24 December 2009

Bukan Legasi Lalang


Cinta pandang ( baca; baca ) pertama.
Ya.
Pertama kali bersua dengan novel ini di perpustakaan kecil rumah saya.
Kulit depan yang menarik.
Bahkan diangkat sebagai 'Pemenang Pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000'.

Saya lihat kulit belakang.
Tertulis,


Membunuh Jebat menjadi hutang tak tertebus oleh Tuah. Hutang yang terbeban menjadi legasi ratusan tahun. Tuah, Jebat, dua ayam sabung yang dilagakan secara semberono kesumat kuasa, wanita, fitnah, keadilan.


Perlagaan tak pernah usai. Penuh intrig berlarut-larut. Justeru hakikat pertarungan yang adil hanya anganan yang wujud dalam mimpi.
kering jiwa Tuah menumpahkan taat setia kepada tuan. Dan tubuh Jebat tak ubahnya sehelai lalang yang cuba menolak ribut. Cuma sehelai ilalang. Di padang luas terbuka.


Maka, apakah kebenaran punya makna apa-apa dalam mana-mana cerita?


Terpegun kagum.
Saya selak helaian pertama.
Tertulis,
' Terima kasih Cikgu Nahrawi kerana memberikan sokongan'.


Saya tanya Abah, siapa yang beri novel ini.
Abah menjawab,
"Penulisnya. Cikgu di sekolah Abah."



Dan saya, ketika itu darjah lima ( atau empat ), terus memulakan pembacaan.
Novelnya nipis sahaja.
Dan kerana terlalu asyik, saya habiskan membaca pada hari yang sama.

Terdapat banyak  kriteria sebuah buku yang baik.
Jalinan plot yang kemas.
Tema ampuh yang mendasari cerita.
Gaya bahasa menarik.
Wacana, isi yang menggugah rasa dan minda.
dan lain-lain.
Novel ini, bagi saya, menepati kesemuanya.

Perkara awal saya sedari, pengarang gemar menggunakan ayat pendek penuh maksud.


Mulai saat itu, saya menjadi peminat setia Sri Rahayu Mohd Yusop.
Novel ini berulang kali saya baca,
Hati tambah berbunga bangga bila mengetahui beliau anak Tanjong Karang dan dulu belajar di SK Batu 9  Jalan Bomba! Oh!

Baiklah, kita kembali kepada cerita.
Pengarang membawa kita menelusuri amanah Tuah pada keturunannya.
Amanah yang ditunjangi rasa bersalah mengorbankan nyawa sahabat tercinta.
Walau hakikatnya, tiada siapa menanggung salah.
Kedua mereka menjadi mangsa mahu sultan.

Cik Hasan Muda, selaku watak utama  dilihat sentiasa tenang dan sukakan perdamaian.
Pekerjaannya berhikayat kisah rakyat.
Konflik tercetus dengan Orang Kaya Ariff yang mahu mempertahan gah bangsawan.
Lalu menimbulkan pelbagai makar.
Di saat-saat ini, muncullah manusia yang menyerah seluruh hidupnya membela keturunan Jebat.

Saya sebenarnya, sedari kecil 'berpihak' kepada Jebat. Saya menyanjungnya sebagai hero yang selayaknya, bukan pengkhianat petualang Melaka. Namun, ya, seperti kata-kata Winston Churchill, 'History is written by the victors'....Jebat dalam kebanyakan cerita ialah ayam sabung yang mengamuk tanpa pertimbangan, dungu mencabar kedaulatan baginda sultan. Pantang selamanya anak Melayu derhaka menempah murka.
Pengarang novel ini melakukan usaha baik 'memurnikan' Jebat, saya kira.

Mari ikuti saat-saat akhir Hang Jebat,


" Dalam deritanya, Jebat sekali lagi mengucapkan dua kalimah syahadah. Kelopak matanya ditutup dan dia menghela nafas yang terakhir sambil tangannya yang menggenggam erat tangan Tuah kini sudah renggang. Ribut yang ganas itu telah melanda lalang sehelai yang kini putus-putus akarnya. Lega dan reda.


Hidup Jebat sebagai pahlawan.
Rebah Jebat sebagai pahlawan.
Kekalnya Jebat sebagai pahlawan.


Lebih istimewa lagi kerana dia bukan pahlawan biasa. Mereka bencikannya. Mereka cintakannya.  Riwayatnya tamat dengan begitu tragis dan penuh makna." 


Untuk mengetahui kesudahannya, belilah novel nipis kaya jiwa ini.

Berbalik pada soalan yang ditimbulkan pengarang tadi,
Maka, apakah kebenaran punya makna apa-apa dalam mana-mana cerita?

Lama saya merenung.

Soalan ini mungkin bermaksud sinis, pesimis, jujur berkehendakkan jawapan, atau mungkin.....
soalan ini sendiri sebenarnya adalah satu jawapan.





Hari Malaysia








Salam.
Rasanya sudah agak lewat saya menulis tentang ini.
Rata-rata kawan-kawan di sini sudah terlebih dahulu mencoret.

