Untuk menjadi seorang 'lelaki', sekurangnya perlu melepasi 3 syarat.
Pertama, secara genetik. Perlu ada 'Y chromosome'
Kedua, secara 'gonad'. Perlu ada TDF (testis determining factor)
Ketiga, secara 'phenotype'. Perlu ada hormon-hormon 'lelaki' yang dihasilkan oleh gonad.
Sebarang kesilapan antara ketiga-tiga ini boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan 'ketidaklelakian', atau 'kekuranglelakian'.
Boleh jadi Klinefelter syndrome, boleh jadi lelaki XX, boleh jadi lelaki '47, XYY', boleh jadi lelaki XY (Androgen Insensitive Syndrome).
Tak boleh ada abnormality pada gene SRY, SOX9, SF1, WT1 juga.
Knowing that the incidence of those abnormality is 1 in 400/500, which is quite high, you do appreciate yourself more. Alhamdulillah.
Alhamdulillah (InsyaAllah), normal je semua. Takde ambiguous-ambiguous.
Selesai satu bab.
Menjadi lelaki bukan cukup dengan berjantina lelaki, kerana lelaki itu juga dikaitkan rapat dengan keberanian, kegagahan, ketangkasan. Perempuan mungkin lebih dikenali dengan kesetiaan, dan kehalusan.
Lelaki tak berani, dikata orang lelaki bacul.
Tidak sanggup melawan untuk mempertahankan haknya, maruahnya, dan lebih penting, mempertahankan kebenaran.
Lelaki tak gagah, tak tangkas dikata orang lelaki lemah, lembik. Hanyut dibawa arus, hilang diterbang taufan. Tak gagah tak tangkas menghadapi musuh, menghadapi perasaan, dan tingkah sendiri.
Lelaki takut bini, dikata orang lelaki dayus.
Sedangkan disebut Buya Hamka dalam satu tulisannya,
"Lelaki adalah kepunyaan dunia, sebelum dia menjadi kepunyaan rumah; lelaki kepunyaan dunia, sebelum dia, menjadi kepunyaan seorang perempuan."
( Haa, dah tengok Jujur Aku Dayus, carekarama TV3? Skripnya mantap,
Lelaki, kalau terlebih aromatase di otak, dikaitan dengan cara fikir yang lebih feminin. Entah juga dianggap kurang lelaki?
Juga seperti petikan daripada cerpen Bahruddin Bekri ini, wujud perbezaan antara 'anak lelaki' dan 'anak yang ditanggung',
“Kamu masih menjadi 'anak yang ditanggung', belum lagi menjadi 'anak lelaki'. Besar bezanya anak yang ditanggung dengan anak lelaki. 'Anak yang ditanggung' bukan bermakna ditanggung belanjanya tetapi bermaksud 'tanggungjawab' kamu pun ayah dan ibu yang perlu tentukan dan susun. Itulah yang ayah maksudkan kamu belum bersedia. Kamu belum mampu berdikari daripada segi menyusun keutamaan tanggungjawab. Anak lelaki pula walaupun masih belajar dan ditanggung oleh ibu bapanya, mereka lebih tahu keutamaan tanggungjawab mereka. Tahu mana yang perlu diutamakan dan mana tidak. Sekiranya kamu sudah menjadi anak lelaki, barulah kamu mampu menjadi suami yang baik. Dan menjadi anak lelaki dimulakan dengan menjadi anak yang baik, anak yang mendengar kata dan berani ditegur.”
Juga sehingga ada pantun mengingatkan semua tentang bahaya lelaki, atau buayanya lelaki!
Terang bulan terang di kali,
Buaya timbul disangka mati;
Jangan percaya mulut lelaki,
Lain di mulut lain di hati.
Buaya timbul disangka mati;
Jangan percaya mulut lelaki,
Lain di mulut lain di hati.
Fuh, susah nampaknya nak jadi lelaki. Perlu jadi lelaki yang ada sifat kelelakian, berani, gagah, tangkas, bertanggungjawab sekaligus. Perlu pula berhadapan pantun-pantun sedemikian! haha
Susahnya nak jadi lelaki langsung tidak bermakna senangnya nak jadi perempuan.
Kepada masing-masing sudah ditetapkan perjuangannya, ditetapkan bahagiannya. Kita, lelaki dan perempuan, berdua, berbeza, bersama diturunkan Tuhan saling membantu memakmurkan dunia. Bukan atas nama 'lelaki', bukan atas nama 'perempuan', tapi kerana atas nama 'manusia', di bawah petunjuk dan kekuasaan-Nya. Kalau ditulis terus dengan tulus, semata-mata untuk menjadi hamba!
Dan betapa mulianya manusia yang menjadi hamba Tuhan.
Dan betapa mulianya manusia yang menjadi hamba Tuhan.
_______________________________________________
Oh, jadi lelaki yang kena 'ignore' friend request ni sakit juga nampaknya. Takpe-takpe bro, ramai lagi yang sayang. Aku, misalnya. eceh.
( Balancing act. Jangan percaya lelaki, kan? haha )



