Pada sesetengah orang kita katakan,
"Bersihkanlah hatimu..
sepertimana kau membersihkan mangkuk, selipar, dan dinding tandasmu, seperti kau membersihkan sinki,dan dapur masakmu...seperti kau memberus baju seluarmu, seperti kau memvakum karpetmu, seperti kau membersihkan lalang-lalang halaman rumahmu, seperti kau mandi saban hari membersihkan daki-daki.
Dan pada sesetengah orang pula kita katakan,
Bersihkanlah mangkuk, selipar, dan dinding tandasmu... sinki, dan dapur masakmu...basuhlah baju seluarmu, vakumlah karpetmu, bersihkanlah lalang-lalang halaman rumahmu..
sepertimana kau membersihkan hatimu.
Haaa!
Lalu bagaimana pula mahu kita katakan pada orang yang belum membersihkan keduanya (seperti saya) ??
Mahu mula dengan yang mana??
_______________________________________________
Dalam Pandangan Hidup Muslim, Buya HAMKA (sekali lagi tanpa jemu) menulis,
"Kita perlu meratakan jalan di bumi,
untuk meningkat tangga ke langit. "
Renung-renungkan dan selamat beramal lah!
Sekian.
Salam Tahun Baru.
Selamat memperingati peristiwa Hijrah.
9 comments:
meminjam keberanian asma, tak sampai juga.
Salam Tahun baru haniff
mula je dgn mane2 pun..jgn ditangguh..huhu..
btw, salam maal hijrah..
>anonymous.
tahankan. tabahkan.
sikit lagi.
insyaAllah.
>farhana
begitulah.
=)
salam maal hijrah 1432 nep..
semoga lebih baik dari yang lepas..
segenap baik lah kira..he
Salam maal hijrah.
Moga tahun ini lebih menjadi ya, dan lebih bersih.
sama-sama mujahadah, insyaAllah.
"Untuk menggalas tugas khalifah, kahwinlah"
Kahwin
Kahwin
Kahwin
Selamat berkahwin. Eh berhijrah
-in the nasi
>nidzam dan syazwan
lebih menjadi, lebih bersih, dan lebih baik.
mudah-mudahan.
=)
terima kasih sahabat.
>Banyak nama sangat, tak tau nak pilih mana satu.
Hmm, ni efek lama tak keluar gua agaknya.
^^
(ni makna ape r, saya pun tak tau sebenarnya)
hah.
juzuk 5 pun saya tak lepas lagi, nak kahwin?!cis untuk diri sendiri.
(tak tau pulak, lepas kahwin ngapal lagi laju ye dak. tapi takkan nak cuba-cuba lak.ha)
asssalam.
bile bercakap pasal mencuci.
bilik air tu dah lame x dicuci.
kne sental nih.
selamat Maal Hijrah.
:)
>luqman
itulah mesejnya!
ha!
Post a Comment