Antaranya, kalian boleh berkunjung ke blog-blog ini.
opulya.blogspot.com
zulakhyar.blogspot.com
shafeqsads.blogspot.com

Malaysia Day.
Program ini diadakan pada 22 Disember.
Pada mulanya, terasa agak kelam kabut.
Manakan tidak, program dijadual bermula jam 8 30 pagi, meja-meja gerai hanya tiba jam 7 30.
Namun, syukur kita lafazkan kerana semua berjalan lancar.
Badan- badan anak negeri semua mengambil bahagian di gerai-gerai, mempromosikan budaya negeri masing-masing.

Memang ramai Arab yang datang memeriahkan.
Semua teruja melihat promo Visit Malaysia yang ditayangkan sewaktu perasmian.
Baru mereka tahu betapa indah bertuah bumi Malaysia agaknya.

Teringat pula lagu yang dinyanyikan penuh bersemangat oleh arwah moyang saya,



"Malaya yang subur,
Di dunia telah termasyhur..


Malaya...Malaya...


Kedudukan kamu,
sungguh terang bercahaya,
buat hati kita ria,


Malaya...Malaya...


Wahailah pemuda, wahailah pemudi..
Ayuh bergerak kerja dan usaha
di tanah airmu wajib dibela...."





Ah, hati terkenang, mulut menyebut....Al fatihah buat arwah.
Saya suka rangkap terakhir itu.
Ringkas. Tapi itulah yang sebenarnya.


Ada apa dengan negara?
Teringat ungkapan fasilitator BTN,
"Kerana Islam pentinglah, negara itu penting"
Ya, Islam itu selamanya tertinggi.
Bodohlah kalau mahu kita pertikaikan itu.
Cuma dalam sudut pandang konteks ini, negara menjadi naungan untuk mengamalkan Islam.
Mungkin kita hanya perlu melihat Melaka ketika dijajah sebagai contoh.
Oleh itu, kedaulatan negara perlu dipertahan.



Dalam kita ghairah mempromosi Malaysia kepada masyarakat dunia, kita tidak harus lupa wajah Malaysia yang kita tatap hari ini terbentuk hasil titik peluh, jerih perih, nenek moyang kita.
Keamanan kita kecapi hari ini bukan tanpa pengorbanan.
Untuk keamanan dan kemakmuran itu kekal, ia perlukan usaha.


Justeru,
Negara perlukan pemuda pemudi sebagai pemuka masa hadapan.
Pemuda pemudi yang membuka mata terhadap dunia.
Memerhati dan memahami.
Menyedari tanggungjawab dan memikulnya dengan kesungguhan.

Oh, maaf, saya merayau jauh.
Sedikit refleksi buat diri.

Sambung....sambung....
Pada hari itu, saya ditugaskan menjaga gerai Urusetia.
Kami menjual roti canai, popia, pau, bihun, dan teh tarik.
Kita lihat gambarlah ya!




Gatal bergambar di pelamin. Keunikan istiadat perkahwinan Melayu ditunjukkan pada hari itu.



Persembahan silat dari Mu'tah. Tiger jump.Irbid juga tidak ketinggalan, diketuai Abang Sadis kita.
Mendapat tepukan amat gemuruh hari itu. Selepas ini, mungkin ramai Arab ingin mempelajari silat.
Haiiit. Ceeeeshy.





Antara hasil seni kraftangan Melayu yang dipersembahkan.




Abang Afiq Muiz. Masih babyface macam dulu. Saat ramai Arab senyum-senyum sinis memandang,
ingin sahaja saya teriak, 'Woi, ini SAMPIN, bukan SKIRT!!'



Dari kiri; Naim, Faiq, Helmi, Salam.
Gerai Kelantan cukup mantap hari itu.



Dari kiri; Muhtadi, Basyir, Syuib, Fahmi, dan Fathi di gerai kami.
Syuib memang paling 'tabah'. Sabar sungguh melayan karenah Arab.



Rumah panjang Sarawak. Sejarahnya turut disertakan.



Aha, memang ramai manusia berkunjung.



Ha, yang ini paling menggiurkan! Terima kasih buat gerai kedutaan. Satu, sedinar. Sangat sangat sangat berbaloi!

15 December 2009

Hidden Behind Biology (1)



Biology is a field of hard science.

Biology is a field of hard science.

Biology is a field of hard science.


The words used are exact and accurate.


For they talk about facts. Or statements perceived as facts. Or at least, ideas about the facts.

They should be 'entirely unambiguous'.

They are 'the purest form of practical language'.

'The existance of multiple denotations and various overtones of meaning' will cause misunderstanding and confusion.

So, let it be as it used and supposed to be.








Yet, all Biology textbooks in the world is written by human.

And without doubt, human has feelings.

The writers try to imply and acknowledge this while conveying all the informations.

Not only for us to realise having human in us but to  appreciate BEING a human.














Now, an excerpt from Campbell's Biology Eighth Edition, used for our Tadika Medic.
Something that we can choose to reflect and ponder upon.


"Perhaps the reason we have so many unanswered questions about cancer cells is that there is still so much to learn about how normal cells function."       ( Page 243 )

Makes me wonder,
Perhaps the reason we have so many unanswered questions about our life, and the society is that there is still so much we don't know about ourselves. Our inner self.
The basic foundation that lay ground for the formation of society.

