24 October 2009

Buat Kita Penuntut Ilmu

Firman Allah dalam Surah At Taubah ayat 122;

"Tidak sepatutnya bagi orang-orang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga."

Imam Al-Shafii was once told that the people of a certain country all went to study their Islamic jurisprudence and the country's doctor was a Jewish man. Imam Al-Shafii said: “They are all sinful.” The people exclaimed: “O Imam Shafii, they went to study their Islamic jurisprudence!” He answered: “They are sinful for they all went to study jurisprudence and left no one to cure the ill.”

Apapun jurusan anda, berikan yang terbaik.
Dan berkongsilah....
Kita aset agama, bangsa, dan negara.

16 October 2009

Semangat Jihad Medan Yarmouk














video

Masih Ada Raya??

Sebenarnya,ini cerita seminggu lepas. Hampir nak basi laa..

Pihak PERMAI menganjurkan sambutan hari raya satu Irbid
di Dewan Al Kindi. Sambutan tahun ini bertemakan ' Perantau Takkan Sepi'.

Mahasiswa-mahasiswa, segak berpakaian baju kebangsaan, tiba se'awal' jam 1 petang. Acara dimulakan dengan ucapan-ucapan, diikuti dengan persembahan-persembahan, diiringi cabutan-cabutan bertuah, dan diakhiri dengan makan-makan.



FOTO


Kami budak-budak yang menggamatkan suasana. Kami memilih untuk mempersembahkan ragam pelbagai lapisan masyarakat menyambut raya. Hampir tiap aksi mencetus hilai tawa, sedangkan kami sendiripun ttidak menyangka ia sebenarnya satu lawak!

Ramai warga Malaysia bertamu menuntut ilmu di Dataran Syam ini. Di Irbid sahaja sudah melebihi 400 orang. Doakan semangat perjuangan kami terus membara.

'Freshie' tahun satu. Manis-manis jambu. Masih jauh perjalanan di hadapan, langkah dan tingkah harus disusun agar selamat tiba ke destinasi.

Aha..dengan senior-senior SAMBEST ( sila bangga dengan identiti sekolah anda, SMKA Subang Jaya dan MRSM Klang agak terkenal di sini.)
Depan,dari kiri ; Abang Termidzi, Abang Syed Ahmad Izzat ( aku baling kerusi ni kang! ), Abang Aizat, Abang Mando, dan Abang Awe.
Belakang,dari kiri; Abang Afiq Muiz, saya, Hashemi.
Generasi kemudian Sambest.
Depan, dari kiri; Hashemi, Afnan, Mundzir.
Belakang, dari kiri; Hasrul, Hatta, saya.


Perantau takkan sepi kerana sepi itu mati dengan pertemuan, akrabnya persahabatan, dan kukuhnya ikatan iman.


Rome was not Built in a Day

Hari sudah beransur senja.
Perjalanan diteruskan.
Dari Mount Nebo kami bergerak ke Jerash.

Kawasan ini adalah kawasan kedua terpadat selepas Irbid.
Kota Jerash adalah salah satu daripada 10 kota utama ( decapolis) Kerajaan Byzntium (Rom Timur).

Bersama kereta sewa yang banyak berjasa.


Tapi kerana tiba agak lewat, kami tidak dibenarkan masuk lebih jauh ke dalam.
Walaupun setelah pujuk rayu, dan membuat muka manja (?!), Pak Guard Arab tetap tidak berkompromi.


Sedikit tentang sejarah kota Jerash...inipun atas ihsan wikipedia...hak

Jerash telah didiami manusia semenjak zaman neolitik lagi memandangkan kedudukannya yang strategik. Sejarah gemilang Jerash bermula semasa pemerintahan Alexender the Great.

Ia dijajah oleh Raja Antioch dan kemudiannya oleh Maharaja Pompey. Di bawah pemerintahan Rom inilah Jerash mencapai zaman kemuncaknya.

