26 July 2011

Selamat Pulang Wahai ...



EPILOG BUAT ABANG


Saat adek masih kecil,
Hanya abang rakan dan lawan.



Adek tahu  abang sentiasa...

Biarkan adek menangis,
kerana dukanya abang menyimpan.

Biarkan adek tertawa,
kerana riangnya abang gembira.

Biarkan adek merajuk,
kerana dinginnya abg merasa.

Terimalah adek seadanya,
adek insan biasa cuma.
Bukan Khaulah Al Azwar Al Kindi,
srikandi berkuda kencang,
menderap tapak berdebu harapan,
"di mana akhi??aku mencarimu!!"
terjelopok dia di padang gersang,
tatkala tawanan perang dipertaruhkan.

Adek tak pernah bermimpi...

Punyai abang,
seperti si sulang Hum Saath Saath Hain,
di kepala adiknya,
Vivek bersumpah,
"kebahagiaan abang milikmu, kedukaanmu milik abang".

Adek lebih mengenali abang,
cukuplah abang satu inspirasi,
memenuhi ruang hati.

Adek di sini tetap mendoakan,
pulangnya abang membawa bangga,
seisi keluarga.


Salam rindu;
sweetie sister of zikris.



_____________________________________________




PROLOG BUAT ADIK

Minda berfikir.
Hati menafsir...


Rasa...kadang tak mampu diungkap kata.
Kata...kadang bisa saja menipu rasa.


Lama abang cuba cari balasnya,
Hati tenggelam rasa,
dasarnya telah abang jejak,


Namun dada sesak,
Mana mungkin ini yang terdalam!


Minda berfikir.
Hati menafsir...


Rencah hidup ini dik,
laksana seribu lautan,
nyata banyak yang belum kita cicip.

Saat manis, 
izinkan abang lebih bahagia,
melihatmu tersenyum.

Saat pahit, 
dari diam yang jauh abang titipkan pesan,
agar tabah kukuh di jiwamu. 

Langkah ke depan,
jalan kita masih panjang,
Abang mohon menemanimu,
Hingga tiba di penghujungnya.

Moga di Syurga!



________________________________________

Dik, macam abang selalu sebut, moga rindu ini tambah memaknakan pertemuan nanti, insyaAllah.
Jaga mak abah Khamim baik-baik. Juga selamat bekerja keras mengemas rumah sempena lebaran. Oh silap, patutnya sebut dulu selamat menyambut Ramadhan! =)

________________________________________


Adik saya dalam perjalanan pulang ke tanah air. Doakan ya selamat perjalanannya. 




16 comments:

:) said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

memang betul la cakap mak ko.

keh3

~PENCHENTA~ said...

Err. Mak dan ayah tak ada puisi pula ke?

Anonymous said...

may the love brings all of you together in the paradise. may Allah bless all of you.

-Messy.-

Anonymous said...

rasa rugi x jumpa sweetie sister of zikris hari tu~

tepianmuara said...

> :)
walaupun dah delete, saya balas jugaklah.

Alhamdulillah.

Mungkin sayangnya bukan bahasa yang mengungkapkan.
selamat.


>hazen

???

mana satu ni?
pelik-peliklah kau sekarang ni.
'bersabarlah', 'luka'lah apelah...

(gelak yang cuba disembunyikan kekejiannya)


>Penchenta
lain kalilah letak kat sini. hah.



> Cik Conscience
Amin. Amin.

The same goes for you. For all of us here in 'bahtera zikr'.


> Cik Anon
ha, insyaAllah, masa dia datang sini saya hantar masuk mengadap.

err, kalau cik tak ke mana-manalah. =)

Unknown said...

haha memang keji disitu!

Anonymous said...

selamatlah hanis, dan abangnya juga.

*p/s: nanti kalo aku jumpa hanis, aku sampaikanlah salam.

zikri said...

hmm..segannya nak komen..
(malu lah)
untuk abang,nak ucapkan
-selamat tak jadi pulang- ;)
abang,abang hanis dunia akhirat.

kawan hanis said...

ok,sangat comel korang berdua

tepianmuara said...

hazen,
haha.

lalalala



Rai,
tq.

kalau jumpa? jumpakanlah. datanglah rumah ke, datang sekolah ke blablabla..

selamat.



kawan hanis,

hahaa. kecik, comellah kot.

Najwa Najihah said...

So sweet dua beradik ni. *twink*twink*

Rindu menaut kasih. Terus berpadu di dalam hati.

Semoga sentiasa dalam mahabbah Ilahi. ^_^

nurilhakim said...

Hadoi..manisnya puisi ini..

Kurangnya penulisan yang meruntun jiwa, justeru aku lebih gigih menempuh kehiduan!

Last warning! ;)

nurilhakim said...
This comment has been removed by the author.
nurilhakim said...

Oh.komen di atas sepatutnya berbunyi 'kurangkan penulisan yang meruntun jiwa'. Selak balik baru perasan pula :)