kenalkanlah pada saya. Saya lihat subuhnya."?
Siapa pula saya menghakimi demikian.

Akhirnya, saya serahkan kepadanya tulisan ini,
jua dari Bahruddin Bekri.

Terima kasih.