01 July 2014

Demi Masa

Aduhai, lama sudah tak menulis. Kekok tak tahu mula bagaimana, jalan ke mana, akhir di mana. Tapi sebab bulan Ramadan dan petang panjang, saya rasa nak menulislah, sebagai usaha memujuk masa supaya jalan cepat sikit, boleh buka gandingan kutayyif-qishtoh dan tamarhindi.

Ok.
(Awkward)

Nak dijadikan cerita, saya baru habis baca buku Demi Masa, tulisan Abu Hasan Morad, terbit tahun 2008. Buku ini dipinjamkan saudara Cidak, ketika kami dalam kembara puncak Petra tempoh hari. Buku tipis je, tak macam novel Cinta Madinah oleh penulis sama, tapi sangkut-sangkut saya membaca.



"Buku ni tentang apa?," kalian mungkin bertanya.

Cis, ayat apa laa atas tu. Jalan jela.

Ok. Saya petik kata-kata yang sedia tertera di kulit depan buku,
"Haruskah Melayu terus bertongkat untuk meneruskan cabaran masa depan..
atau harus ditongkatkan agar sedar daripada alpa yang panjang?"

Haaa, patut boleh dapat idea lah kan. Buku ini pada saya, menyebut tentang survival bangsa Melayu-Islam di bumi Malaysia, ditumpukan kepada anak muda; masalah-masalah, nilai-nilainya,  dan tawaran penyelesaian. Saya suka tulisannya. Bahasanya tak perlu lunak-lunak membuai. Bahasanya rapat dengan nilai, padat dengan pesan dan gugahan. Saya turunkan sebahagiannya,

"Perjalanan dalam berkawan ni panjang, bukan sahaja kita hendak berbaik-baik dan tolong menolong di dunia tetapi kita hendak jumpa dia di syurga nanti."

"Masa remaja adalah masa untuk memperkayakan pengalaman. Jadi cari peluang pada masa ini untuk melakukan sesuatu yang luar biasa yang boleh memberi 'harga' kepada kehidupan kita."

"Perniagaa adalah keyakinan dan kepercayaan. Apabila ada keyakinan dan kepercayaan barulah urusan perniagaa berjalan."

"Timbanglah sesuatu perkara itu dengan rasional dan hati yang terbuka. Berkat rezeki ini bukan terletak pada jenis pekerjaan sebaliknya terletak pada usaha kita 'menguasai' bidang berkenaan."

"Bangsa yang hebat di dunia perlu merantau. Perlu berani untuk menebas dan menebang rimba kesesatan bagi mengetuai sebuah kebangkitan baru."

Membacanya mengingatkan saya dengan buku Dilema Melayu: Kurang Fikir atau Kurang Zikir tulisan Ustaz Pahrol Juoi. ( Dalam kedua buku, bangsa Cina dipaparkan sebagi cabaran kepada Melayu. ) Macam mendengar 'bicara orang lama' yang pengalamannya kadang-kadang asing bagi kita. Macam sembang dengan Pakde Dori atau ayah Mahdi. 'Kita' boleh dikatakan generasi cucu kepada pejuang kemerdekaan, yang sejak lahir sudah mula menikmati buah-buah usaha mereka. 'Mereka' adalah anak-anak merdeka, yang bersama negara ini sejak awal bangunnya.

Ok. Sebenarnya lebih nak cakap tentang kaitan idea pemikiran dan posisi.

Oh, kejap, nak cerita. Teringat masa baca Dilema Melayu: Kurang Fikir atau Kurang Zikir ni, saya tengah join jemaah tabligh keluar 3 hari. Masa awal remaja lepas SPM, di Blok K Sawah Sempadan. Bes gila. Lagi-lagi memori petang-petang ditiup angin sepoi sawah, cicah biskut Hup Seng, orangtua-orangmuda berbulat sama-sama, sambil sembang pasal akhirat.

Satu hari lepas makan biskut, saya beralih ke sudut sikit sambung pembacaan. Tiba-tiba ada pakcik yang agak baik dengan saya mula sembang dengan member sebelahnya,

"Kita kena bezakan antara maklumat dan ilmu. Maklumat mana-mana kita boleh dapat, tapi ilmu, susah. Orang yang baca buku ni selalu dapat maklumat je. Ilmu kena tuntut. Kena bersusah payah. Ilmu ni tentang kebenaran, tentang hakikat iman yang kita kena masukkan ke dalam dada. Kalau dah ada yang ini, yang lain tak perlu dah. Orang yang baca buku banyak ni selalunya senang jadi sombong."

Camtulah lebih kurang. Beliau sebut begitu sedangkan tahu (rasanya) saya sedang dengar dan sedang 'membaca buku'. In full view of khalayak. Haha. Saya dalam hati gelak je. Agaknya dia nak perli saya, minta berhenti membaca dan sambung duduk berzikir, tapi sorilah pakcik, cakap-cakap begini, 'menikam dalam pantun', sindir pandir ni saya assalamualaikum-kan je. Saya terus membaca, dan bangga (sombong?) dengan pembacaan saya. Tapi beza maklumat dan ilmu tu saya suka dan setuju, dan diam-diam ambil sebagai pengajaran. hehe.

Ha, tengok. Kan dah ke laut.