This is a quote from Khalil Gibran, a well-known Lebanon poet,

يقولون لى : لو عرفت نفسك لعرفت الناس                                  
فاقول لهم : لن اعرف نفسى حتى اعرف جميع الناس  



11 December 2009

Gemerlapan

____________________________________



Pada dada langit malam itu kita bicara,
Kalaupun nanti siang menjelma,

                 " Bintang itu,
                   jangan kau lepaskan pergi.
                   Biar ia jadi tatapan,
                   Teman.
                   dan panduan.
                   Buat mengharung,
                   perjalanan esok."

Tapi sayang,
terkadang manusia lupa,
Bintang bukan milik malam.

______________________________________


10 malam Jordan.
Di celahan torque in equilibrium,

08 December 2009

Dia Datang Lagi.

Bismillah.

Hm, bagaimana ya mahu mula.
Baiklah, tulisan ini saya coretkan lebih-lebih untuk ingatan diri pada masa hadapan.
Juga untuk rakan-rakan. Moga ada yang boleh dimanfaatkan.






MASALAH.

Hadirnya tanpa dijemput.
Menyesakkan dada. Menjerihkan fikiran.

Masalah kecil.
Masalah besar.
Masalah kecil menjadi besar.
Masalah besar menjadi kecil.
Masalah kecil diperbesarkan.
Masalah besar diperkecilkan.

Aha...macam-macam ada.

Diri jadi murung.
Kusut. Serabut.
Tertekan.
Salah tingkah.
Serba tidak kena.
Air mata mungkin jadi teman setia.

Saat ini, apa yang dilakukan?



Opsyen 1.

Berdepan.

Bak pepatah arab yang baru saya pelajari,

الباب الى بجيك منه الريح
سده واسترح




Maksudnya;

"Pintu yang masuk darinya angin,
Tutuplah dan rehatlah."

Di sini kalau buka pintu musim syita' malam-malam, alamat kesejukan teramat la. Jadi, jangan berlengah. Tutup sahaja pintu (selesaikan masalah) dan kau boleh kembali tenang menjalani kehidupan.

Ya, tidak semudah itu.
Tapi, itulah konsepnya.

Langkah pertama, kita mesti TAHU apa masalah kita.

"Abu, aku ada masalah la."
"Masalah apa tu, kalau mampu aku bantu."
"Aku pun tak tahu masalah apa. Tapi aku pasti aku ada masalah."
"Laa..kalau camtu, pastikan dulu masalah kau. Esok-esok cari aku."

Ha...boleh bayangkan dialog di atas?
How can you fight something you don't know.

Kenali masalah.
Mungkin masalah itu berkaitan dengan sesuatu yang lebih besar.
Ia hanya ranting pada dahan, dari akar yang telah lama menjadi punca.
Mungkin itu sebenarnya bukan masalah, cara kita memandangnya yang bermasalah.
Mungkin masalah itu rentetan salah faham, yang tidak sepatutnya berlaku.
Mungkin masalah itu duri semilu di jalanan yang boleh kita elak dan abaikan.

Kemudian,
Mungkin kita perlu selesaikan pecahan kecil dari masalah besar itu dahulu.
Mungkin kita perlu tarik nafas, kosongkan fikiran, lalu terus memikirkan penyelesaian.




Opsyen 2.

Lari.

Ya, tentu sahaja.
Bila keadaan mendesak,
Kiri kanan, atas bawah tiada ruang bergerak.
Buntu. Jalan keluar tidak kelihatan.

Yang terlintas, 'aku mahu hilang dari sini.'

Kita semua pernah lari bukan?

Teringat contengan spontan saya dalam sebuah blog. Dan saya tambah serangkap kemudiannya.

Larilah sekuat hati,
sampai langkah terhenti,
biar jiwa letih itu pulih.
kerna sedari awal,
sempurna bukan jawabnya.

Adakala kita mencari jawapan
Dari susunan bata persoalan.

Adakala kita mencuri masa,
belajar menerima,
jawapan yang lama tersedia.

Agar nanti bisa kita berjalan pulang,
dengan tenang.

-----------------------------------------------------

Time is a great healer.
Mungkin kaki telah tidak daya,
nafas habis lelah.
tapi masih terus memaksa.
Sebenarnya kita tahu,
garis akhir bukan pada batas gagah kaki melangkah,
Ia tersimpan dalam diri.

Tidak selamanya kita ingin lari bukan?



Akhir kata,
buat ingatan kita semua.

Masalah memberi pengalaman.
Pengalaman mematangkan.

01 December 2009

Terumbu Nafsu

Di sebalik terumbu nafsu,
terpendam hitam dosa, kelam noda,
tersorok durjana lembing terhunus,
terhias manis yang menghiris.

Biru.
Merah.
Ungu.
Meliuk lentuk diduga arus laut,
menggamit hambat mereka yang lupa,
khayal tumpas dengan dunia.

Angkara terumbu itu,
Rebah Rom Parsi menyembah Bumi,
yang dulu keras diinjak telapak kaki.

Ranap runtuh peradaban Abassiah,
tinggal hanya tulisan suci di kota sepi.

