Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

11 November 2011

Selamat Hari Lahir Dik

Saya masih ingat 'bergaduh' dengan Hanis,
'abang nak adik lelaki',
'adik nak adik perempuan'.

Saya ketika itu berumur empat tahun (atau kurang).
Bermula 'ingatan sedar' saya kepada dunia.

Bersungguh mahu ikut ke klinik bersalin. Hanis ditinggal di rumah Mak Ani.
Kami ke Sabak Bernam.

Saya ingat minta abah belikan sepapan daun terup kecil. 
Kemudian, saya koyakkan sehingga menjadi satu-satu.

Saya ingat minta mbah belikan patung Power Ranger Putih,
siap dengan pedang, pastu boleh tukar kepala (?).

Saya ingat main terup dengan Lek Zakaria, 
ketika itu agak baru bernikah dengan Lek Jaja; dan 'bergaduh antara 'J' dan '10' mana lagi tinggi. 

Saya ingat Pakde Marais menegur abah.
Katanya abah kelihatan pucat.



Berbaur antara kenangan-kenangan itu, adik bongsu saya dilahirkan.
Alhamdulillah.
Dari celaah pintu, saya lihat doktor mengangkat adik saya.
Lambat, akhirnya dia menangis. Lega.
Tangisan pertama.



Muhammad Khamim Zikri bin Mohd Nahrawi
Kini mencecah umur 16 tahun.
Dia seorang yang ...

... rajin dan berdikari.


.. juga seorang atlet.


dan err, suka bergaya (?). hah


Satu yang amat menonjol ialah dia sangat kemas. 
Ke sekolah pagi-pagi wajib baju bergosok tajam tepi.
Kalau depan cermin, fergh, semua ditiliknya.
Well, stark difference.




Sebenarnya satu kerisauan saya ialah, dia kurang membaca. 
Tak kisahlah surat khabar, novel, atau bacaan informatif lainnya. 
Tapi dia sangat pandai menarik hati orang ketika berbicara. ha

Ok, saya risau, kerna kurang membaca, dia kurang menulis.
Mahu dan err, mampu.
Tapi saya silap.

Membaca karangannya untuk peperiksaan pertengahan tahun Bahasa Inggeris buat saya tergamam kagum.
Person You Admire.
No surprise, he picked my mom.
Wrote about it beautifully.

Baca juga karangan Bahasa Melayu. Mantap.
Cuma belum terbaca puisinya. =)

Hmm, bangga berbaur kagum berbaur terharu.

Saya kira setiap abang dan kakak akan merasa gembira bila melihat adik-adik melepasi pencapaian mereka pada peringkat umur tertentu; berharap pada masa yang sama kita tidak menetapkan target yang terlalu rendah. Saya maksudkan semua segi untuk yang ini.
Pada saya, cemburu paling gembira adalah cemburu buat keluarga.



Khamim, anggaplah 16 tahun ini sebagai hadiah dari Tuhan; 
dan berusahalah sentiasa untuk memberi hadiah lebih baik.

Ya, kita takkan mampu.
Bukan itupun soalnya.
Kita boleh mahu.

InsyaAllah.






selamat ulangtahun melahirkan buat mak!
moga anak ketiga mak ini akan menyejukkan mata di akhirat nanti.


29 September 2011

Alhamdulillah

Pagi-pagi haritu Kak Irma dah call. Rupanya nak bagitau excited jadi makcik. ahaa.
Alhamdulillah.

Tadi call Cake Mee. Semangat sungguh Cake bercerita pengalaman dia bersalin.
Nurse kejamlah, urilah, sakit (ini sudah tentu), hilang sakit bila baby keluar (hormon-hormon. heh), dll..

Sepatutnya due 19 Oktober, kira berminggu-minggu awal jugalah.

Hujung-hujung tu Cake Mee cakap,
"Rasa macam baru je hantar Hanip ke airport, sekarang dah jadi mak daa. Macam tak percaya."

haha.

Samalah Haniff, macam semalam tulis entri ni.

Lawak betul tyme Pakde call mbah tu,
"Mak jadi jadi mbah boyot."
Mbah balas, "Apa? Kenapa dengan mbah boyot?"

hah. tula. salah timing berkias. =)

Selamatlah, moga Irfan Syah terus sihat dan menjadi anak soleh, penyejuk mata ayah dan ibu.