Jerash mula jatuh apabila laluan perdagangannya tidak lagi digunakan dengan peralihan kepada jalan laut. Selain itu, penentangan terhadap Rom menyebabkan jalan darat menjadi lebih berbahaya.

Pintu depan kota. Dikenali sebagai Arch of Hadrian yang dibina
bagi menyambut kedatangan Maharaja Hadrian.

Seterusnya,

"Jerash wasFont size hit further by the Persian invasion of 614 CE, which also sacked Damascus and Jerusalem, and by the Muslim conquest of 636 CE. The city was rocked again in the year 747 CE by a series of earthquakes, and its population shrunk to about 4000. Although the site was occupied in the early Islamic period until around 800 CE, Jerash was nothing more than a small rural village."


Setiap umat yang menikmati zaman kegemilangan pasti akan mengalami zaman kejatuhan. Yang di atas tidak akan selamanya megah di puncak, yang di bawah tidak akan selamanya hina tertindas.

Semuanya akur tunduk pada atur pusingan alam...

Umat yang hebat akan bangkit tiap kali ia jatuh,
dan untuk itu, kita juga tahu,
Rome was not Built in a Day...

Mount Nebo

Tercatat di sini, 'Christian Holy Place'

Nama pun cam comel je an..ha
Baca betul-betul...mount nebo, bukan mount nemo..
Pe aku merepek nih..

Bergerak ke sini setelah merasai pahitnya air Laut Mati. Sekali lagi terpaksa melintasi kawasan perbukitan.

Terasa nyaman di puncak.

Ha, mount nebo ni terletak di Amman, tidak jauh dari Laut Mati.
Perjalanan hanya mengambil masa kira-kira setengah jam.

Sejarahnya ada disebut dalam Bible..
dan dikatakan tempat ini menjadi 'must visit place' bagi bakal Pres US dan pemimpin dunia lain. entah..

Kerana saya tidak pun membuat kajian lanjut, nampaknya terpaksa 'bertaqlid' dengan kata senior,' ada ayat Quran yang ditafsirkan merujuk tempat ini, tapi itupun samar-samar.'




Kalau ikut sejarah dalam Bible tu r, kita diberitahu ini tempat Nabi Musa melihat ' The Promised Land'. Tanah Palestin dan sekitarnya. Dari sini juga, kita boleh melihat Tebing Barat, Ramallah, dan Jurusalem.

Ha..habis tu, kenapa datang tempat nih?
Hm...mungkin sejarah tentang tempat ni tidaklah jelas, tapi mungkin benar Nabi Musa pernah menjejakkan kaki di sini.
Cuba bayangkan usahanya hendak memanjat hingga ke puncak bagi membolehkannya meninjau kawasan Baitul Maqdis.
Kesungguhannya berdakwah pada kaum Bani Israel yang 'banyak akal'.
Menentang Firaun.
Membawa Bani Israel keluar dari Mesir.
hingga yang paling maaruf, membelah Laut Merah.

Semangat perjuangan Nabi Ulul Azmi ini harus kita contohi..

Ni anggaran kawasan pergunungan dilihat dari atas.

Dikatakan antara 'rumah ibadat' ( synagogue )yang terawal dibina

Surah al Maidah ayat 21 hingga 26 mencatatkan seruan Nabi Musa kepada kaumnya untuk ke Palestin, seperti diperintahkan. Mafhumnya;

"Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah ditentukan Allah bagimu, dan janganlah kamu berbalik ke belakang( kerana takut kepada musuh), nanti kamu menjadi orang yang rugi."

Mereka berkata, ''Wahai Musa, sesungguhnya di dalam negeri itu ada kaum yang sangat kuat dan kejam, kami tidak akan memasukinya sebelum mereka keluar darinya. Jika mereka keluar darinya, pasti kami akan masuk.''

Berkatalah dua orang laki-laki di antara mereka yang bertaqwa, yang telah diberi nikmat oleh Allah, "Serbulah mereka melalui pintu gerbang (negeri) itu. Jika kamu memasukinya pasti kamu akan menang.Dan bertawakallah kamu hanya kepada Allah. Jika kamu orang-orang yang beriman."