Karam bedar tamadun Melayu,
yang dulu gah dikemudi merentas benua.

Oh Tuhan,
sungguh manusia punya rasa yang bisa membinasa.

------------------------------------------------


malam sebelum trial bm,
Hilang dan kucantum serpihannya.
Terima kasih kau yang menyimpan.
Moga untukmu hanya yang terbaik.


Owh!
Bulan mengambang,
Bintang-bintang terbias seri.
Aku senyum. Lagi.

26 November 2009

Hari Arafah

Assalamualaikum.

Anda dipersilakan menonton video ini. Uploaded by papapandu.

video


Info Ringkas.
Sisa ingatan PSI dulu dan sedikit rujukan.

1. Wukuf ialah rukun haji yang membezakan antara haji dan umrah. Tempatnya di Padang Arafah.

2. Jemaah haji disyaratkan berada di sini di antara selepas zohor 9 Zulhijjah hingga sebelum subuh 10 Zulhijjah. Sebentar pun sudah memadai.

3. Sebelum ke Arafah, jemaah diwajibkan bermalam di Mina pada 8 Zulhijjah. Selepas wukuf di Arafah, jemaah akan bergerak ke Mudzalifah dan melontar Jamratul Aqabah pada malam 10 Zulhijjah.


Tadi, sewaktu saya menikmati cocktail di restoran, Al Jazeera menyiarkan rancangan tentang Wukuf ini. Lautan lautan lautan manusia. Semua melaungkan,

"labbaikallah humma labbaik
labbaika laa syari kalakalabbaik
innal hamda wanni'mata
lakawal mulk
laa syarikalah"

in unison. satu suara. satu nada. MasyaAllah.
Kerdil lemahnya manusia. Besar gagahnya Pencipta.
Tiada terlihat manusia bertongkat pangkat, berpakaian mewah, mendabik dada mencabar langit.
Semua kelihatan khusuk.Tunduk.

Dan semasa saya menulis ( menaip??) ini, para jemmah sedang berduyun-duyun bergerak ke Mudzalifah. Ada yang masih tinggal bermunajat di tempat berkat termakbul doa ini sehingga subuh esok hari.

Wukuf dianggap kemuncak ibadah haji. Nabi bersabda, 'Alhajju Arafah'. Jutaan jemaah haji berkumpul menginsafi dosa dan memohon ampunan Allah. Mengharap belas disulam takut terlepas pandangan-Nya.

Hendaknya kita begitu jua.

Mengenai raya ini, teringat sebuah puisi arab,

ليس العىد لمن لبس الجديد"
وتفاخر بالعدد والعديد
"انما العيد لمن خاف يوم الوعيد


Maksudnya,

"Bukanlah hari raya itu untuk yang berpakaian baru,
dan yang merasa bangga dengan bilangan dan perhiasan,
Sesungguhnya hari raya itu untuk mereka yang takutkan hari yang dijanjikan."

Hilang 50% keindahannya bila diterjemahkan bukan?
Ha..mari belajar bahasa Arab.

Selamat Hari Raya Aiduladha.
Semoga hari ini bukan sekadar 'hari cuti yang memberi peluang rehat'..
Moga ada sesuatu yang kita peroleh..( selain daging korban lah...hehe)

'Mencuri' kata-kata Kak Balqis, 'go home and do the math youself!'


p/s. Abang kakak pakar arab,tolong betulkan kalau salah.
kena gerak tidur sekarang. Takut sejarah hari raya pertama di Jordan berulang!

23 November 2009

Spm Revisited

"Setahun sudah berlalu
'November' kini kembali
dengan kehangatan semalam..."

Secara literalnya, bait-bait lagu ini langsung menjadi langsung tidak tepat.
dalam keadaan sekarang, 'kehangatan semalam'= 'kesejukan mencengkam'
hak

Sudah masuk minggu kedua adik-adik kita menjalani SPM.
Terutama buat adik kesayangan saya, Hanis Zikri, all the best!
Abang menghantar doa dari sini.

Dalam pada itu, kenangan SPM kembali menjengah fikiran. Beberapa foto yang sempat di 'click n save' memberi gambaran ribuan kenangan.




Amir Fikri dan Ammar Adam tenang menelaah pelajaran.
 Katil menjadi tempat terbaik untuk studi!


Ridhwan Fadhil tidak tidur semalaman
 mengestrak helaian demi helaian PSI.



Safuan Mohamed maintain hidung mancung
dalam keadaan getir bagaimanapun.




Kanak-kanak ribena mesti sentiasa ceria!



'Fly halal' main futsal sampai awal pagi.


Sinonim dengan SPM ??


Kamil n Shazwan. Malam terakhir di asrama.
Rasa tidak keruan. Berat langkah. Salah tingkah.

Layan PES...
Ragbi dalam kolah...
Badminton di dataran...
Macam-macam lagi yang kami lakukan.

Ada apa dengan SPM?
Ada yang kata, ia penanda aras hasil pembelajaran
Produk 5 tahun persekolahan.


Ada apa dengan SPM?
Ada yang kata, ia penentu masa depan.
Keputusan ini sampai bilapun kita akan genggam.

