29 September 2010

Ke Dunia Yang Belum Benar Kita Tahu

Berehat sebentar di perhentian




dan kini langkah kita teruskan. 
Moga cerah di hadapan.





Masuk tahun dua.
Lebih mencabar tentunya.

Dunia belajar dan kerjaya tentu besar.
Tapi belum cukup besar semata-mata itu untuk menjadi asas maksud hidup kita kan.


Di sini saya tuliskan semula sebahagian pesan Buya HAMKA dalam bukunya 'Pandangan Hidup Muslim", bab pertama, Istiqamah.

(Kalau nak lagi 'feel', dengar dulu INI, boleh terbayang gerak intonasinya berbicara.)




"Kita akan mengembara di dalam hidup. Kita akan menempuh lautan dan daratan. Kita akan menempuh bunga kunchup dan bunga kembang. Akan menempuh pasang naik dan pasang surut. Akan menempuh angin sepoi dan angin puting beliung. Kita akan bertemu dengan yang benar dan yang salah, yang elok dan yang buruk, yang indah dan yang jelek sekalipun. Kita akan pernah merasa ragu-ragu, akan tetapi terang-benderangpun akan ada di dalam jiwa kita, dan ada juga masanya berjumpa gelap dan gulita. Tetapi satu hal tidaklah akan pernah padam, meskipun diakui pernah juga lindup diselubungi awan, namun hilang sama sekali tidak.

Yang satu itu ialah kepercayaan akan adanya Tuhan!

Kepercayaan itulah yang disuruh baik-baik, dipegang teguh-teguh, sebab inilah ''pangkal tempat bertolak'', dan inilah pula keputusan dari segala hukum.

Kalau di dalam alam besar chakrawala ada Matahari yang tidak pernah padam cahayanya, maka di dalam alam kecil, iaitu Insan pada diri kita, kepercayaan itulah mataharinya.

Teguh memelihara dan memegang kepercayaan itu, itulah yang bernama ''istiqamah''.

Maka tegaklah dengan teguh, istiqamahlah, laksana batu karang diujung pulau, menerima hempasan segala ombak dan gelombang yang menggunung; setiap ombak dan gelombang datang, setiap itu pula ia membawa zat yang akan menambah kokoh dirinya.

Dan tegaklah dengan teguh, istiqamahlah, laksana sebatang pohon beringin di tengah padang; menerima segala angin sepoi dan angin badai. Kadang-kadang ber-derak-derik, laksana akan terban-runtuh, terhoyong ke kiri dan ke kanan. Demi angin berhenti dan alam tenang, dia tegak pula kembali dan uratnya bertambah terhunjam ke petala bumi."

(dari muka 10)






"Amantu bil-Lahi thummas-taqim"
( Aku percaya kepada Allah kemudian pegang teguhlah pendirian itu")

Dengan itulah kita hadapi segala persoalan di dalam hidup ini. Dengan itu kita kibarkan panji kita. Kalimat itulah yang terlukis padanya, dan dengan pendirian itu kita hidup di tengah-tengah masyarakat.

Dengan itu kita jiwai seluruh kebudayaan dalam segala macam seginya, dengan itu pula kita mencari pengetahuan dalam segala macam cabangnya.

Itulah pangkalan tempat kita bertolak. Dan itulah pelabuhan terakhir tempat kita bersauh. 

(dari muka 15)




Mula-mula membaca, terkebil-kebil saya. Tergamam. Kosong sebentar.
Lalu saya ulang baca.

Terharu. Senyum.

Pandang hadapan. 
Hela nafas.
Tunduk semula.
Geleng-geleng.

Terngiang-ngiang.
"Pangkalan tempat bertolak, pelabuhan tempat bersauh"

haih.
Entahkan faham entahkan tidak.

(Terbayang 10 tahun lagi, agaknya bagaimana saya membaca tulisan Buya HAMKA ini.)


28 September 2010

Malaysia. Hingga Ketemu Lagi.








" Yaya ( Zuhairah ), Bang Anip nak balik Jordan malam ni"
"Aaaa...habis tu adik Yaya macam mane?", dengan intonasi, raut wajah.. err (tak tergambartuliskan)

Yaya belajar mana buat ayat manis nh??ish.


Zafran dan kek hari lahirnya.




Zuhairah, Zafran, Zahiruddin, Zulaikha, Amirah. 
Saya sudah habis idea bagaimana mahu culik Zuhairah ke Jordan. haha.





Rumah selepas hujan. Oh!

"Secantik-cantik bunga di rantau orang, bunga di laman sendiri yang menambat hati"





Mata mak yang sungguh punya cahaya. Raut ayah yang sungguh memendam rasa.




Malaysia.
Terima kasih.

Hingga ketemu lagi.
Kenang daku dalam doamu.

26 September 2010

Bercuti.

Masing-masing kawan-kawan tentu ada pengalaman menarik cuti kali ini kan.
Ini antaranya dari saya yang ingin dikongsikan.




Perjalanan Pulang Ke Kampung



Terperangkap dalam kesesakan jalan raya di simpang empat Hutan Melintang. 1 kilometer, 4 jam! 
Gara-gara lori kontena minyak bertembung. haih. Nasib baik bukan ketika raya.
Sempat juga berkenalsembang dengan pemandu lori depan belakang.





Kebun Abah



Ayah saya beritahu pantun ni lengkap dengan syarahnya sekali.

Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

Dan pertama kali juga makan buah senduduk. Rasa macam beri. 



Bunga kantan ni lagi cantik dari bunga ros apa.
Kenapa tiada yang bagi hadiah ini hah?