Mereka berkata, "Wahai Musa, sampai bilapun kami takkan memasukinya selama mereka masih di dalamnya, kerana itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua. Biarlah kami tetap di sini.

Dia (Musa) berkata, "Ya Tuhanku, aku hanya menguasai diriku dan saudaraku, oleh itu pisahkanlah kami dari orang-orang fasik itu."

Allah berfirman, '' Maka negeri itu terlarang buat mereka selama empat puluh tahun, (selam itu) mereka akan kebingungan di bumi. Maka janganlah engkau (Musa) bersedih hati (memikirkan) orang-orang fasik itu."

Pandangan dari atas. Kalau hari cerah, Laut Mati, kawasan Tebing Barat dapat dilihat dengan mata kasar.

Cuba kita perhatikan sikap Bani Israel ini.

1. Mereka enggan diajak berperang menurut perintah Tuhan, kerana tidak berani menghadapi lawan.

2. Mereka cuba memberi alasan. Hendak seribu daya....

2. Bahkan mereka sanggup menyindir tajam, 'Pergilah kamu bersama Tuhanmu'.


Amr Khaled ada membuat perumpamaan menarik, kurang lebih (berdasarkan ingatan yang berkarat);

'Semasa melihat foto, yang pertama yang akan kita lihat ialah diri sendiri dalam foto itu. Begitu juga seharusnya jika kita melihat suatu situasi, lihatlah diri sendiri sebelum melihat orang lain."

Di sini ditunjukkan jarak dari Mount Nebo ke kawasan-kawasan berhampiran; Ramallah, Tebing Barat, Laut Mati etc..

Kita menilai diri kita. Kita melihat di mana letaknya diri kita sebelum mengadili yang lain. Dengan ini, kita sentiasa akan memperolehi sesuatu yang baru setiap hari. Dan yang paling utama, kita akan sedar maha-kerdilnya diri berbanding Maha Pencipta.

Agaknya, ada tidak terselit sikap 'kaum yang dimurkai' ini dalam diri kita...
Sikap berbolak-balik dalam menunaikan tugasan...
Sarkastik dengan mereka yang mengajak kebaikan...
Memberi alasan 'kemustahilan' sebelum cuba mencari penyelesaian...

Iika ada,mari cuba mencari titik perubahan. Sedikit demi sedikit..
RahmatNya sentiasa mendahului murkaNya..

11 October 2009

Hidupnya Laut Mati







Kembara diteruskan ke destinasi kedua. Kami bergerak ke selatan Amman.

Menuju ke kawasan yang dikatakan terendah di muka bumi. Abang Munir memandu dengan cekap melalui lereng-lereng bukit. Pemandangan menarik dapat disaksikan sepanjang perjalanan.

Dipendekkan cerita, setelah lebih kurang sejam setengah perjalanan dari Gua Ashabulkahfi, kami tiba di Laut Mati yang bersempadan dengan Israel.

SEJARAH

Banyak kisah sejarah yang dikaitkan dengan Laut Mati. Dan banyak yang saya tidak tahu.

Dalam Surah Ar Rum, ada disebutkan kekalahan bangsa Rumawi di tangan bangsa Parsi di 'adnalardhi'.
Abang Munir memberitahu, ada mufassir yang menafsirkan 'adnalardhi' sebagai kawasan terendah di muka bumi, iaitu di sekitar Laut Mati, hampir 400 meter bawah paras laut.

Namun, kisah yang lebih utama tentunya kisah Kaum Luth.
Dikatakan kaum Nabi Luth ini asalnya menetap di Amman, namun kemnudiaanya berhijrah ke wilayah Sodom dan Gemorrah ini.

Kisah tentang kaum nabi Luth ini banyak dicatatkan dalam Al Quran.