Ada apa dengan SPM?
Sampai semua bertungkus lumus berjaga malam.
Membelek tiap helai 'Kitab Sejarah' yang dulu hanya dibiarkan.
Membuat latihan +m3 yang selalu bikin kacau fikiran.
Menyelongkar khazanah nahu sorof untuk dihafal.

Ada apa dengan SPM?
Berhabis masa...
Berhabis harta...
Berhabis tenaga...
apa sebenarnya yang mahu dicapai??


Ada yang melaluinya dalam keterpaksaan.
Terpikul sebagai bebanan.
Justeru, tamatnya diiring sorakan kegembiraan.

Ada yang menganggapnya batu loncatan.
Untuk mara setapak lagi ke hadapan.
Lalu, hadirnya bersambut keazaman.

Ada yang memandangnya hadiah sebuah harapan.
Buat ibu bapa sumur kasih sayang.
yang mendoakan kesejahteraan dan kejayaan.


Ya, tidak dapat dinafikan SPM adalah peristiwa besar dalam hidup kita.
dan sebabnya bergantung bagaimana kita melihatnya.

Without doubt, the result hand a hand
in determining where we are right now.
What course we are taking.
and maybe, what we have become since.

Having said that, SPM is not everything.
It is not the end.
It is the beginning of a new journey.



20 November 2009

Adha 1430



Mari meriahkan!


Jangan lupa.
Hari pertama bulan Zulhijjah 1430H  jatuh pada hari Rabu, 18 November 2009.  Hari Arafah, pada tarikh 9 Zulhijjah bersamaan 26 November diikuti Hari Raya Aidiladha keesokan harinya.

Pengorbanan Nabi Ibrahim.


Sudah tentu kita sudah sedia maklum tentang sejarah pensyariatan Ibadah korban ini. Mungkin sudah ratusan kali kita mendengarnya. Namun, biarlah kita bertanya kepada diri sendiri, sejauhmana kita menghayati dan mengambil ibrah daripadanya. Adakah kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan Allah menyembelih  anaknya dianggap hanya kisah tipikal Islam tentang pengorbanan  ataupun kisah ini sentiasa menyentuh nurani kita lantas meniupkan ruh iman dalam diri. Menyoroti kembali pengorbanan Nabi Allah Ibrahim, yang digelar Khalilur Rahman dan anaknya Nabi Allah Ismail memperlihatkan kepada kita penyerahan seluruh jiwa raga untuk menunaikan perintah Allah.

Pengorbanan Nabi Ibrahim bermula lebih awal. Baginda diperintahkan Allah meninggalkan Hajar, dan Ismail yang masih bayi di Bumi Mekah yang ketika itu gersang kering kontang. Cuba kita bayangkan situasi ini.  Setelah mendambakan seorang anak buat sekian lama, Nabi Ibrahim berdepan ujian untuk berpisah meninggalkan anak isterinya sendirian. Namun kerana iman yang jitu, baginda redha dan yakin anak dan isterinya berada bawah perlindungan Allah. 

Ismail membesar menjadi anak yang berperibadi mulia. Ketika ini, sekali lagi Allah menguji mereka. Kisah agung ini dirakamkan oleh Allah dalam Surah As Saffat, ayat 102 hingga 107. Nabi Ibrahim mendapat mimpi menyembelih anak kesayangannya sendiri.

Apabila hal ini disampaikan kepada anaknya Ismail, baginda lantas menyetujui perintah Allah itu. Ketika ini, syaitan muncul menyerupai seorang lelaki tua cuba menimbulkan keraguan.  Usaha syaitan itu nyata sia-sia, ia dibaling dengan tujuh batu, tiga kali. Tempat balingan oleh Nabi Ismail dinamakan Jamratul Sughra.Oleh Hajar, dinamakan Jamratul Wusto. Oleh Nabi Ibrahim, dinamakan Jamratul Kubra. Simbolik balingan batu ini menunjukkan penentangan kita terhadap syaitan dan dilaksanakan jemaah haji saban tahun.

Dengan rela hati, Nabi ismail membelakangi badannya ke arah Nabi Ibrahim lantas bersedia untuk dikorbankan. Pada saat genting pisau sudah di leher, tatkala mereka sudah berserah dan pasrah dalam ketaatan, Jibril turun membawa seekor kibas untuk dikorbankan dan Allah membatalkan perintah mengorbankan Ismail.

Seluruh kisah ini antara lain menunjukkan kepada kita bahawa setiap pengorbanan pasti tersedia  ganjaran. Pengorbanan meninggalkan maksiat. Pengorbanan bangkit awal untuk Solat Subuh. Pengorbanan masa membaca Al Quran.  Pengorbanan harta memberi yang lebih perlu.

Cuma kadang-kadang kita telah berputus asa lebih awal, menyebabkan ganjaran itu tertahan. Tatkala kita dibelenggu masalah yang amat sarat, ingatlah kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang jauh lebih berat.  Ketika kita menempuh cabaran dan godaan untuk melaksanakan perintah-Nya, ingatlah keazaman Nabi Ibrahim. Ketika kita merasai pahitnya hidup belajar dan berjuang di jalan Allah lalu kita memikirkan, “mengapa ujian buatku seberat ini?”…

Ingatlah...'kerana syurga itu manis...'