"Hanip bila nak balik tengok baby?"


Haa...kalau semata bergantung pada 'nak', Anip jawab, esok!


26 July 2011

Selamat Pulang Wahai ...



EPILOG BUAT ABANG


Saat adek masih kecil,
Hanya abang rakan dan lawan.



Adek tahu  abang sentiasa...

Biarkan adek menangis,
kerana dukanya abang menyimpan.

Biarkan adek tertawa,
kerana riangnya abang gembira.

Biarkan adek merajuk,
kerana dinginnya abg merasa.

Terimalah adek seadanya,
adek insan biasa cuma.
Bukan Khaulah Al Azwar Al Kindi,
srikandi berkuda kencang,
menderap tapak berdebu harapan,
"di mana akhi??aku mencarimu!!"
terjelopok dia di padang gersang,
tatkala tawanan perang dipertaruhkan.

Adek tak pernah bermimpi...

Punyai abang,
seperti si sulang Hum Saath Saath Hain,
di kepala adiknya,
Vivek bersumpah,
"kebahagiaan abang milikmu, kedukaanmu milik abang".

Adek lebih mengenali abang,
cukuplah abang satu inspirasi,
memenuhi ruang hati.

Adek di sini tetap mendoakan,
pulangnya abang membawa bangga,
seisi keluarga.


Salam rindu;
sweetie sister of zikris.



_____________________________________________




PROLOG BUAT ADIK

Minda berfikir.
Hati menafsir...


Rasa...kadang tak mampu diungkap kata.
Kata...kadang bisa saja menipu rasa.


Lama abang cuba cari balasnya,
Hati tenggelam rasa,
dasarnya telah abang jejak,


Namun dada sesak,
Mana mungkin ini yang terdalam!


Minda berfikir.
Hati menafsir...


Rencah hidup ini dik,
laksana seribu lautan,
nyata banyak yang belum kita cicip.

Saat manis, 
izinkan abang lebih bahagia,
melihatmu tersenyum.

Saat pahit, 
dari diam yang jauh abang titipkan pesan,
agar tabah kukuh di jiwamu. 

Langkah ke depan,
jalan kita masih panjang,
Abang mohon menemanimu,
Hingga tiba di penghujungnya.

Moga di Syurga!



________________________________________

Dik, macam abang selalu sebut, moga rindu ini tambah memaknakan pertemuan nanti, insyaAllah.
Jaga mak abah Khamim baik-baik. Juga selamat bekerja keras mengemas rumah sempena lebaran. Oh silap, patutnya sebut dulu selamat menyambut Ramadhan! =)

________________________________________


Adik saya dalam perjalanan pulang ke tanah air. Doakan ya selamat perjalanannya. 




20 July 2011

Lot 19191







Hujan doa
menitiskan rahmat jua berkat
 menyeri laman rumah kita
sayup, lunak, dan mesra.

Tujuh warna pelangi
setelah bumi suci.

Sayangku sekalian
mari rentangi pelangi
di setiap penjuru hati.






06 July 2011

From Pieces

Alhamdulillah, sudah beberapa hari di Irbid.
Tentu sahaja, udara, suasananya berbeza.


Ah, saya 'kurang pandai selesa' dengan perubahan.

Tingkatan satu hingga tingkatan lima saya tinggal di asrama.
Dan hampir setiap kali pulang ke asrama, terutamanya semasa tingkatan satu, saya akan menepuk-nepuk karpet musolla, semasa solat asar hari Ahad.
Seolah cubaan menyedarkan diri, " Ya, aku di sini."

Time flies fast.






Terfikir pula, tunggul kayu itu, adakah lebih gembira menjelang malam?
 Dengan air pasang? 
Atau ia telah redha tanpa kecewa?

....faqina 'azabannar...





I don't know how, but, mom, she can really reads me. without missing even a single letter.

Aiya..macam takde manfaat je entri ni. Unnecessary ramblings.

Apa-apapun, saya juga percaya,
'sentiasa tidak terlambat untuk bermula semula'


Jom. Rancang se-mula. Bina se-mula.
Ramadhan pun dah dekat. Moga betul-betul jadi penawar.






