01 December 2009

Terumbu Nafsu

Di sebalik terumbu nafsu,
terpendam hitam dosa, kelam noda,
tersorok durjana lembing terhunus,
terhias manis yang menghiris.

Biru.
Merah.
Ungu.
Meliuk lentuk diduga arus laut,
menggamit hambat mereka yang lupa,
khayal tumpas dengan dunia.

Angkara terumbu itu,
Rebah Rom Parsi menyembah Bumi,
yang dulu keras diinjak telapak kaki.

Ranap runtuh peradaban Abassiah,
tinggal hanya tulisan suci di kota sepi.

Karam bedar tamadun Melayu,
yang dulu gah dikemudi merentas benua.

Oh Tuhan,
sungguh manusia punya rasa yang bisa membinasa.

------------------------------------------------


malam sebelum trial bm,
Hilang dan kucantum serpihannya.
Terima kasih kau yang menyimpan.
Moga untukmu hanya yang terbaik.


Owh!
Bulan mengambang,
Bintang-bintang terbias seri.
Aku senyum. Lagi.

10 comments:

khaliesahkamal said...

sama-sama!!

haha..

khaliesahkamal said...

ble nak wat chatbox nih??

hatta razian0408 said...

alangkah indah kata bermadah..haha

tepianmuara said...

>liesah
haha...chatbox?
mls r nk wat,...dipertimbangkan..
lalala

>hatta
meh ak belanja shawarma!hak2

dEe-Nie said...

hebat! bakal pengganti A Samad Said koott!
huhu~

aeisyulillah said...

huhu.. anep akn jadi sasterawan negara pertama bertaraf doktor perubatan..

bak kata mahathir. lawyers only care the legal side of some thing.. but doctors want to cure it..

ayuh anep, ubati ummah dgn sastera =)

tepianmuara said...

haha
lbeh2 r tu kwn2 aku nh!

aku hamba yang hina.

Balqis said...

Salam alaik, dik.

Sedap sajak kamu. Kamu punya bakat terbaik. Pernah dengar tentang GKLN? Grup Karyawan Luar Negara. Atau kamu sudah menyertainya? Sekadar berkongsi. Ia landasan yang baik untuk bakal professional seperti kamu yang suka bersastera. Kongsikan puisi-puisi kamu bersama rakan-rakan yang lain. Boleh juga belajar serba sedikit tentang penulisan dan sbgnya. Semoga perkongsian ini bermanfaat. InsyaAllah.

Kina said...

anip.ak da bace karya k0 sket2..
sbl0m k0 publish..
i bet k0 x tau p0n de da leak s0mewhere..
thnx t0 liesah..
hee~
hey,i'm keeping my pr0mise..
stakat ni bjaye.
thnx f0r '59 min 2 s'
=)

tepianmuara said...

>Kak Balqis
Wasalam kak.
Pernah dengar.
Ha...mungkin sedikit masa lagi.
Terima kasih atas perkongsian.

>Kinah
Owh...terima kasih sekali lagi la liesah sbb tu!
haha..
Kina..the same goes to u.