Olahan/ringkasan tak bertauliah dari sebuah artikel yang dipetik dari amrkhaled.net.
Klik sini untuk keseluruhan artikel. 

15 November 2009

Stop and Stare

I wrote this, after I made one of the biggest decision in my life weeks after SPM. (ceh,br setahun jagung je pun). I've made no alteration since, this is EXACTLY how it was written.





We know how it feel like. Feeling that you have screwed up your life ; that you have taken the wrong path, pick the wrong choice. 

It's rough. It's tough.

You are so sure you are unsure.
Only that is certain.

Life offer us thousands of opportunities, what we have to do is; pick one. There will always be reason to be optimist in everything. But, on the other side, there are reasons against it. And when 'these latter reasons' keep appearing, strengthened by some twist and turn of fate, they will push you to the wrong side of the corner.

Weakened.
Hopes fading.
Confidence shattered.

Is this what it really takes to fulfil our destiny? We keep thinking about the past that we are unable to look further into the future.

What we have to do is what we suppose to. Let the future rear its head, pronounce the the truth which is all but hidden in secrecy right now.

The 'will-then-we-accept-it', is another chapter.

- How I wish I could help - 

13 November 2009

Rules!

I am studying for our first English Test right now.
Currently under Dr Mazin Al Gozo.


I miss Teacher Norhajratuliqma tremendously.
 Miss the feeling of not feeling tortured in class. 
and that kind of satisfaction enjoyed upon completing a task.







By the way, while I'm going through the English 112's reference book; New Cutting Edge; Upper Intermediate Students' book, I found a question that is really worth answering.( with a little bit of alteration)


How would you describe your attitude towards rules and authority?


A. I'm completely law abiding student.
B. I break the rules, but only when I have to.
C.I don't break the rules, only when there is no need to.
D. Rules? what rules?!


What is your answer?


 Most probably, we, ourselves is determined by the answer.
For it shape our worldview. Our idiosyncrasies. Our action, and thus...


OUR LIFE.


p/s: ah ha...that just reminds me of  my another beloved English teacher...hehe
      =) 

10 November 2009

Zaman Sekolah Rendah

Salam..
Sebenarnya, saya ingin meletakkan komen untuk post sahabat sekolah rendah saya, Nur Anati Lokman (da aku kenal hang kat situ), tetapi menghadapi masalah teknikal pula. Jadi dengan akal yang pendek tanpa berfikir panjang, saya post komen tu di sini.


Untuk itu, kita kenalah baca dulu tulisan beliau di analok.blogspot.com








tepianmuara berkata...

ARGH!!!!
Argh no1

pas spm dlu,ak de gak g skolh...xsgke 'msih mndpt smbutan!'

mksud aku, ckgu2 msih ingat aku la.. 
hak
lgu kte...

"sk batu 9,skolh y kucinta,kukenang sentiasa,satukan pelbagai bangsa....wahai rakan semua,majukan diri kita(ak lpe part nh,tlg smbung anati...) disiplinkanlah diri....ajaran guru jadi panduan, penyuluh kehidupan..."

siap tulis skema ag tu! 6 taun kte nyanyi lagu ni, terngiang2 lg..

argh no2..

uma biru mng tyme kte drjh 6 je..merasa gak la mng akhirnya..
tp mmg susunannya mmg salu cm2 r..merah hijau rebut no 1,kuning setia kat bwh...haha

argh no3

Bnyk gle knangn kat cni...bertimbun2..
mcm2 'konflik'...bese r, drh x smpai kpale ag.
SO SWEEEEEET!
kwn2 y sgt besh!

klas 6 cekap..
ble ak msuk hari tu,1st thing trlintas,
'aih,kcik gle meja ngn kerusi nh!'

xsdr dr...ak dlu kcik cenonet je..haha

argh no 4..

ko lpe sbut cgu2 kte y berdedikasi..
cgu nzamudn,tchr aminah,cgu alimah,tchr rusiah, cgu isa,tchr ainiah dll..


bertungkus lumus ajar kte..
rindu cgu2..

ble ak mlawat hari tu, seorang cikgu cakap,
“kamu yang dulu kacau anak teacher kan?”
?!
itu yang beliau ingat….hah

Argh no 5...
rindu sgalanya psl sklh rndah,
surau,kantin, tapak prhimpunan, kedai koperasi, 'kolam ikan', makmal komputer, blok drjh 1, prpustakaan lme, blik gru lme,
sgala'y!

Nostalgia…

tq for posting this!




MENGIMBAU..


Setiap daripada kita tentu ada menyimpan kenangan manis semasa menuntut di sekolah rendah. Mungkin 'zaman sekolah rendah' itupun boleh dibahagikan kepada dua ; tahap satu dan tahap dua.


TAHAP SATU


Menyoroti kehidupan sebagai pelajar semasa tahap satu, pasti ramai yang terkenang pelbagai peristiwa lucu-lucu. Gembira memanjang. Hanya main yang difikirkan. Innocent. Orang kata masih di zaman 'pra-tanggungjawab'. Tatkala kekusutan bersarang di fikiran, ramai rasanya yang teringin mengulang zaman ini.


