30 August 2010

Count Up (?) Kejutan Budaya.

Salam sahabat sekalian.

Ala-ala tulis diari lah.

Tadi, dari Kuwait, kapal bertolak kurang lebih jam 11 dan tiba di KLIA jam 1 (keduanya waktu tempatan masing-masing ).

Dalam kapal tadi dapat seat 34 K. Pramugara kata tepi tingkap. Dan hujung. Gembira.
Jalanlah sampai ke seat saya. Owh, lihat-lihat ada seorang wanita Indonesia, umurnya dalam lingkungan 40-an duduk di tempat saya. Alamak.
Tegurlah. Minta beliau beralih. Err, tak terbayang juga terseksa hingga hujung flight dengannya.

Tidak lama untuk jangkaan awal saya meleset. Saya buka surat khabar, dan dia mula berbasa-basi.
blablabla...

"Kok iso ngomong jowo?" beliau bertanya.
"Wes Mae bapae jowo. Aku sing orak patek iso ngomong.."
"Owh..."

Dan perbualan semakin rancak. Terkadang diselangi gelak tawa bila menceritakan pengalaman-pengalaman lucu. Dan hampir semuanya sembang dalam bahasa jawa. ( Beliau taklah pula menggelakkan bahasa jawa saya yang tak 'polished' dan tak menepati lahjah ).

Tri namanya. Beliau bekerja di Kuwait. Pembantu rumah. Punya sorang anak. Perempuan.
 ( Ok,stop kat sini. ).

Bahasanya lembut. Enak didengar. Merendah diri.

(terjemah terus)

"Bahasa Arab ibu tentu sangat bagus kan?", saya bertanya.
" Mujur sudah belajar dulu di pesantren. Sudah ada asas gitu lo. Jadi, tidaklah payah.."

Terasa juga. Setelah setahun di Jordan bahasa saya tidak meningkat mana. Ish.

Bluetooth beri beliau lagu Perantau dan Mengemis Kasih nyanyian The Zikr. "Syahdu dan meruntun ya lagunya.", katanya.

Beliau memberikan cenderamatahati dua keping wang, sekeping rupiah Indonesia, dan sekeping lagi dinar Kuwait.

Banyak harapan-harapan hidupnya diceritakan pada. Dan dia juga jadi guru bahasa jawa halus saya!
( Ha, mbah, Anip dah siapkan teks untuk 'majlis mohon ampun maaf' tahun ni ).

____________________________

There's no place like home.


Sampai Malaysia, perkara-perkara 'rare' berlaku. ( Cis, padahal baru setahun ).

-Terasa wang syiling 10 sen sangatlah comel. Kecilnya....belajar semula menguruskan matawang ringgit.
-Masuk kereta dengan famil dan Klasik Nasional berkumandang. Tahulah, saya memang berada di kereta yang betul.
-Sempat ke bazar. Bising. Ada ayam percik, kuih pelita, popia, air tebu dan lain-lain yang kalian sedia tahu.
-Terawih. Diselangselikan selawat.
-Sempat bertemu semula dengan 'kekasih gelapku', si PS2. Winning Eleven sepam dua.
-HUJAN!!! ya hujan, sungguh saya rindu. Turunlah selalu-selalu lebat-lebat (asal jangan banjir).
-Sempat ngeteh, 'ngilo' dengan roti canai di kedai mamak dengan Ainol anak lelaki bongsu Cik Hamid.
-Dapat berpusing dengan Lagenda 110 tu. Oh, rupanya saya masih tak lupa bawa motor.

Alhamdulillah...esok-esok tentu banyak lagi.
Dan sebagai manusia yang sememangnya tamak, saya sudah mula rindu dengan Abang Imran dan Syeikh Makmun. Aiya..


Oh ya, Kak Syi, saya juga tidak mahu kalah dalam membaca!





29 August 2010

Countdown 3 ( Kuwait)

Gambar hari akhir tahun satu di JUST. Amir Jusnan dan Ilham Elani sudah hilang pergi membuat 'kerja gila' berjalan pulang dari JUST ke syarik jamiah.
( kita tengok bagaimana transformasi wajah-wajah ini lima tahun lagi )


Sekarang transit di Kuwait.

Hah..tadi berdebar-debar juga risau 25 akhawat-akhawat batch yang terkandas di tengah perjalanan.
Memang mereka terlepas flight pun. Malang tak berbau, tayar coaster pecah/pancit tengah jalan. 
In the middle of nowhere bak kate depa.
Cemas. Cemas. Suspen. Suspen.

Mujurlah ada tiket Jazeera ke Kuwait, bertolak dari Amman pukul 3.30 kurang lebih.

Flight nanti sama dengan kami pukul 11 malam dari Kuwait ke Kuala Lumpur.
Tapi mereka tak dapatlah stay hotel cam kami ni.
 Apa-apapun, syukurlah.
(tentu bukan sedikit airmata tumpah atas coaster tu tadi..hah..andaian sendiri)

Alhamdulillah.

Doakan kami terus ya.

28 August 2010

Countdown 2

Assalamualaikum.

Fuh, memang drama malam ni.

Dari petang layan game Koo Kien Kiat, Tan Boon Heong vs Jung Jae Sung, Lee Yong Dae.
Punyela excited, sampai terlepas terawih 2 rakaat. apela...
Pasni mesti rindu Syeikh Makmun.