Antaranya Surah Al Aaraf 80-82,

"Dan (kami jua telah mengutus) Luth, ketika dia berkata kepada kaumnya, "Mengapa kamu melakukan perbuatan keji, yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun sebelum kamu di dunia ini. Sungguh, kamu telah melampiaskan syahwatmu kepada sesama lelaki bukan kepada perempuan. kamu benar-benar kaum yang melampaui batas. "

Surah Al Ankabut 28-29,
Dalam ayat-ayat ini, disebutkan seruan Nabi Luth telah ditolak kaumnya yang melampaui batas. Nabi Luth mendoakan mereka ditimpa azab.

Surah Hud 78-83, Surah Hijr 67-75.
Ayat-ayat ini mengisahkan kedatangan malaikat-malaikat yang menjadi tetamu Nabi Luth mengkhabarkan hampirnya azab yang akan berlaku pada waktu Subuh. Namun kaum Nabi Luth tetap 'berkehendak' terhadap mereka.

lalu disebutkan pada ayat 82 Surah Hud,
" Maka ketika keputusan kami datang, kami menerbalikkan negeri Kaum Luth, dan kami hujani mereka bertubi-tubi dengan batu dari tanah yang terbakar."

Dikatakan wilayah ini diangkat dengan sebelah sayap Jibril lalu diterbalikkan.
Ada juga yang mengatakan bumi ini merekah lalu menenggelamkan mereka.
Wallahua'lam.

IBRAH

Nabi junjungan kita Muhammad, disebutkan ketika melalui tempat kaum yang ditimpa azab, akan memalingkan mukanya. Ini wajar dijadikan iktibar buat kita agar lebih menumpukan peringatan dan azab Allah.

Jika tidakpun menangis, usahlah ketawa bergembira...kurang kena pada tempatnya..

Banyak kaum yang melampaui batas diazab Allah sekaligus dan dilenyapkan dari muka bumi.
Namun berkat doa Nabi Muhammad yang dikabulkan Allah, perkara ini tidak berlaku kepada umatnya. Ini antara sekalian bukti kasihnya Nabi terhadap kita. Satu soalan untuk kita renungi, "Kita bagaimana?"

Menziarahi kawasan ini mengingatkan kita bahawa mati itu pasti. Azab Allah itu benar. Syurga Neraka itu benar.

Laut Mati ini akan hanya 'hidup' jika kita menyemat iktibar darinya dalam sanubari kita, sebagai peringatan, sempadan, dari berbuat kerosakan, maksiat yang mengundang murka Tuhan.

Kesimpulan paling simple kita boleh buat ialah....''JANGAN JADI GAY!"


FOTO


Terapung....



Yup...eja betul-betul..


Lepas penat mandi..



Kawasan berhadapan Laut Mati


05 October 2009

Tribute to My Dearestest Friends


Antara sahabat yang telah banyak berjasa...

1. Bersama 'Si dia 1' over the phone hari terakhir di Malaysia, menikmati hembusan bayu pantai yang luar biasa menenangkan.

2. Untuk 'Si dia 2', yang 'mengkhianati', makan dahulu sebelum waktu dijanjikan. Kita bersama susah senang.

3. 'Si dia 3' yang sentiasa memandang kebaikan. Memberi kata dua baju 'legendary' yang setia menemani.

4.'Si dia 4' yang bersama dalam perjalanan. Semua masih manis dalam ingatan.

5. 'Si dia 5' yang sentiasa menyapa dengan senyuman 'sumbang'. Banyak yang kupelajari. Moga menjadi cahaya di 'negara yang kau impikan'.

6. Yang tenang (blur?). 'Si dia 6' selalu sabar atas karenah yang macam-macam. Aku menanti 'Hey There Delilah' yang telah lelah kau usahakan.

7. Untuk 'Si dia 7' yang sentiasa memandang dan mengutus doa dari kejauhan. Betapa masa boleh jadi misteri yang membingungkan.

8. 'Si dia 8' kerana sentiasa memberi tanpa mengharap balasan. Lama aku menumpang 'keselamatan'. Tinytech dan G Shark, khidmat memuaskan.

