27 April 2010

Silau







"Benarlah.
Kebenaran terlalu dekat kadang tak terlihat.
lalu kebatilan kan bisa menyusup dalam celahan cahaya yang kau damba."

Ya Allah, tunjukilah.

18 April 2010

Dolmabahce.



"Kisah hidup seorang manusia mungkin lebih bermakna dari sejarah berkurun sebuah kota."




Gambar: Di hadapan Dolmabahce Palace.
Tulisan: Malam akhir di Mavi Onur Guest House.


__________________________________________________






Salam.
Sedikit tentang Dolmabahce Sarayi (Palace).

Ia terletak di bahagian Eropah Selat Bhosphorus.
Diarahkan pembinaannya oleh Sultan Abdulmejid 1 pada tahun 1843, setelah dikatakan menginginkan pusat pemerintahan baru Empayar Turki Uthmaniyah menggantikan Topkapi Sarayi yang sudah ketinggalan dari segi senibina (namun kaya raya sejarahnya).

Menurut Ustaz Hasrizal, sultan mendapat idea membina istana ini setelah melawat ke negara- negara Eropah seperti Perancis yang mempunyai istana-istana mewah. Dan sejumlah besar wang empayar dihabiskan untuk membina istana ini, sedangkan tuntutan yang sepatutnya menjadi prioriti pada waktu itu ialah membina sebuah kapal perang laut yang lebih canggih kerana Empayar sedang menghadapi ancaman kuasa luar.

Hm..
Tiket masuk ke sini ialah 20 lira = RM 50.
Kami ditemani seorang tourist guide yang fasih berbahasa Inggeris.
Fuh..memang mewah...
Gading gajah sepanjang satu meter. ( mammoth kot) 
Tangga-tangga pelbagai seni bina. 
Chandelier-chandelier gemerlapan bertan-tan.
Lantai-lantai terhias parquet kemas.
Dewan-dewan dengan pelbagai fungsi.
Yang paling mewah ialah Ceremonial Hall, di mana upacara pertabalan khalifah dilangsungkan.

Terkilan sebenarnya. Apa yang hendak kau capai?
"Di sini bukan syurga yang harus kau bina..."
dan terlintas di fikiran betapa kita manusia ini mudah lupa bila dilimpahi kesenangan dan kemewahan.

Ironinya, istana binaan khalifah ini menjadi pejabat rasmi Attaturk menggubal dasar-dasar menghapus Islam dari bumi yang menjadi penaung ummat selama 600 tahun.
Dan ironinya, di sini juga Attaturk menghembuskan nafas terakhirnya yang penuh tragis.

Satu harus kita sedar, bukan mudah untuk benar-benar berlaku adil terhadap sejarah.
Maybe we are pre occupied with assumption, bias, and irrelevant vantage point.
Betul hari ini mungkin salah esok.

Namun, sama sekali, itu bukan alasan.
Kebenaran tetap harus dicari, dan kalau perlu, dibongkar dari timbunan kisah-kisah yang dipalsukan.
Dan diambil ibrahnya.

Masa silam untuk masa depan.








10 April 2010

Dengarkan Sahabat.





"Sahabat, cuba kau lihat nun hujung sana. Horizon itu, seolah ada sesuatu yang ia sembunyikan. Sesuatu yang satu hari aku rasa aku akan faham."

"Mungkin tiada yang ia sembunyikan. Dan kau tidak perlu mencari. Jawapan itu akan tiba bila kau bersedia. Jawapan yang sebenarnya telah lama ada pada diri.

Bayu nyaman, lembut awan , gulungan ombak kecil, dan laut biru tenang ini turut mendengar bicara kita tentang rasa kau itu. 
Dan mereka turut berbicara. Bahasa alam. Bahasa Tuhan. 
Pendengarnya, seperti yang kau tahu...insan yang memerhatikan."

___________________________________________________________


Menerima, sahabat, sebenarnya juga sebahagian dari memberi.




01 April 2010

Mata



Bagaimana melihat dunia dari mata yang sedia binasa?