12 March 2012
11 March 2012
06 March 2012
saya tiada apa-apa untuk ditulis, lalu saya selongkar lecture notes lepas-lepas mencari apa-apa yang terkambus
(sebelum purnama. tiada kaitan langsung. hah)
sembang-sembang bulan purnama.
bulan lawawawa.
maghrib, menuruni bukit perjalanan pulang ke rumah. di hadapan, sisa senja masih berbara. di belakang bulan penuh melepaskan. pandang ke hadapan, dia tersenyum. kejap-kejap lagi dia menoleh kembali ke belakang. Oh, bulan masih di situ. senyum lagi. hati senang dada lapang.
dia tahu, sungguh-sungguh tahu, di masa-masa lelah hadapan nanti, dia akan merindui jalan pulang ini.
sekali-sekali berjalan pulang, dia terasa angin mengelus. kadang halus mesra. kadang keras mencengkam bisa dinginnya. ada masa-masa (selalu sebenarnya) dia berhenti berjalan dan mendepakan tangan. mendengar lagu angin dimainkan daunan. membiar angin berlalu di celahan jemarinya. benar dia tidak mengerti butir bicara angin. kisahnya resahnya impinya. sekurangnya, dia di luar. tapi dia tahu, 'dia' yang di dalam dada itu cukup mengerti. tidak kurang selalu, yang disampaikan angin, adalah kisahnya sendiri.
kadang ingin sekali dia menjadi seperti angin. mengkhabarkan kisahnya tanpa perlu kelihatan. menghiburkan yang berduka, kemudian berlalu pergi tanpa merasa perlu sedikitpun balasan. kadang pula menampar menyedarkan tanpa perlu risau sedikitpun cercaan.
angin sepertinya tidak terkawal.
dia boleh menjadi siapa sahaja.
seperti angin, dia ingin sekali menjadi perantau. yang sepulangnya nanti mengisahkan warna dunia.
dan seperti angin, dia ingin sekali menyerikan hujan. walau bukan dia yang diraikan.
dia mengharapkan, yang tertulis dalam lembar-lembar ini akan menjadi anginnya. satu hari yang jauh, satu masa yang panjang, setelah dia 'tidak langsung menjadi apa-apa yang disebut orang', tinggallah tulisannya sebagai angin.
biarlah lemah halus.
sekali lagi, menghiburkan yang berduka.
menampar menyedarkan.
kemudian berlalu lagi...
sepanjang zaman berlangsung, mungkin angin akan sunyi, mendiami daerah tak terkunjung.
namun tetap jua ia menegur jika ada yang tertulis melewati. biar seorang setelah puluhan.
tapi dia juga sedar, tulisan yang mahu menjadi angin, akan melalui perjalanan panjang. dia dan ia harus tabah, dia harus berani, mungkin jua dia harus bijaksana.
di atas semua, angin harus jujur. angin harus tulus. dia tidak mahu menjadi angin yang selamanya menghantar debu. mengotor menutup pandangan.
jua dia pasti tentang satu perkara,
'biarlah angin itu berhembus mengejar zaman hanya setelah mendapat redha Tuhan, bukan angin celaru mencari mangsa melepaskan resahnya!'
_______________________________
lecture note physio, entah zaman bila. haha
27 February 2012
pseudo id
aku ingin membencimu dengan sederhana
setelah rindu keliru daun pada angin
yang melepasnya dari ranting.
______________________________________
II
Kalaulah benar, antara self, id, ego, superego, persona, dan shadow adakah setiapnya boleh berpuisi?
lalu kalau mereka bertanding, puisi siapa agaknya yang paling indah dan paling dalam?
_______________________________________
III
+ which one is your favourite?
- angular gyrus and superior colliculus.
+ if you were to choose one?
- the latter
_________________________________________
26 February 2012
Nidzam Yatimi II
rindu-rindu dia, saya tengok ni. sebijik versi muka dia masa form 3. sekarang, err.. muka matang lagi la kot. Boleh bayang dia nyanyi lagu ni tyme form 3 jugaklah. (haha)
Tiba-tiba hari ni dia tegur saya pulak. Teringat, dan bagitau dia video ni. Rupanya, saya bukanlah yang pertama perasan. ha
Ok2, ni yang betul lak. soleh sikit (banyak).
Ustaz Nidzam kiri sekali. Dia tarik minit 7 30.
Saya ajak dia datang sini, tapi....
hah
'Esok masih punya harapan.'
'Selamat-selamat'
23 February 2012
[Edisi Jumaat] Bulan
Sepurnama lalu, Granada.
Lebih seribu tahun lalu, setiap kali masuk bulan baru, Nabi akan mengucapkan;
Lebih seribu tahun lalu, setiap kali masuk bulan baru, Nabi akan mengucapkan;
اللّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيْمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ
Mafhumnya: “Ya Allah terbitkanlah anak bulan yang baharu ini kepada kami dengan disertai keberkatan, tetap di dalam iman, selamat dari semua kemudharatan dan kejahatan dan tetap di dalam Islam, Tuhanku dan Tuhanmu (anak bulan) adalah Allah.”
(Kata al-Tirmizi Hadis ini Hasan Gharib)
__________________________________________
Entah agaknya kerana tarbiyah Nabi itu, bulan, kau tak puasnya sepanjang zaman mengingatkan kami,
" Wahai manusia, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.
Mafhumnya: “Ya Allah terbitkanlah anak bulan yang baharu ini kepada kami dengan disertai keberkatan, tetap di dalam iman, selamat dari semua kemudharatan dan kejahatan dan tetap di dalam Islam, Tuhanku dan Tuhanmu (anak bulan) adalah Allah.”
(Kata al-Tirmizi Hadis ini Hasan Gharib)
__________________________________________
Entah agaknya kerana tarbiyah Nabi itu, bulan, kau tak puasnya sepanjang zaman mengingatkan kami,
" Wahai manusia, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)