01 July 2011

Hari Akhir







Bakar 'lemang'.

Hujan tidak semena-mena.

Senyum.

Seindah-indah hujan di rantau orang, indah lagi hujan di tanah sendiri.





Tinggal dulu, Malaysia.
Jaga diri ya.

30 June 2011

Ibu



Kelmarin ke Parit 7, Sungai Sumun.
Menziarahi ibu susu, sebelah kanan saya dalam gambar. Aishah namanya. Panggilan mesra Mak Cah.
Ya, adik beradik kandung saya ada tiga. Dan dengan tambahan dua ibu susu, saya ada 12 adik beradik.
Dari Mak Cah tambah lima, dari Lek Esah ( Aishah juga ) tambah empat.

Dulu mak abah mengajar di SMK Khir Johari, bertemu jodoh di sana, dan di sanalah awal kehidupan kami. Bila pagi mak abah pergi kerja, saya diserahkan kepada Mak Cah. Cerita bagaimana sampai jadi ibu susu tu pun macam insiden juga. haha. Teringat lagi zaman kecil di rumah ini, mandi di pelantar, sedut kertas masuk hidung, ditocangkan oleh akak-akak, blablabla ( padahal itu je yang ingat jelas ).

Saya rasa tradisi ni beslah. Mbah saya pun dah menyusukan entah berbelas-belas orang. Sampai cucunya sendiri ada yang disusukan! Jadi pertalian antara famili jadi erat. Ini sesusu, itu sesusu. Boleh bertepuk tampar. Mesra. Tidak canggung.

Oh, ini kira satu seruanlah. Persusuan (?) menambah persaudaraan. ha.

20 June 2011

Udang Galah Lemak Manis.

Ahad lepas, kami balik kampung. Ambil kesempatan memancing di Sungai Perak.
Bertolak selepas solat zohor. Terus menuju ke seberang.

Wak mengemudi.

Abah di depan.

Motif apa gambar ni tak tahu. haha

Masa ni tengah tak dapat ikan. Nak menulis tak bawak pen. Adeh.
Melangut je.



Berehat, menikmati ikan haruan masak cekur.

Senja di tepian muara. Ok, tipu.


Udang galah ni dinaikkan semasa mak sedang tahiyat akhir solat maghrib ( atas bot ).
Tak khusyu' dibuatnya, kata mak.

"Marem! Macam ni dah boleh baik Jordan. "
hah

Akhirnya mendarat atas kuali.
Sebab saya tak pernah masak sebelum ni, rujuk resepi internetlah nampaknya.


Alhamdulillah.





Wan, Zam, bila nak datang???


err..kali ni kelip-kelip tak kelihatan. Merajuk mungkin.



08 June 2011

Home II

'hakikatnya hanyalah pantulan
tetapi masih mengundang pertanyaan'


Pagi pertama, lepak teman mak ( ceh, siapa teman siapa sebenarnya ) ke pantai..


...untuk menyaksikan mentari terbit. ( Perasan tak ada tiga pesawat terbang tu? )



Sebelah petangnya pula, ke Pantai Remis, menyaksikan mentari terbenam.








dan err, makan-makan. =)





Esok paginya, mandi-mandi!


YAYA!



Hah, begitulah setakat dua hari.
Alhamdulillah.

Kawan-kawan semua dijemput datang rumah, ziarah. 
Takpun, sayalah ke sana.
=)


05 May 2011

belum perlu Rumaikiyyah


sebab lawan tulis puisi dengan mak pun abang belum boleh menang!

haha.


Selamat Hari Ibu!
( awal sikitlah ya )


Oh, esok mak saya nak pergi mendaki Gunung Datuk di Negeri Sembilan.
Rock sungguh. Doakan ya kawan-kawan.






22 March 2011

Balik Kampung!

Saya kagum sungguhlah dengan orang punya kesempatan kewangan dan masa, tapi boleh tak pulang ke Malaysia tiap tahun. Kagum kagum. Saya tengok satu gambar pun terus cair.

Puteri Lindungan Bulan, Yaya.