Pastu, ada sesi mendengar amanat.
Bahagia..bahagia..

Pastu.....
errr....

haih.

_________________________________________

Malam peringatan.
...dengan pengalaman.


Di mahkamah manusia, mungkin kita boleh berhelah untuk lepas.

Bagaimanalah kita nanti di Mahkamah Allah?
Bila kaki,tangan, jadi saksi atas dosa.

......tak terbayang sekiranya 'Allah berpaling dan melupakan'...

ades..ades.ades.

Sadis. Abang Imran. Ampun..dan terima kasih.
Setelah semuanya, malam ini tetap malam indah.

Doakan saya dan kawan-kawan selamat pulang ke tanah air.

p/s..sori r tulis entri tak difahami hujung pangkal.

26 August 2010

Countdown 1 ( Warna )

Sempena balik Malaysia, pekena ni betul-betul.

Sekadar gambar hiasan...kot. 



Dari seorang yang amat saya hormat.


"Tidak pernah membayangkan warna-warna yang telah, sedang dan akan dicatit untuk tatapan adik-adik.

It's not easy. Simple is an understatement.
Because in coloring - we didn't use words, we use action.
Act is what people see and believe."


Satu pesan,
Kusemat dalam-dalam.


p/s: "(heh. Seperti apakah berbincang tentang '......'?)"
       Ini memang bikin segan. haih.

25 August 2010

Jangan Pernah




"Saat merasakan kau sudah berada di atas,
kau sebenarnya sedang jatuh ke bawah."



p/s: Gambar agak tak kena, maaflah. he

23 August 2010

Sedang Aku Tidak

Saya ulang semula ayat ini,

" Siapa kita menetap musim meminta,
sedang Dia memberi setiap masa."
                                         - Status YM Abang Naqeb sebelum kami bertolak-



I

Saat ini,
akhir tulisanku,
Kau telah tahu,
sedang aku tidak.

Hidupku ini,
Awalnya, rezekinya, jodohnya, akhirnya,
Justeru, Tempat Kembalinya,
Kau telah tahu,
sedang aku tidak.

Tiadalah tenang bagiku, melainkan dari ihsan-Mu,
Tiadalah ilmu padaku, melainkan atas kurnia-Mu,
Tiadalah terbit ikhlas dariku, melainkan dengan belas-Mu.

Aku berusaha,
Terhenti pada nazar akal,
jangkau langkahan hati,
dan upaya zahirku.
Hujung usaha itu,
Kau telah tahu,
sedang aku tidak.

Padaku doa,
Maka;
Segala lintas rasa hati ini,
Kau sucikanlah.
Semua gerak fikir ini,
Kau murnikanlah.

Sungguh aku tidak tahu,
Amal baikku, jikalau ada,
mana Kau perkenan redha tak terhitung-Mu.

Sungguh aku tidak tahu,
Angkara dosaku, tentunya tak terkira,
mana terselamat amarah murka-Mu.


Namun kutahu,
Sungguh kuyakin,
Rahmat-Mu mendahului murka-Mu,
dan putus asa itu,
pilihan jalan mereka yang Kau sesatkan.

Namun kurisau,
Sungguh ku gentar,
Aku antara yang 'tertipu' dengan Rahman dan Rahim-Mu,
Lantas merasa dosa bisa berlalu seperti awan gelap pada hari terang.


II

Dan Isa, Sang Nabi itu berkata,
untuk kaumnya,
"Jika engkau menyeksa mereka,
maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba-Mu.
dan jika Engkau mengampuni mereka,
sesungguhnya Engkau Maha Perkasa, Maha Bijaksana."

Dikhabarkan padaku,
hening subuh itu,
Junjungan Agung kami, Nabi Muhammad,
ketika membaca ayat ini,
mengangkat tangannya berdoa,
beserta aliran air mata,
"Allahumma ummati...ummati..."

Alangkah!
Alangkah!
Alangkah!

Ya Allah,
Sungguh jika Kau menyeksaku,
atas lumur lumpur dosaku,
dan taubat-taubat liarku,
Itulah selayaknya,
sedang aku hamba kerdil-Mu.

Ya Allah,
Sungguh jika Kau mengampuniku,
Atas limpah luas maghfirah-Mu,
dan rahmat-Mu nan tak terbatas,
Engkau Maha Perkasa,
berbuat sekehendak-Mu,
lagi Maha Bijaksana.

Namun, sekiranya jua,
Kau menyeksaku,
Tetaplah kau Maha Perkasa, Maha Bijaksana.
Dan sekiranya jua,
Kau mengampuniku,
Tetaplah aku,
hamba kerdil-Mu.

Segala rasa ini,
Kau peliharalah ya Allah,
dari menjadi,
rasa palsu yang sebenarnya menipuku.



***

Hadapan Kaabah.
Malam-malam awal di Mekah.
Dan Tuhan tetap ada pada bila-bila di mana-mana.
_________________________________________



"dalam rasa paling rendah ku angkat cinta."

Sepatutnya ini hanya untuk simpanan peribadi kan.
Entahlah.
Salah silap tolong tegur.

Doakan niat di hati ini lurus ya!

18 August 2010

Hasrat Hati Memeluk Gunung, Apakan Daya Tangan Tak Sampai

Benarlah.

Cuma, terkadang, sebaliknya yang berlaku.



"Hasrat kaki melangkah lautan, 
apakan daya hati tak sampai."