Tetapi, kita tetap terus diasuh belajar mengurus diri. Perkembangan emosi, fizikal, dan hubungan sosial bertambah pesat. Perhatian ibu bapa dan guru amat penting bagi membentuk  foundation diri kita.


Batch saya adalah batch terakhir yang mengambil Penilaian Tahap Satu. Sekolah akan memilih pelajar yang dirasakan berpotensi lulus penilaian ini. Bagi yang melepasinya, dan memilih untuk melompat setahun, pasti akan menghadapi lebih cabaran. 'Hilang' usia muda setahun. Tentu ada konflik. Akademik dan pembentukan peribadi antaranya. Berkawan dengan 'abang' dan 'kakak'. Namun ramai sahaja yang berjaya mendepani.


TAHAP DUA


Pelajaran ditingkatkan ke tahap dua. 'Vantage point' sudah berbeza. Orientasi pemikiran turut berubah. Kepentingan peperiksaan ditekankan. Ramailah pula menjejakkan kaki ke daerah asing yang belum pernah diterokai sebelum ini; daerah cintan-cintun. Ramailah yang turut menjadi monyet-monyet bergayutan. Akhirnya jatuh terhempas berguling-guling ke tanah. Sayalah tu antaranya..alahai...     


Potensi diri juga diasah dalam tempoh ini. Ada yang berbakat menulis (menaip???), berlakon, berkemahiran seni tangan, kepimpinan, membodek, bersukan dan sebagainya. Pastinya, tiap kita dikurniakan bakat masing-masing. Tinggal terpulang kita untuk mengenalpasti dan membangunkannya. 


GURU DAN SAHABAT


Guru-guru menjadi pemandu arah hidup kita dalam period ini. Nasihat, cerita-cerita, pengalaman peribadi yang dilontarkan sedikit sebanyak (banyak sebenarnya) mencorakkan siapa kita pada hari ini. Terima kasih cikgu!


Persahabatan yang dibina sepanjang zaman sekolah rendah amat bermakna. Ia tentunya meninggalkan bekas dalam diri kita. Bermula dengan musuh ketat menjadi musuh longgar menjadi musuh-yang-tak-tahu-nak-gaduh-sebab-apa menjadi kawan menjadi rakan baik menjadi sahabat sejati. Tapi ada juga yang terbalik daripada itu.  


PEDOMAN 


Tentu ada pahit manis yang ditempuh. Bukan semua indah berbunga. Namun, semua terukir mekar dalam memori. Semua manis tersimpan dalam lipatan kenangan. Semua mendapat tempat istimewa dalam ingatan. 


Waktu itu sudah tidak dapat kita ulang.
Hargai masa sekarang, bergerak matang untuk masa depan! 


"Pengalaman mengajar, terpulang kita mengambil iktibar"



07 November 2009

Lost



This is my external hard disk. Capacity; 400 GB. 
Bought in Malaysia. RM250


One fateful night, with ultimate intention to copy Perempuan Berkalung Sorban, I went to Najib Daud's house (famously known as Komeng).


And without doubt,  I was accompanied by my lucky external hard disk.


Soon I realised, that was the beginning of the end...


As my hard disk went about to run his usual bussiness, we were shocked to hear an eerie sound...


tak....tak...tak...


"We nip,takut aku dengar bunyi external ko nh..."
"Ish...xpnah jadi camni sebelum ni..."


and it start buffering....which seem to take  forever.


Najib's laptop jammed too.


I decided not to continue further. The movie was copied in my thumb drive then.
About two days after that, I took the hard disk to computer shop, only to hear, after three days of 'mysterious test' .....


"Bad luck, boy. Your hard disk have too many physical errors. I know no way to repair it. Don't worry, I won't charge you."


Urgh...


Not seeing it as the end, I consulted another shop owner. Unlike the previous one, he took only two minutes to declare, blatantly convincing, and to the very least, 'comfortingly',


"It is DEAD!"


What?!


"It is DEAD!" "It is DEAD!" "It is DEAD!"


These killer ripples keep echoing in my mind.




THE REASON


Since then, I resigned to the fact that....it can no longer serve me....


Why was that?!


I try to figure that out..


Ismi? He has done nothing wrong. Only maybe he got it at the wrong time.
Mahdi? So much so. Hilarious misunderstanding could not possibly result to this.


Long after that, I found the actual answer I've been hiding myself from,
It can no longer serve me because I forget to serve it....
That is the real reason.


What goes around comes around...


For so long, I had took it for granted.
Misplaced...allowing it to experience constant acceleration of gravitational force...  gave it no added protection...blablabla...and the long list of mistakes continues..


The mistakes is built around my attitude towards it...


Unfortunately, it was too late when I realised that...
In fact, the hard disk had to 'kill itself' to tell me...




SELF DENIAL


At some point in our life, I am sure we will or we have face this mammoth, overwhelming guilt. It will creeps in     and engulf your food vacuole self esteem and dignity. 


But we can find the force to overcome it within ourselves,
the very moment we are ready to approve the truth..


Dedicated for my hard disk;


"Sometimes, we try to hate things we lost,
We tell ourselves...
Good that it is out of sight,
For it only gives visceral pain and continuous misery...
For its presence make us forget to appreciate precious things in life..
Repulsive and addicted...