"Abang Anip belajar HLS, RS, CVS elok-elok ye. Jangan ponteng kelas. Jangan tidur banyak-banyak sangat masa lecturer mengajar. Kalau tidur awal, bangunlah awal. Kalau tidur lambat, jangan terlepas subuh pulak. Maklumlah, subuh kan dah makin awal sekarang. 

Nanti Abang Anip balik kita main buaian bawah pokok pelam depan rumah, jalan-jalan pergi pantai ye.
Yaya tunggu abang balik!"




( Hah, dialog adalah angan-angan. Kalau masuk mimpi malam ni stylo gak )



Padahal, adik Yaya pun dah lupa saya.


Dilaporkan oleh Hanis;

ada cerita di sebalik pic ni.
sebenarnya dah ada video dirakam khas untuk abang.
dengan nyanyian 'enjit enjit semut' pengaruh 'hantu kak limah balik rumah'.
tapi bila sampai part Hanis suruh dia sebut.........

H: okay adek ya,cakap "bye abang anep...."

Z: bye abang amem....

H:eh.abang ANEP laaa..cakap lagi sekali. adek ya kan comel..

Z:bye abang AMEM..(dengan slumbernya)

H:abang ANEP!

Z: ..............hmmm....adek ya tak boweh (boleh) laaaa..

H:(apa lagi,tergelak dibuatnya)




Haha!
Mentang-mentanglah tak hensem macam 'Abang Amem' tuuu, sanggup Yaya lupakan abang. ceh.








Tapi, saya pasti, yang ini tak pernah, tak akan pernah lupakan saya.

The world could never match her.


Mak Abah di Masjid Negeri.



I'm already planning for my holidays in Malaysia. Or should I say, Nusantara. 
Ehem. Doakan semuanya lancar ya!

Dan harapnya tiada plan 'pelik-pelik' balik Malaysia ni. err.

23 December 2010

Tahniah Dik.

Aizat Azmi, Khamim Zikri,  Ibrahim Shukri



Keputusan PMR dah keluar. Ha...
Telefon rumah. Tak diangkat.
Telefon abah. Sedang memandu pulang dari mengambil mak yang berkursus.

Saya tanyakan, bagaimana result adik.
Alhamdulillah..Alhamdulillah. 8A

Aha...terus saya lanjutkan,
Satu lagi dapat apa?
C.
Ha?!
C...C...cangkul.
Ooo, subjek apa?
Bahasa Arab.

Kami gelak.
"Ok la...takpelah tu..kalau sekolah kebangsaan, kira dah dapat full la tu..
Haha..tapi lawak gak, abang kakaknya study kat negara Arab. Adik kantoi lak Arab."

Haa..
Alhamdulillah, mak paling lega rasanya.
Mungkin lebih lega dari masa dapat result abang kakak dulu.

Mak tanyakan juga,
Nak hantar adik ke mana? Nak ambil SMA ke tak? blabla.

Ha, ada cadangan.
Adik kan kuat ingatan, apa kata hantar sekolah tahfiz. Hafal 30 juzuk tamm.
Suara sedap, taranum mesti mantap.
Balik nanti, boleh ngajar abang kakak ngaji.
Nak harap abangnya..malas..lalalala





Tahniahlah,
dugaan adik untuk dapatkan ni jauh jauh lebih dari abang kakak.



Of us three, I just know that you are the best!







05 December 2010

Untuk Mak Abah




Salam.


Exam dua hari setel. . Genetics lulus, alhamdulillah. (ha). Markah Pathology tak tahu lagi, harap-harapnya 'tak membarah' lah.


Sepatutnya, ini tulis semalam. Tertangguh sehari.
Hmm, sebenarnya tak tahu mahu mula bagaimana.

Baiklah.
Saya mahu ucapkan "Selamat Hari Lahir" buat kedua ibu ayah saya.
Missinon Haji Ahmad Damanhuri pada 5 Disember 
dan Mohd Nahrawi bin Yusof, 20 November yang lepas.
Saya jamakkan jelah.

Semoga bertambah taqwa, bertambah bahagia.
(heh. macam pelik lak cakap camni ngan mak abah)

Tak pula wish depan-depan, segan. Tak lupa, buat-buat lupa. Padahal, semalam dah call pun, tahu je mak menanti-nanti....tapi saya biarkan sahaja mak ternanti-nanti, sehingga hari ini. eceh.

