Saingan sangat sengit, dan kita menanti dengan debar di dada. Akhirnya keputusan pilihanraya dimumkan. Alhamdulillah, seperti semua sedia maklum, Pakatan Rakyat telah berjaya secara rasmi membentuk kerajaan setelah memenangi sekian kerusi Parlimen di seluruh negara.
Yang diperjuang telah dicapai, hari ini rakyat Malaysia berhak bergembira. Dalam pada itu kita tahu, ini hela nafas pertama, tanda perjalanan baru bermula.
Buat Perdana Menteri baru dan pakatannya, seperti semua sedia maklum, Putrajaya bukan singgahsana takhta untuk bermegah berbangga, tetapi lambang amanah berat daripada rakyat. Rakyat mengingati dan akan menuntut manis dari hasrat dan janji kalian. Moga Allah mengurniakan kesihatan, ilham, berkat dan muafakat kepada kalian buat memerintah negara.
Buat Perdana Menteri lama dan barisannya, tahniah kerana masih memerintah beberapa buah negeri. Seperti semua sedia maklum, rakyat Malaysia umumnya pemaaf dan mudah lupa. Tawarkan khidmat lebih baik kepada rakyat. Bantulah kami mengawasi kerajaan baru, tegur marah kalau salah, diamlah kalau mereka betul. Hadirlah dengan lebih gagah dan matang untuk pilihan raya akan datang.
Seperti semua sedia maklum, 'kebodohan dan keberanian' anak muda banyak berjasa dalam menghantar kepada kemenangan kali ini. Dari sudut kecil, anak muda juga harus bertanggungjawab atas pilihan. Tuntutlah ilmu. Tuntutlah kepakaran. Tuntutlah wibawa. Semoga 'anak tua' dapat memberi tunjuk ajar kepada kita, sedikit sebanyak tentang 'bijaksana dan bahagia'. Sama-sama kita wariskan tanah air yang lebih baik buat generasi yang bakal tiba.
Di sini bukan syurga untuk segalanya bersih, indah, dan mulia. Di sini dunia, dan kita manusia-manusia tetap mesti berusaha agar segalanya lebih bersih, lebih indah, dan lebih mulia.
Hingga itu, selamat buat Malaysia.
_______________________________
Moga-moga 48 jam lagi, catatan ini bukan lagi dalam mimpi. Aamin.
Ini kalilah!
5 comments:
kite belum bersedia menampung kemenangan.
kena bangun dari mimpi dan bergerak umpama tentera badar utk menjatuhkan kebatilan
ncik,
yup, masih impian yang perlu diusahakan.
cantum yang pecah,pujuk yang merajuk..buat perubahan dan lebih telus..akhirnya bersatu
pujuk yg merajuk, cantum yang pecah..buat perubahan dan lebih telus.semuanya akan bersatu
tulip?
-tuanrumah-
Post a Comment