Kebun durian. Muda. Belum ada hasil. Pergh, membayangkan rasa durian kebun sendiri.





?



Perjalanan menjenguk nenek. 100 meter hujan, 100 meter reda. Silih berganti.
Awan yang membawa hujan, kadang disambut dengan senyuman, kadang hadirnya menggelisahkan.




Memancing di Sungai Perak


Mula bergerak hampir jam enam. Air sudah mula surut.

Here we go!

Oh. Ayat untuk yang ini saya simpan. hah


 Dengan Wak Usop, pakcik saya, pemilik bot, dan 'orang lama' sungai ini.

Ok. yang ini kecil.

Hasil tangkapan malam itu. Udang galah, ikan lundu, ikan duri, gelama dan belut.


Juga menikmati 'persembahan' kelip-kelip sepanjang pesisir sungai.

  Pengalaman. Kenangan.
Sudah rezeki mata, bukan rezeki mulut...




Fuh

Setelah merasa...


gigitan mesra kerengga,
lazatnya biji sawit segar manis berlemak,
ditumpang teduh (dan darah) kepada si pacat,
badan dan baju berbau tanah liat,
memancing si jenggo udang galah,
nikmatnya bilah hujan hampir saban hari,
nikmat cendol pada terik mentari,
kurnia gemilang sang bulan nusantara, 
menatap wajah ayah ibu tercinta,

dan lain-lain indah-indah yang sukar buat diucap atau ditulis,




Saya tahu,
sudah sampai masa....

saya 'pulang' ke Jordan!


19 September 2010

Surut Sang Laut



Pasang surut sang laut selalu setia.
Pasang surut jiwa kadang tak terjangka.


Di sini,
 menyaksikan ombak menarik diri.
Harapnya masih di sini,
tika ombak menggamit kembali.



( Pantai Tanjong Karang )
Petang-petang tenang.

Ke Mesir!


Assalamualaikum.

Tadi pagi menghantar adik saya, Hanis Zikri ke Bumi Mesir, jurusan perubatan. Ha, saya secara peribadi, tentulah tak terasa sedih pun pun, sebab dia bakal tambah dekat dengan saya di Bumi Jordan. Oh, gambar di atas ini hasil lukisan kawannya selepas diminta secara peribadi. "Nak ada perempuan, kolam, tamar, piramid dengan bulan". Dan begini hasilnya. Saya yang jatuh suka melihat, rasa rugi pula tak berkenalan dengan pemilik pena. cis.

Sekarang, dia transit di Bahrain. Doakan perjalanannya ya.




Turut menghantar makhluk di sebelah kanan ini, Ridhwan Fadhil. Seronok tengok 'kembarnya'. Yang kiri tak perlu diperkenalkan lagi rasanya. hah



Pemikir muda lah kononnya. ( Fikir cane nak balik rumah..). 
Rupanya kita di kerusi persidangan tetap atuk-atuk Al- Falah. Alahai...
Balik setahun nanti, perjumpaan begini wajib tau kawan-kawan!









"KLIA itu, 
tempat yang bagaikan keramat kan? 
Menemu dan memisahkan."


pergh.

14 September 2010

Jemputan Ke Rumah Terbuka.




Bersama Cik Zuhairah yang cantik-gutatik, comel-gumamil, dan putih-gutatih.


Assalamualaikum wbt.

Saya dan Cik Zuhairah dengan ini mewakili Cikgu Missinon Ahmad dan Cikgu Nahrawi Yusof menjemput saudara saudari tuan puan sahabat-sahabat kawan-kawan samada baru kenal atau lama, rapat, pernah atau belum rapat...

untuk hadir sama
 memeriahkan rumah terbuka kami sekeluarga 
di Tanjong Karang ESOK.

pagi sampai petang. Nak bermalam pun tadahal.


Sudilah kiranya melapangkan masa.ha.

Ok. Rumah saya sentiasa terbuka sebenarnya, tapi esok kira hari special kami bersedia dengan senyuman dan makanan ( yang ditempah..heh )

Pepehal, call la saya ye. 
013 3819597.

Sekian. Terima kasih.



(  Tiada kanak-kanak yang dicederakan atau menerima ugutan dalam apa jua bentuk sepanjang proses gambar ini diambil ) 

07 September 2010

Simfoni

Ini tulisan ibunda saya. Entah bila beliau menulisnya, saya tidak tahu. Tapi ia ditulis dengan mesin taip, tentu-tentu-tentu sudah lama kan.








Simfoni


Damai simfoni membelah sayu,
Pungguk merindu rembulan,
Lembayung senja menunduk layu,
Ratapan dara merayu rawan.

Tiba-tiba guruh membelah
Bumi merekah
Lantas cahaya kelam.

Tinggallah si pungguk
Menghitung langkahan malam,
Dan rembulan tidak muncul lagi,
Terbanglah pungguk merindu menanti.

Tiba di suatu perhentian,
Pungguk sedar betapa agung.
Erti sebuah impian.



-Ainon Ahmad-
_________________________________________





Kelmarin, tiada bintang di dada langit.
Bulan, meski tanpa teman, masih tersenyum.
Kali ini runcing tipis . Manis.
Namun, hati saya terhiris.
Dia dengan itu, memberitahu,
Lanjut sudah umurnya.

Dia.....Ramadhan,
Ingin berangkat pulang.

Err..agaknya ia merindukan kita tak?


Ramadhan, tak boleh extend dalam 10 hari ke???ishh...hah.
______________________________________