There we try to reason.


But deep in our heart,
We know that this is a big fatty acid lie.
It is never out of mind,
For the innocent bliss it brings,
For the morning sunshine that make us smile,


It is still there,
Rooted and undefeated."


p/s : Sorry if I sound naive and pessimistic, guess that is the 'after effect' of reading Thought, published by Hesperus.  ( I forget the name of the writer)




APPRECIATE


This may be just a small example.


And maybe to some, insignificant...


Let's take a look at these quotes, taken from www.heartquotes.net

Mother Teresa
There is more hunger for love and appreciation in this world than for bread.



Harper Lee
Until I feared I would lose it, I never loved to read. One does not love breathing.



Sara Paddison, Hidden Power of the Heart
The word "appreciation" means to be thankful and express admiration, approval, or gratitude. It also means to grow or appreciate in value.
As you appreciate life, you become more valuable—both to yourself and others.




See?


It is not too late. 
Start appreciating. 
Stop moaning about things you lost.


'More moaning,less appreciating'...and WE may end up losing much more important things in life.


I bet that WE 'don't need' for that to happen.

03 November 2009

Miftah As Shitta'

Jordan bukan Malaysia.
Hujan bukan kejadian alam biasa yang berlaku saban minggu.
Dengan status 'antara negara terkering di dunia', tentu sahaja hujan mencetus keterujaan.

Semalam, hujan turun dengan cukup lebat semasa kami dalam perjalanan pulang dari jamiah ke rumah.
Lalu,rancangan kami menuju ke 'Balad' (pekan) membeli pakaian bundle terpaksa ditangguhkan.
Selepas berlari merentas sungai kecil (jalan raya berubah menjadi sungai), keterujaan kami bertambah,

"We, ade 'asap' la!!..."
"A'a..banyak kosai lak tu"

Apabila udara panas bertembung udara sejuk, itulah yang berlaku. Apatah lagi kami ketika itu agak termengah-mengah. Suhu yang dicatatkan ketika itu, 9 celcius tentu sahaja mengharuskannya.
Pergh, seumur hidup ini pertama kali merasai suhu serendah ini...

Semua terkinja-kinja kegumbiraan ( simtom biasa kami jambu muda).

"Jom rakam, kte wat-wat berlakon nga sembang bincang-bincang, pastu post kat facebook."

Masing-masing dengan gaya tersendiri, dengan niat menimbulkan cemburu 'jiran sebelah'. Hehe..


Iklim Mediterranian di sini mengisyaratkan hujan sebagai tirai pembukaan musim sejuk sulung buat kami.
Dalam lambungan kegembiraan itu, kami kembali berpijak realiti. Realiti 'kekejaman;' musim sejuk yang bakal dihadapi. Kami berspekulasi ( kata ganti kepada 'merepek')

"Senior bagitau aku, kalau boleh, segala yang nak terkeluar tu ditahan supaya wudhuk tak terbatal. Seksa nak ambil wudhuk lagi."

" Fuh...sekarang pun nak mandi, fikir 10 kali. Kalau terpakse je r nampaknya.."
"Ha...betul da...mandi pun kalau boleh nak pakai sweater!"

hambar...he

"Aku dengar cte, senior kate tempat paling panas mase musim sejuk nh.....dalam peti ais!"

maha hambar...haha




Pemandangan di hadapan rumah saya





Ingatkan bila sampai Jordan, hobi gila main hujan ini akan hilang ditelan zaman, rupanya kerinduan itu masih mendesak mahu diraikan.

Hujan dan Sudirman.
Hujan  dan kehidupan.
Hujan dan aliran ketenangan.
Hujan dan simbolik penyucian diri dari dosa silam.
Hujan dan keindahan anugerah Tuhan, bukti bagi tiap yang menyaksikan.
Hujan dan keagungan hisab Allah, tiada satu titis pun menimpa bumi melainkan dalam pengetahuan-Nya.

Teringat pula Ramlee Awang Mursyid, dalam antara novel kegemaran saya, Bagaikan Puteri,

"Apabila hujan turun, mengalirlah air dari perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih,
seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung..."




Bergambar kenangan usia permata remaja di belakang masjid, usai menunaikan solat Zohor. Kami mahu bergerak pulang ke rumah dari jamiah.


Malam itu, buat pertama kali juga, menunaikan solat jamak Maghrib-Isya di masjid. (bukan setiap masa...mengikut keputusan imam...dengan syarat tertentu).

Imam dalam hampir ketujuh-tujuh rakaat membacakan ayat-ayat Allah berkaitan dengan hujan.
....betapa hujan itu satu rahmat yang boleh sahaja Allah jadikan azab.

Malam itu saya dan orang rumah makan dengan gaya kebulur, lalu membenarkan hipotesis,
"Semakin rendah suhu persekitaran, semakin merdu alunan perut berkeroncong".

Semerdu manapun, alunan itu harus dihentikan!

Tidur saya malam itu ditemani hiram (selimut) 8kg buatan Korea.....
Selepas sehari suntuk berhujan.
Sungguh-sungguh lena.