Sambut-sambut birthday ni bukanlah tradisi sangat dalam famili. Tapi, bila dah jauh-jauh ni, rasa nak memeriahkan jugalah kan.

Ok. Terasa bahasa terabur-terabur, ni mesti side effect bantai berpaket-paket kopi Radix dua hari berturut.



Teringat dulu, masa dalam kereta, dalam perjalanan ke Taman Negara kalau tak silap, kami pasang lagu Sudirman. Oh ya, satu famili minat Sudirman. Mak Abah di depan. Kami bertiga muat-muat di belakang. 

Keluarlah lagu Ayah dan Ibu. Semua feeling dah semacam je.
Hamim, yang terkenal paling penyayang, berbisik, "Jom kita nyanyi sama-sama. Untuk mak abah."
Hanis, menurut, "Ok..ok...jom-jom"
Oh! Berdua pandang saya.
"Ish, takpelah, tak naklah...lain kali lain kali jelah". Si sulung menggunakan kuasa veto.
Muka masa tu dah merah padam 'blushing'. Darah penuh di kepala.

Entah kenapa saya tak setuju. Malu kot. Cis.
Atau saya rasakan begitu lebih indah. Silence. 
Tapi semua faham, semua merasakan, semua mengertikan.
Love in the air. eceh!

( dan saya rasa mak abah dengar je 'bisik' kami di belakang...alah, kereta bertutup rapat, masakan tidak )






Teringat masa 'badalan' raya hari tu.
Saya katakan pada mak,
 "Alaa..macam mane abang nak mintak maaf nii. Lepas ni nak buat banyak salah lagii."
Mak gelak. Kami gelak. Lepas tu mak senyum. Lalu menghadiahkan pandangan 'itu'.
Tapi tiada jawapan.

Peluk cium.








Abah posing kat depan rumah, bawah pokok pelam tepi buaian. hah.
Tak tahu la kalian, tapi saya lihat gambar ni, ada gaya Cikgu Bahasa Melayu la.
Dengan cermin mata tersisip begitu. Ha.

Dengan lelaki, saya selalu percaya, bahasa mereka bukan kata-kata.




Masa kami sekeluarga pergi kenduri kahwin. 
Ha, mak abah dulu nikah takde sanding-sanding tau.

Sandingkan kat sini jela. aha.
Terbayang pula mak abah dua puluh tahun lepas.

(Nidzam, betullah kau...mak aku stylo!)
Trimas 'akhi' Shafiq tolong sarungkan.=)



Tadi ada orang ( Hatake?Hakisha? ) mention 'mussel'. Terus teringat yang ini.
Sepulangnya dari KLIA menghantar Hanis, kami singgah di Pantai Remis.
Menikmati 'mussel' paprik sepinggan besarrr, air laut surut, bayu masin pantai, mentari terbenam perlahan. 
Combo. Bukan sebarang tempat ada.

..dan mak yang buat-buat gagah ditinggalkan anak perempuannya seorang.

Menelefon Hanis yang sudah tiba di Dubai.

Dan saya kini di sini.






Meninggalkan mereka bertiga. Eceh!

_________________________________________





Mungkin orang mengatakan,

"Tanah Melayu,
dengan segala indah pantainya, debur ombaknya, lembut bayunya, titis hujannya..

kan menanti.
untuk menyambut anak muda pulang dari perantauan."

( lupa. nak quote, dah takde. takpelah )



Tapi...


Tidak. Tidak. Bukan itu cinta saya yang utama sebenarnya.


Cinta saya pada Tanah Melayu kerana ia bumi  berpijak ibu bapa saya.



___________________________________

Untuk adik-adik Az-Zikr, 
Hanis, Hamim.
 (haha, jangan marah ya kawan-kawan (adik beradik juga) akademi saya guna ini. )

Inilah wajah-wajah yang menghabiskan berdekad usia mendidikbesarkan kita
Yang memberi sejak mula.
Sedaya ada tanpa pernah berkira.

Maka, selayaknya, buat mak dan abah, 
 cinta kita dengan segenap lapis jiwa.



Ingatkan abang tika lupa ya?



___________________________

Untuk kita semua.