Kita kembali kepada tulis-tulis tentang idea pemikiran dan posisi. Contohnya tema dalam kedua-dua buku yang saya baca tadi; survival Melayu. Nak cuba bagi contoh ni. Dulu masa fasa awal duduk Jordan ni ada lah rajin sikit isi masa lapang jadi fasi untuk sambutan pelajar baru. Jadi, ada peluang lah kenal dengan adik-adik. Masa ni isu 'survival Melayu' hot jugak, jadi saya tanya pandangan mereka, tentang keperluan kerajaan mengekalkan dasar afirmatif untuk terus menjamin ekonomi orang Melayu. Sebagai latar, rata-rata pelajar dalam kumpulan ini adalah penerima biasiswa kerajaan. Dan ya, Melayu.

Macam biasa, sekurangnya ada dua jawapan.
( Begitulah hidup, kita tidak semuanya bisa sama-sama, sama.)

Setuju, kerana kita sangat memerlukan. Jurang yang sedia ada akan tambah besar jika dibiar tanpa tindakan.

Tidak setuju, kerana sudah masanya kita mampu bersaing. Sebagai warganegara, warga satu negara,  setelah 50 tahun merdeka, kita harus berani berdiri dengan usaha sendiri. Adil dan sama rata, sama rasa.

Hasilnya seperti yang saya jangka. Kebanyakan yang setuju tinggal di luar bandar, ibu bapa bekerja kampung, dan percaya biasiswa adalah bantuan kerajaan.

Yang tidak setuju kebanyakannya tinggal di bandar, ibu bapa 'sederhana', dan percaya mereka benar-benar layak untuk biasiswa.

Pandangan sangat dipengaruhi oleh posisi, realiti yang kita hadapi sehari-hari. Tentulah ini cuma pemerhatian rambang saya yang mungkin tak membuktikan apa-apa. Saya cuma mengajak kalian membuat pemerhatian dan meraih kesimpulan sendiri.

Satu contoh lagi, berkaitan rumah nasab. Ini lebih relevan untuk orang Arab lah, lagi-lagi Jordan, where it's still alive and well.  House Stark tentulah tak sama dengan House Karstark seperti famili Umari tak sama dengan famili Oxxxxxx. Setakat sembang-sembang random dengan kawan-kawan di sini, ahli-ahli 'lesser houses' akan mengkritik 'sistem' dan mahukan merit terlaksana, 'hanya dengan inilah Jordan akan berjaya'. Ahli great houses pula, (expectedly) akan cenderung mempertahankan status quo, bangga dengan kehormatan atuk nenek, lebih berusaha menjaga nama baik, dan amat sensitif dengan cadangan-cadangan mengurangkan pengaruh keluarga dalam hubungan sosial, 'ia bahagian penting dari identiti kami'. Itulah rahsia mudahnya, menurut Ibn Khaldun dalam Mukaddimah, samada seseorang bangga dan mempertahankan nasabnya atau tidak; bergantung pada 'kualiti' nasab tersebut. ( arghh, nak quote tadi, tapi selak-selak balik tak jumpa pulak. haha)

Sekali lagi kita bertolak dari posisi.

Ah, sudah. Mende apa lagi nak gebang ni.

Posisi saya membuatkan saya memberi pandangan 'sebegitu', bahkan lebih mudah untuk saya. Pandangan yang lahir sebenarnya dari 'preference', bukan 'value'. Tapi, yalah, nak buat macamana lagi. Realiti dunia terlalu rendam, dan kita tertakluk pada kepentingan masing-masing. Sekilas, seolah tiada siapa pun yang bersalah. Semuanya mengikut 'instinct'.

Terutama bagi orang macam 'kita', jenis 'perception' dalam daftar 16 Personality Briggs Myers, yang konon-konon macam 'aku orang malam yang membicarakan terang, aku orang tenang yang menentang kemenangan oleh pedang..'. Jenis orang tak suka konflik, dan cuba mengelak menghakimi sesuatu walau kadang sebenarnya perlu.

Namun, jika demikian, di mana letaknya kebenaran?
Sejauh manapun kita percaya dunia bukan hitam putih, dunia selamanya menjadi tempat pertentangan benar dan salah. Hidup adalah perjuangan memilih. Dan kadang pilihan hanya ada dua, walau apa warnanya.


Bak kata Cik Cameron Russell,
"....so when I was readying this talk, I find it very difficult to strike an honest balance because on the one hand, I felt really uncomfortable to come out here and say,
 " Look, I've received all these benefits from decks stacked in my favour.."
 and it also felt really uncomfortable to follow that up with
"and it doesn't always make me happy."

But mostly, it was difficult to unpack a legacy of gender and racial oppression when I'm one of the biggest beneficiaries."


Mungkin itulah yang dikatakan 'manusia perlukan usia'.
Mungkin kuncinya kita harus berani mencabar diri sendiri.

___________________________________


Usai membaca dan anda rasa tak mendapatkan apa-apa? Nak cakap apa ni sebenarnya?
Jangan risau, saya pun rasa benda sama. haha.
Malam ni main publish je, tak sempat edit, ngantuk. Esok pagilah. Lalalala

2 comments:

bawahbumi said...

Boleh bayang boleh bayang.
Orang muda orang tua, dan keeogoan.

Setuju, banyak membaca tak semestinya makin pandai seseorang tu membuat keputusan,kadang jadi sebaliknya.

Membaca belum realiti.Cuma inti.Antara kekurangan yang terlalu suka membaca(cakap dekat diri sendiri)

tepianmuara said...

Hai orang Malaysia!
(sebak dan cuak rasa)

yeayy, terima kasih sebab boleh bayang. Aku pun tak berapa dapat.

Banyak membaca boleh buat benda biasa jadi rumit. Setuju, belum realiti, atau mungkin realiti lain, yang berbeza dengan kita.

Tapi, all in all, aku masih bangga sebab suka membaca (walau tahu side effects yang perlu 'diuruskan). haha