9. Bersama 'Si dia 9' menikmati 'Lucky' dan Gardenia, saat lenanya bandar Subang. Buah fikiranmu masih 'mengganggu' fikiran.

They know who they are...

Sungguh aku tidak layak menjadi sahabat kalian..

Terima kasih buat segalanya..


''There's answer for everything we seek. Just make sure we are asking the right question.''




04 October 2009

Menjejak ashabulkahfi

Hm, hari baru yang menzahirkan berakhirnya seminggu penantian. Seperti dijanjikan, pada pagi Jumaat yang tenang dan nyaman, kami memulakan perjalanan meninjau khazanah berharga Bumi Jordan.


Seramai 5 orang diketuai Abang Munir, sebagai driver marangkap tourist guide, Rizkun, Hilmi, dan Syahir dan saya menyertai kembara kali ini.


Sengaja memilih hari ini, cuti pertama hujung minggu, kerana, menurut senior kebiasaannya warga Jordan berehat bersama keluarga di rumah. Mungkin ada benarnya, jalan raya lengang dan Amman lebih ‘aman’.


Destinasi pertama kami, Gua Ashabul Kahfi, Abu Alandah, Amman.


Teruja.


Sudah tentu, menziarahi tempat sejarah akan memperlihatkan kita monumen-monumen, serpihan batu-batan, penemuan arkeologi dan segala tinggalan silam. Namun, yang lebih wajar untuk diperhatikan ialah kisah di sebalik tempat itu. Kisah yang memberi nilai dan membentuk fikrah.



MASA

Pendapat yang masyhur menyebut ia terjadi sewaktu Maharaja Rum Dakyanus atau pada tahun 249-251 Masihi. Dakyanus dikenali sebagai raja yang amat zalim. Semasa zaman Theodicius II pemuda-pemuda tersebut dikatakan bangkit dari lena panjang mereka.

LOKASI


Sebenarnya, banyak pendapat telah diutarakan tentang lokasi sebenar gua Ashabul Kahfi; 4 di Turki (Mardin, Tarsus, Ephesus, Kahramanmaras,), 1 di Syria (Jabal Qassiyun) dan 1 di sini Jordan (Abu Alandah).


1 Firman Allah di dalam Surah Kahfi ayat 17-

“Dan Engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri…"


Dikatakan ciri ini tidak terdapat pada lokasi-lokasi yang lain. Di sini terdapat sebuah lubang atas gua yang membolehkan cahaya matahari masuk ketika ia terbit. Sewaktu terbenam, cahaya matahari masuk melalui pintu gua.


Pintu gua yang dimaksudkan

2. Firman Allah di dalam Surah Kahfi ayat 21

“ Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah Yang mengetahui akan hal ehwal mereka". Orang-orang Yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: "Sebenarnya Kami hendak membina sebuah Masjid di sisi gua mereka".


Di atas Gua Ashabul Kahfi di Abu Alandah terdapat rumah ibadat nasrani yang dibina ketika zaman tersebut. Ia dijadikan sebuah masjid ketika zaman pemerintahan Islam.

Mihrab di atas gua sebagai buktinya wujud rumat ibadat.



KISAH DAN IBRAH


Saat pemikiran pucuk kita diserbu pelbagai input hasil pembacaan, pengamatan, dan pengalaman yang akan mencorak peribadi, kita memerlukan panduan dan bimbingan agar 'output'nya nanti tidak terlalu mundur atau ‘terlebih pandai’.


Dan tiada panduan dan bimbingan yang lebih baik dari tarbiyah Allah dalam Al Quran.

Di dalam Al-Quran ada disebutkan kisah mengenai Ashabul Kahfi pada ayat 10 hingga 26 dalam Surah Al-Kahfi.

Firman Allah dalam Al-Quran:

§ "(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".


§ "Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya".


§ "Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji; siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu)".


§ "Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah dan petunjuk".


§ "Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran".