Dalam Lembaga Hidup tulisan Buya Hamka, disebutkan satu hadith,

"Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka. 
Sesungguhnya anak-anak itu adalah hadiah Allah kepadamu."

( Diriwayatkan oleh Bukhari)



Tentu ibu ayah kita telah memberikan yang terbaik kan selama ini.

Moga kita pula, sebagai anak, menjadi 'hadiah' yang terbaik.

di dunia.

dan utamanya,

di akhirat.


Amin.


____________________________


Menulis untuk senyum yang tersayang.



04 September 2010

Untuk Anak Cucu Nanti


Ke hadapan anakanda dan cucunda yang dicintai.
 Moga dalam limpahan rahmat Allah selalu.



Apa khabar ya Malaysia sekarang? 
Masih utuh begitukah namanya atau seluruh dunia Islam sudah bergabung membentuk satu khilafah?

Satu pesan sebenarnya, itupun jika kalian sudi mendengar.


Di bawah ini adalah gambarku bersama ayahanda dan bonda yang amat dikasihi.


dan kusertakan di sini, terjemahan ayat 15 Surah Al Ahqaf

"Dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Masa mengandung sampai menyapihnya selama tiga puluh bulan, sehingga apabila  dia (anak itu) telah dewasa dan umurnya mencapai empat puluh tahun, dia berdoa, 

" Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu yang telah engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan  yang Engkau redhai; dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh aku bertaubat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang muslim"


Mengapa 40 tahun?
Ha, untuk tafsir surah ni, anak cucu boleh tengok sini, ( hah..tak taula ada lagi ke tak nanti )


Hmm, tentu anakanda cucunda atau 'tak into' sangat bahasa lama-lama begini bukan? 
Maklumlah, sedangkan Wawasan 2020 pun sudah menjadi kisah silam.
Baiklah, kita gunakan bahasa yang lebih 'mesra' dalam erti kata kalianlah ya.
( ala..abah/atuk bukan pandai berbahasa lama ni..gaye je lebih )
  



Maaflah, gagal menjadi contoh suri teladan yang terbaik buat kalian. Abah/atuk sudah cuba, cuma mungkin terlalu banyak silap dalam atur tingkahnya, khilaf dalam gerak langkahnya. 
Apa yang baik, sekiranya ada, kalian ambillah. 
Yang tidak best, biarlah ia terjun dengan labu-labunya.

'Semoga kalian membesar menjadi rijal-rijal yang berjuang di jalan Allah'.


Akhir kata, andai abah/atuk dah tiada, bolehlah sedekah Al Fatihah barang sudi.

Peace.



Yang berpesan tentu-tentulah kena lebih beringat.


Salam sayang.




p/s: Ada raket tergantung di belakang...'oh,patutlah'. hehe




03 August 2010

Bila Rindu Famili








Semasa berkelah di Kuala Woh. Mahu dirikan sebuah khemah pun perlukan kerjasama semua kan?


Hujan turun tanpa belas malam itu, dan khemah kami dimasuki air. Mujurlah ada chalet menginap.
Ayah saya, Encik Nahrawi Yusof. Ha, cuti ni kita jalan ke mana pula?





Pendakian Gunung Stong. Mak, Missinon Hj Ahmad Damanhuri, renung apa tu, mengenang semalam atau merancang esok?




Adik saya berbaju oren, Muhammad Khamim Zikri. Kami melepaskan lelah setelah separuh pendakian.


Berkumpul di rumah Pakde Dori. 



Ni Zuhairah Zakaria, cucu terakhir mbah, sepupu saya.

Saya diberitakan, setelah setahun berlalu, dia sudah tidak se'innocent' ini.



Ni abang Zuhairah, Zafran.


Terkenal dengan reputasi 'Raja Drama'. Abang takkan terpadaya lagi dengan sandiwaramu!


Makan-makan di rumah saya. Rindu masakan dari dapur kita.


Rindu juga usrah dengan famili.
p/s: Quran warna pink tu rupanya ada pemilik lain di Jordan ni.


Muka mak yang ini tambah buat saya mahu balik cepat.







Jauh mana pun, kita dalam doa rabitah masing-masing kan. 
Moga hingga ke syurga.
 Amin. Amin. Amin.