Hm, bagaimana ya mahu mula.
Baiklah, tulisan ini saya coretkan lebih-lebih untuk ingatan diri pada masa hadapan.
Juga untuk rakan-rakan. Moga ada yang boleh dimanfaatkan.
MASALAH.
Hadirnya tanpa dijemput.
Menyesakkan dada. Menjerihkan fikiran.
Masalah kecil.
Masalah besar.
Masalah kecil menjadi besar.
Masalah besar menjadi kecil.
Masalah kecil diperbesarkan.
Masalah besar diperkecilkan.
Aha...macam-macam ada.
Diri jadi murung.
Kusut. Serabut.
Tertekan.
Salah tingkah.
Serba tidak kena.
Air mata mungkin jadi teman setia.
Saat ini, apa yang dilakukan?
Opsyen 1.
Berdepan.
Bak pepatah arab yang baru saya pelajari,
الباب الى بجيك منه الريح
سده واسترح
Maksudnya;
"Pintu yang masuk darinya angin,
Tutuplah dan rehatlah."
Di sini kalau buka pintu musim syita' malam-malam, alamat kesejukan teramat la. Jadi, jangan berlengah. Tutup sahaja pintu (selesaikan masalah) dan kau boleh kembali tenang menjalani kehidupan.
Ya, tidak semudah itu.
Tapi, itulah konsepnya.
Langkah pertama, kita mesti TAHU apa masalah kita.
"Abu, aku ada masalah la."
"Masalah apa tu, kalau mampu aku bantu."
"Aku pun tak tahu masalah apa. Tapi aku pasti aku ada masalah."
"Laa..kalau camtu, pastikan dulu masalah kau. Esok-esok cari aku."
Ha...boleh bayangkan dialog di atas?
How can you fight something you don't know.
Kenali masalah.
Mungkin masalah itu berkaitan dengan sesuatu yang lebih besar.
Ia hanya ranting pada dahan, dari akar yang telah lama menjadi punca.
Mungkin itu sebenarnya bukan masalah, cara kita memandangnya yang bermasalah.
Mungkin masalah itu rentetan salah faham, yang tidak sepatutnya berlaku.
Mungkin masalah itu duri semilu di jalanan yang boleh kita elak dan abaikan.
Kemudian,
Mungkin kita perlu selesaikan pecahan kecil dari masalah besar itu dahulu.
Mungkin kita perlu tarik nafas, kosongkan fikiran, lalu terus memikirkan penyelesaian.
Opsyen 2.
Lari.
Ya, tentu sahaja.
Bila keadaan mendesak,
Kiri kanan, atas bawah tiada ruang bergerak.
Buntu. Jalan keluar tidak kelihatan.
Yang terlintas, 'aku mahu hilang dari sini.'
Kita semua pernah lari bukan?
Teringat contengan spontan saya dalam sebuah blog. Dan saya tambah serangkap kemudiannya.
Larilah sekuat hati,
sampai langkah terhenti,
biar jiwa letih itu pulih.
kerna sedari awal,
sempurna bukan jawabnya.
Adakala kita mencari jawapan
Dari susunan bata persoalan.
Adakala kita mencuri masa,
belajar menerima,
jawapan yang lama tersedia.
Agar nanti bisa kita berjalan pulang,
dengan tenang.
-----------------------------------------------------
Time is a great healer.
Mungkin kaki telah tidak daya,
nafas habis lelah.
tapi masih terus memaksa.
Sebenarnya kita tahu,
garis akhir bukan pada batas gagah kaki melangkah,
Ia tersimpan dalam diri.
Tidak selamanya kita ingin lari bukan?
Akhir kata,
buat ingatan kita semua.
Masalah memberi pengalaman.
Pengalaman mematangkan.
13 comments:
masalah, masalah... haha..
lari dari masalah akan buat masalah itu lg kuat kejar kita..
so berhenti, n tackle kaki de! haha
masalah....
kte x mungkin bole lari dri mslh en..
nak x nak kna hadapinya jge..
hu...
TORA!dia datang lagi...haha..
"Mungkin masalah itu duri semilu di jalanan yang boleh kita elak dan abaikan."
aku suka ini.
masalah ade yg dtg tnpa dicari..
ade jugak yg dtg sbb dicari...haha.
masalah ni la tanda yang menunjukkan kita makin matang..baby2 yang comel2 tu amna de masalah..hehe..dan masalah tu sifatnya mendatang..so smbut masalah tu dnegan senyuman...=)
>aeisyulillah
yeah!
kalau lari zig zag xleh??ha
>mujahidah
memang betul.
ha..terkadang kita lari untuk tenangkan fikiran.
Agak2 'oksigen dah cukup dalam kepala' baru hadapi.
Hm,kita bukan sentiasa kuat.Lagi2 kalau yang melanda tu masalah berat.
>budak sedih
tepat sekali!
memang itu yang aku fikir pun!
haha...itu dah habis hambar r...
da...da...jom study bio
(sambil tu terselit la satu dua puisi atas buku tu an..hak)
>cik khaliesah
jolok sarang tebuan r nh ye..
kalau xsedar mungkin ada maaf bagimu..
kalau x...ish..jangan2..
>faradz
sambut masalah dengan senyuman.
fuh..betul2.
tp senyum dalam hati r..
takut orang kata gila pula nanti..hak
>To all...
kita sembang pasal masalah tapi kenapa ya semua tergelak-gelak??
Apa kalian semua tiada masalah??
ish...masalah tuu..he
lalala..
ko tgh ade mslh ke, dak jordan??
hehe..xcaye ak..
aish...
bkn sbb xde mslh..
tp xbley la nak sdey..je en..
ha..
try to
~be strong~
=)
manusia~
klu ade mslah jgn cari ahlong ye anep..haha
>cik khaliesah
x hidup la kalau xd masalah.
cbe tengok iman kita.
ada masalah x?
ha...
>mujahidah
yup..tq2
'sambut masalah dengan senyuman'..
>nasya (??)
yes.yes.yes.
manusia.
btw,sape ad novel Bumi Manusia, Pramoedya Ananta Toer?
sgt2 berminat mahu baca.
>amir.
oh!tida sama sekali...
aku masih ada kau..ha
nasya?heesy,tuh utk org yg ad permit jek..
xpnah dgr la nvl tu.RAM xcukup k?
>bawahbumi
ok..ok...sori2..ha
RAM pun xdapat kat cni..
Post a Comment