§ "(Mereka berkata pula sesama sendiri): "Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu?(Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.


§ "Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari RahmatNya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna".


§ "Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya".


§ "Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah); sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka".


§ "Dan demikian pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya) supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (Sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.

§ "Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada agama mereka (secara paksa); dan jika berlaku demikian, kamu tidak sesekali akan berjaya selama-lamanya"


§ “Dan demikian Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya oang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya;pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantah sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: “Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid (tempat ibadah) di sisi gua mereka”.


§ “(Sebahagian dari) mereka akan berkata: “Bilangan Ashabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka”; dan setengahnya pula berkata bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka”, secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: “Bilangan mereka tujuh orang dan kelapannya ialah anjing mereka”. “Katakanlah (wahai Muhammad): “Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit”. Oleh itu janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorang pun dari golongan (yang membincangkannya)”.


§ “Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”.


§ “Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “InsyaAllah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”.


§ “Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka :tiga ratus tahun(dengan kiraan ahli kitab) dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu)”.


§ “Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya-lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya dan jelas sungguh pendengaranNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya) dan ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya”.


Beberapa perkara yang boleh kita perhatikan.

1. Antara bukti kebesaran Allah, Tuhan Semesta Alam. Pemuda Kahfi, ditidurkan selama 309 tahun untuk menyelamatkan mereka dari segala fitnah dan mehnah.Segalanya mudah bagi Allah.

2. Sesiapa sahaja yang memohon perlindungan Allah, Dia akan melindunginya, memberinya hidayah serta menjadikannya asbab hidayah kepada orang lain.

3. Di dalam surah ini, turut diceritakan kisah Nabi Musa,dan kisah Zulkarnain, namun surah ini dinamakan Surah Al Kahfi. Mungkin ini menunjukkan betapa pemuda yang beriman dan berjaya menghadapi ‘klimaks’ pertembungan emosi,cacamerba fikiran, sangat berharga dalam memperjuangkan agama Allah. Wallahualam.

4. Keteguhan iman para pemuda ini yang sanggup berdepan raja yang zalim. Kita pada hari ini mungkin tidak berdepan ujian sedahsyat ini, namun ujian yang datang kepada kita lebih banyak berbentuk ‘kesenangan yang melalaikan’. Keteguhan yang boleh kita contohi.

5. Dalam Bible,bilangan ashabul kahfi ini disebut sebanyak 7 orang. Namun Al Quran tidak memberikan jumlah yang khusus. Perkara ini tidak seharusnya dijadikan perselisihan sepertimana kita tidak seharusnya berselisih atas perkara yang samar-samar. Lebih-lebih lagi jika ia berbaur nafsu dan mempunyai kepentingan peribadi.




FOTO

Sebelum memasuki gua, Abang Munir memberikan sedikit taklimat.



Tulang yang tidak diketahui pemiliknya.


Muzium kecil di dalam gua. Diletakkan di sini serpihan tembikar, rantai,
dan tinggalan pohon zaitun berusia ratusan tahun.


Seakan batu bersurat. Tidak tahu sejarahnya.


Para pelawat yang datang melawat gua bersejarah ini.


Sebelah kanan gua jika dilihat dari pintu masuk.
Terdapat lambang bucu lapan yang menjadi simbol Rom


Sebelah kiri gua jika dilihat dari pintu masuk.



Dari kiri; Hilmi, Rizqon, Abang Munir, dan Syahir di bahagian dalam gua.

Bahagian melekuk yang terdapat pada bahagian kiri dan kanan gua.
Muat untuk seorang yng bertubuh kecil untuk masuk.



, Binaan pada pintu gua. Corak binaan zaman Rom kalau tidak salah saya.



Bergambar kenangan di bahagian mihrab



Pandangan kawasan gua dari hadapan. Kawasan berpagar hitam dikatakan Makam Ashabul Kahfi



Pintu masuk gua. Dari kiri; Hilmi, Abang Munir, Rizqon, dan Syahir.

Pandangan dari atas gua.