23 December 2010

Tahniah Dik.

Aizat Azmi, Khamim Zikri,  Ibrahim Shukri



Keputusan PMR dah keluar. Ha...
Telefon rumah. Tak diangkat.
Telefon abah. Sedang memandu pulang dari mengambil mak yang berkursus.

Saya tanyakan, bagaimana result adik.
Alhamdulillah..Alhamdulillah. 8A

Aha...terus saya lanjutkan,
Satu lagi dapat apa?
C.
Ha?!
C...C...cangkul.
Ooo, subjek apa?
Bahasa Arab.

Kami gelak.
"Ok la...takpelah tu..kalau sekolah kebangsaan, kira dah dapat full la tu..
Haha..tapi lawak gak, abang kakaknya study kat negara Arab. Adik kantoi lak Arab."

Haa..
Alhamdulillah, mak paling lega rasanya.
Mungkin lebih lega dari masa dapat result abang kakak dulu.

Mak tanyakan juga,
Nak hantar adik ke mana? Nak ambil SMA ke tak? blabla.

Ha, ada cadangan.
Adik kan kuat ingatan, apa kata hantar sekolah tahfiz. Hafal 30 juzuk tamm.
Suara sedap, taranum mesti mantap.
Balik nanti, boleh ngajar abang kakak ngaji.
Nak harap abangnya..malas..lalalala





Tahniahlah,
dugaan adik untuk dapatkan ni jauh jauh lebih dari abang kakak.



Of us three, I just know that you are the best!







6 comments:

aishah_conteng_je said...

tahniah dik

:)

Anonymous said...

Ok lah tu satu C. Dulu waktu tengah PMR, keluar dewan lepas kertas Bahasa Arab tu mencarut-carut (er, masa tu la kan). Sebab rasa tak dapat jawab.

Mati-mati ingat dapat 8A 1D
(tapi last-last tak dapat D, tak dapat A jugak, hekss)

Cakap dengan dia, itu boleh buat modal buat orang kagum

"Dulu PMR, saya dapat 8A1. Sungguh, tak tipu!!"


-intonasi

tepianmuara said...

>kak aishah
terima kasih dari dia melalui saya..untuk akak.



>intonasi
Oh, saya dulu rasa susah gak tapi taklah sampai mencarut (er, masa tu la kan)

hah.

modal kat anak cucu boleh la kot.

::alifdalmim:: said...

hahaha..yg kelakar "CANGKUL"

C...C bnyak lagi kalimah..ttba kluar, Cangkul! ..haha..

btw, mabruk 'alaih..

Norashikin Abdullah said...

mabruk utk adik :)

tepianmuara said...

>adam

hehe.

itulah.

unik kot, cangkul. bunyik pun bes.

terima kasih. alhamdulilllah.





>norashikin.
tq!

selamat ya di mesir.