18 July 2011

'Quit Playing Games With My Heart'

Ok. Jangan percaya dengan tajuk. Takde kaitan pun, cuma nak kenakan kawan. hah.
Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk dia ya. Dilema katanya.

___________________________________________


Semalam Mahdi minta buku Food Preservation. Dia exam hari ni. Saya dah belajar sem tiga tahun lepas. Terpaksalah buka 'kotak khazanah' untuk mencari. Bongkar dan selongkar. Dalam pencarian, macam-macamlah yang ditemukan. Jadi habit saya, kalau baca lecture note, penat pula, fikiran melayang, mestilah ada yang diconteng-conteng. Merepek banyak.

Tapi hari ni bila baca semula, macam menelusuri sejarah pula.

'Oh, rupanya setahun dahulu, begini cara aku berfikir.'
' Eleh, mende ni pun nak tulis..'

Lawak.

____________________________________________



Kemudia jumpa ini;

Jangan dicela gelapnya malam,
kerana selepas gelap terbitnya siang.
Jangan dimarah tajamnya durian,
kerana ia menyimpan secantik manisan,
yang tak terlihat pada kulitnya,
yang tak difaham pada zahirnya.


Berbaik sangka saja dengan Sang Pencipta,
sedang kambing tidak protes diikat tuannya,
inikan pula kita hamba yang hina.

Rimbun pohon,
Sya'aban 1431H
20 Hari Mencari Cinta,
( 10 Hati Mencari Cahaya )

__________________________________________

Nasib baik tulisan ni tak terbuang hilang.
Kalau selongkar lagi ni mesti jumpa macam-macam. hah

5 comments:

~PENCHENTA~ said...

Nais!

emirhasnan said...

tajuk tu macam tuju kat aku dengan sadis je..

nasib je tuh anip..

haha

Anonymous said...

like....^_^

Aishah Nur Hakim said...

betul ke tak mahu kami percaya tajuk ni?


:)

tepianmuara said...

Penchenta,
Nasi!
=)


Cidak,
haha.

bolehlah jugak.
rematch, rematch!


Anon,
=)

Pada setiap perkara boleh terlihat perumpamaan, kerana setiapnya ada persamaan.


Kak Aishah,

Jawapan bergantung kepada 'intonasi' soalan.

ha.