Showing posts with label tentang buku. Show all posts
Showing posts with label tentang buku. Show all posts

26 December 2010

Apples and Patience




Some excerpt from The Kite Runner.
________________________________________________

"How long?" Sohrab asked.
"I don't know. A while."
Sohrab shrugged and smiled, wider this time. " I don't mind. I can wait. It's like the sour apples."
"Sour apples?"
"One time, when I was really little, I climbed a tree and ate these green, sour apples. My stomach swelled and become hard like a drum, it hurt a lot. Mother said that if I'd just waited for the apples to ripen, I wouldn't have become sick. So now, whenever I really want something, I try to remember what she said about apples."

_________________________________________________


Simple things that happen around us, can be the door to a great wisdom.

24 December 2009

Bukan Legasi Lalang


Cinta pandang ( baca; baca ) pertama.
Ya.
Pertama kali bersua dengan novel ini di perpustakaan kecil rumah saya.
Kulit depan yang menarik.
Bahkan diangkat sebagai 'Pemenang Pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000'.

Saya lihat kulit belakang.
Tertulis,


Membunuh Jebat menjadi hutang tak tertebus oleh Tuah. Hutang yang terbeban menjadi legasi ratusan tahun. Tuah, Jebat, dua ayam sabung yang dilagakan secara semberono kesumat kuasa, wanita, fitnah, keadilan.


Perlagaan tak pernah usai. Penuh intrig berlarut-larut. Justeru hakikat pertarungan yang adil hanya anganan yang wujud dalam mimpi.
kering jiwa Tuah menumpahkan taat setia kepada tuan. Dan tubuh Jebat tak ubahnya sehelai lalang yang cuba menolak ribut. Cuma sehelai ilalang. Di padang luas terbuka.


Maka, apakah kebenaran punya makna apa-apa dalam mana-mana cerita?


Terpegun kagum.
Saya selak helaian pertama.
Tertulis,
' Terima kasih Cikgu Nahrawi kerana memberikan sokongan'.


Saya tanya Abah, siapa yang beri novel ini.
Abah menjawab,
"Penulisnya. Cikgu di sekolah Abah."



Dan saya, ketika itu darjah lima ( atau empat ), terus memulakan pembacaan.
Novelnya nipis sahaja.
Dan kerana terlalu asyik, saya habiskan membaca pada hari yang sama.

Terdapat banyak  kriteria sebuah buku yang baik.
Jalinan plot yang kemas.
Tema ampuh yang mendasari cerita.
Gaya bahasa menarik.
Wacana, isi yang menggugah rasa dan minda.
dan lain-lain.
Novel ini, bagi saya, menepati kesemuanya.

Perkara awal saya sedari, pengarang gemar menggunakan ayat pendek penuh maksud.


Mulai saat itu, saya menjadi peminat setia Sri Rahayu Mohd Yusop.
Novel ini berulang kali saya baca,
Hati tambah berbunga bangga bila mengetahui beliau anak Tanjong Karang dan dulu belajar di SK Batu 9  Jalan Bomba! Oh!

Baiklah, kita kembali kepada cerita.
Pengarang membawa kita menelusuri amanah Tuah pada keturunannya.
Amanah yang ditunjangi rasa bersalah mengorbankan nyawa sahabat tercinta.
Walau hakikatnya, tiada siapa menanggung salah.
Kedua mereka menjadi mangsa mahu sultan.

Cik Hasan Muda, selaku watak utama  dilihat sentiasa tenang dan sukakan perdamaian.
Pekerjaannya berhikayat kisah rakyat.
Konflik tercetus dengan Orang Kaya Ariff yang mahu mempertahan gah bangsawan.
Lalu menimbulkan pelbagai makar.
Di saat-saat ini, muncullah manusia yang menyerah seluruh hidupnya membela keturunan Jebat.

Saya sebenarnya, sedari kecil 'berpihak' kepada Jebat. Saya menyanjungnya sebagai hero yang selayaknya, bukan pengkhianat petualang Melaka. Namun, ya, seperti kata-kata Winston Churchill, 'History is written by the victors'....Jebat dalam kebanyakan cerita ialah ayam sabung yang mengamuk tanpa pertimbangan, dungu mencabar kedaulatan baginda sultan. Pantang selamanya anak Melayu derhaka menempah murka.
Pengarang novel ini melakukan usaha baik 'memurnikan' Jebat, saya kira.

Mari ikuti saat-saat akhir Hang Jebat,


" Dalam deritanya, Jebat sekali lagi mengucapkan dua kalimah syahadah. Kelopak matanya ditutup dan dia menghela nafas yang terakhir sambil tangannya yang menggenggam erat tangan Tuah kini sudah renggang. Ribut yang ganas itu telah melanda lalang sehelai yang kini putus-putus akarnya. Lega dan reda.


Hidup Jebat sebagai pahlawan.
Rebah Jebat sebagai pahlawan.
Kekalnya Jebat sebagai pahlawan.


Lebih istimewa lagi kerana dia bukan pahlawan biasa. Mereka bencikannya. Mereka cintakannya.  Riwayatnya tamat dengan begitu tragis dan penuh makna." 


Untuk mengetahui kesudahannya, belilah novel nipis kaya jiwa ini.

Berbalik pada soalan yang ditimbulkan pengarang tadi,
Maka, apakah kebenaran punya makna apa-apa dalam mana-mana cerita?

Lama saya merenung.

Soalan ini mungkin bermaksud sinis, pesimis, jujur berkehendakkan jawapan, atau mungkin.....
soalan ini sendiri sebenarnya adalah satu jawapan.