06 September 2015

satu hari, 2009

Katanya dari petikan dalam Tunggu Teduh Dulu, Faisal Tehrani.

Salsabila Fahim.

Kerja Tuhan siapa tahu.

Cuma itu dua rangkaian kata dan nama yang saya ingati daripada novel ini. Ok, tipulah kalau cuma betul-betul bermaksud cuma. Saya juga ingat cover buku berwarna biru, novelnya yang tebal sebagai contoh. Tapi nanti jadi panjanglah pulak kan.

Saya baca novel ini dua kali. Sekali 2009, sekali lagi dua tahun lepas. Saya perasan sesuatu.

Tentang nama blog ini; tepianmuara.

Semasa awal memilih, saya cuba memerah kepala mencari apa-apa kata yang rasanya kurang biasa digunakan, belum digunakan, yang rasa-rasanya sesuai untuk blog, pada masa itu (dan hingga kini) saya anggap suatu kompleks catatan peribadi. Setelah beberapa nama ditolak kerana sudah ada, timbul dalam benak saya suatu nama, ya tanpa suspens, tepian-muara.

Saya tidak tahu awalnya dari mana kata itu timbul, mungkin kerana Tanjong Karang memang bersahabat dengan laut, jadi saya juga menyukai muara sebagai mulut yang menghantar darat pada laut.( Cis, mende pelik sangat ayat aku ni.) Saya memilih itu, dan hingga kini setia dengannya.

Saya tidak tahu ada sesuatu yang lain.
Hingga dua tahun lepas.

Rupanya kata 'tepian' dan 'muara' telah digandingkan lebih dahulu oleh Faisal Tehrani dalam Tunggu Teduh Dulu.


Mungkin juga kebetulan semata-mata, tapi itulah.

Kerja Tuhan siapa tahu.

haha





No comments: