26 October 2015
Nak pilih buku mana?
Dalam kembara
bawalah sebuah buku agung
sunyi membuka jalan
merenung kebenaran
menyerap keindahan
atau
bawalah sebuah buku bosan
agar kau kurang membaca
dan lebih banyak
melihat kehidupan.
21 October 2015
Damai
Kalau duri katakan duri
usah diraut ditikam jari
kalau benci katakan benci
usah didendam di dalam hati.
Usah diraut ditikam jari
seperti serai tajam di tepi
usah didendam di dalam hati
kita selesai di hari ini.
Seperti serai tajam di tepi
namun harumnya kalah kasturi
kita selesai di hari ini
damai kasih taut kembali.
Namun harumnya kalah kasturi
hingga tersebar di celah padi
damai kasih taut kembali
moga membenih menumbuh budi.
Spaoh.
usah diraut ditikam jari
kalau benci katakan benci
usah didendam di dalam hati.
Usah diraut ditikam jari
seperti serai tajam di tepi
usah didendam di dalam hati
kita selesai di hari ini.
Seperti serai tajam di tepi
namun harumnya kalah kasturi
kita selesai di hari ini
damai kasih taut kembali.
Namun harumnya kalah kasturi
hingga tersebar di celah padi
damai kasih taut kembali
moga membenih menumbuh budi.
Spaoh.
Balas Surat II
Siapa tahu entah berapa kali saya mengulang baca tulisan ini.
Demi semangat yang mengakar di dalamnya.
Demi tulus jiwa yang menasihatkan.
Demi permata kata-kata, sampai dan mendiam.
2011. Sekarang 2015.
Saya masih tertunduk membacanya.
__________________________________
Salams Haniff yang dimuliakan,
Semoga Kebahagian Rahmat-Nya sentiasa menaungi hari-hari Haniff.
Dapat dirasakan dari e-mail Haniff betapa sengsaranya jiwa Haniff dalam mendepani hari-hari getir peperiksaan. Benar, ia boleh di katakan musibah jiwa kerana kegundahan hati, tetapi, kuatkan lah kesabaran Haniff, kerana sabar itu adalah penghancur musibah yang terkuat, namun semestinya diiringi dengan usaha. Dan insyaAllah, dengan limpah kurniaNya yang Maha Suci, musibah ini akan berubah menjadi kemudahan dan kenikmatan - pelebur dosa dan mendatangkan rasa bersyukur dari hati yang paling luhur.
Kerana Sang Maha Pengasih itu sedang memudahkan langkah-langkah Haniff menuju ke syurga, sesuai dengan sabda Rasulullah, junjungan kita yang termulia, mahkluk paling indah pernah dicipta - "Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga".
Aduhai indahnya!
Haniff pasti tahu bahawa dalam menentukan tingkatan ahli hadis, ia bergantung kepada sedikit atau banyaknya hadis yang di hafal, termasuk riwayat sanad, hukum sanad dan mustanadnya. Kalau tidak silap saya, Imam Ahmad b. Hanbal itu telah menghafal lebih kurang satu juta hadis, tetapi sempat membukukan hanya 27, 668 hadis sahaja. Dan saya sangat pasti bahawa Imam Bukhari yang telah dinobatkan sebagai Amirul Mukminin fil Hadith itu telah menghafal lebih dari itu. Sekiranya kita baca sirahnya dalam perjuangan menuntut ilmu, tidak akan terbanding dengan mana-mana pun pelajar zaman sekarang. Menyusun kitab Al-Jami' yang berisikan 600,000 hadis sahaja mengambil masa selama 16 tahun.
Begitulah. Peperiksaan ini diadakan untuk menguji para pelajar. Sistem ini diguna pakai dari dahulu sehingga sekarang. Dan bagaimana para guru mahu menilai sekiranya tiada satu pembelajaran yang sistematik? Bagaimana kita mahu meletakkan darjat Imam Shafiee, Imam Bukhari, Imam Muslim? Sedangkan untuk di panggil hafiz jua memerlukan kekuatan penghafalan yang luar biasa, dan akan diuji sebelum ia benar-benar di panggil hafiz.
Agama dibina dari produk-produk 'exams' ini lah, insyaAllah. Dan seterusnya, negara dibina dari mereka-mereka yang cemerlang. Haniff pasti tahu, di Andalusia dahulu, pemuda yang bukan hafiz al-Quran tidak akan dipanggil untuk berperang menjaga perbatasan, masyaAllah.
Maaf kalau saya menuliskan begini. Tapi Haniff perlu melihat rasionalnya keperluan exams. Dan exams mana-mana subjects pun memerlukan daya penghafalan yang sangat jitu. Saya jua dulu seperti Haniff, bahkan pernah menanyai takdir mengapa saya dikehendaki belajar dan seterusnya menghafal segala teori economi yang bukan Islami, teori yang dangkal dan tidak masuk akal sama sekali ini. Saya tidak pernah melihat betapa bergunanya teori ini pada kehidupan saya pada masa itu, dan saya tahu, sekiranya saya tidak bekerja sebagai economist, teori-teori itu tidak akan pernah membawa sebarang erti pada hidup saya.
Tetapi Haniff lain. InsyaAllah segala teori yang Haniff belajar, akan dipakai guna untuk seluruh umur hidup Haniff. Saya tahu betapa beratnya hidup sebagai seorang pelajar perubatan, dan hidup sebagai seorang doktor, sangat berat Haniff, sangat. Tapi Haniff, seperti rakan-rakan Haniff yang lain, dan para doktor sekalian diseluruh dunia, telah dipilih, dan terpilih khusus oleh-Nya di dalam bidang yang sangat mulia ini selepas bidang agama.
Have I told you how much I envy you guys?
Doktor punya kesenangan untuk bergerak ke merata tempat atas nama bantuan kemanusiaan, terlebih lagi doktor lelaki. Ke Mekkah dan Madinah atas nama pegawai perubatan semasa musim haji, ke Somalia atas nama doktor untuk bantuan perubatan, ke medan perang, ke negara-negara miskin.
Mudahnya mengaut pahala setinggi langit. Tingginya darjat kalian.
Kuatkanlah hati Haniff untuk ikhlas kerana-Nya. Kerana ikhlas adalah senjata untuk memudahkan segala-galanya di dalam hidup. Dan janji Allah swt, Dia tidak akan pernah membiarkan dan meninggalkan orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang membuat kebaikan.
Saya pernah menulis sebuah entry untuk seorang rakan yang hampir capek dalam pembelajarannya. Mungkin jua saya boleh tujukan untuk Haniff dan rakan-rakan seperubatan:
Do you know why I love doctors so much?
Because of their beautiful hands. Your beautiful hands. Because you learn, re-learn, de-learn and will learn things, the most honourable things, that will save lives.
And of course their beautiful hearts. Your beautiful heart.
Because of their beautiful hands. Your beautiful hands. Because you learn, re-learn, de-learn and will learn things, the most honourable things, that will save lives.
And of course their beautiful hearts. Your beautiful heart.
Mengenai mimpi itu, menurut rakan saya, mimpi adalah sebahagian dari tanda kenabian. Sebahagian dari jalan menuntut ilmu. Sayangnya, dizaman moden ini, mimpi disia-siakan, tidak lagi ditakwilkan untuk digunapakai. Seperti mimpi Raja yang ditakwilkan oleh Nabi Yusuf itu, ia sangat signifikan untuk negara, bahkan negara-negara jiran mereka. SubhanAllah, berbahagialah Haniff, kerana bermimpikan guru-guru Haniff. Berbahagialah kerana mimpi-mimpi Haniff yang 'berisi' dan penuh hikmah. Kerana tidak mungkin Sang Maha Pengasih itu, sengaja-sengaja menakdirkan Haniff bermimpi sedemikian rupa. Jangan terasa mahu gila atau apa. InsyaAllah, mungkin ia akan menjelma di dalam realiti. Atau sahaja, dengannya Haniff lebih memperoleh kebahagiaan , kepandaian, atau apa sahaja dari Kurniaan-Nya Yang Maha Luas, tidak sekarang, mungkin di masa hadapan.
Kalau lah boleh saya mencadangkan, ingin saya cadangkan supaya Haniff mencatatkan mimpi-mimpi tersebut. Ia, ia jua merupakan sebahagian kenangan indah semasa di Jordan, bukan?
Rindulah pada kenangan, atau pada bau jambu, atau pada jambu itu sendiri. Kerana pada saya, kerinduaan itu adalah satu anugerah-Nya yang sangat berharga sekali. Rindu menandai otak saya masih berfungsi. Rindu mengandalkan hati saya yang masih lembut, rindu menunjukkan saya adalah manusia yang lemah, yang sangat lemah, ingin sekali berpaut pada Tali-Nya Yang Maha Kuat. Tukarkanlah rindu Haniff kepada doa, supaya ia menjadi satu ibadah yang dapat menghantarkan Haniff ke pintu Syurga.
Demikianlah saudara Haniff yang dimuliakan. Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya yang sangat panjang ini. Mohon maaf sekiranya ada yang terasa di hati, tidak, tidak sesekali saya berniat mahu mencalarkan hatimu yang cantik itu.
Semoga Kelembutan-Nya memudahkan segala-gala urusan Haniff. Teriring doa semoga Allah swt mengijabahi segala doa dan harapan Haniff.
Salams.
Surat II
Surat bertarikh 30 Disember 2011.
Menyelak diri sendiri.
Just because.
______________________________________________________
Assalamualaikum kak. Apa khabarnya?
Pertamanya, maaf mengganggu. Sekali lagi.
Cuma, err, rasa nak ceritakan ini pada akak.
Sekarang mendekati final exams. 2hb, 7hb, dan 12hb. Sedang dalam fasa bertungkus lumus belajar. Atau sejujurnya hari ini, memberi cuti untuk diri, setelah exam semalam.
Fasa exam. Jadinya, waktu tidur saya pula disesuaikan. Seusai maghrib, selalunya, dalam jam 6.30 malam saya sudah lena. Bangun terjaga nanti dalam jam 1 pagi. Kemudian, study. Ya, musim sejuk ini, agak selesa juga begini.
Belakangan ini, saya sering sahaja mimpi. Mimpinya aneh-aneh pula. Mimpikan guru-guru. Mimpikan cerita-cerita panjang. Dan peliknya, mimpi-mimpi itu 'berisi'. Seolah ada hikmah yang sangat signifikan. Macam menonton movie. 'Saya' dalam mimpi selalunya tidak memainkan peran aktif, tapi baris-baris kata, raut muka, saya ingat dengan jelas sekali selepas terjaga dari lena.
Mula-mula seronok juga. Penat-penat belajar, mahu lena, tahu akan menonton.
Tapi, setelah lebih seminggu, gila apa aku ini? Adakah otak terlalu aktif sehingga membentuk imej-imej sedemikian. Tapi kenapa tiada satu pun things 'medical'?
Wondering what's going inside my mind? haha. gelak tapi, entahlah, macam risau juga.
Berkenaan exam. Entahlah. Terfikir juga, tiadakah penilaian yang lebih baik selain exam ini? Dari darjah satu, kita menghadapi exams. Pemberian biasiswa berdasarkan exam. Penilaian masyarakat, kadang-kadang, berdasarkan exam. Sepertinya tidak dapat dielakkan.
Bagaimana ya exams ini dari sudut ekonomi kak? Tertanya siapa sebenarnya yang untung, siapa yang rugi? Bolehkah sebuah negara dibina dengan produk-produk exams ini? Bagaimana Nabi kita, Muhammad yang gagah anggun itu, memberikan ujian kepada sahabat-sahabatnya?
Bila sembang dengan kawan-kawan, ramai juga yang sebenarnya tidaklah berminat mengambil medik. Tapi ya, sekali lagi, kerana keputusan SPM 'terlalu baik', ibu bapa, guru-guru menyarankan mengambil medik. Kerana mereka 'mampu' untuk lulus temuduga, mampu mendapat 'biasiswa'. Seolah satu tragedi.
Saya tidaklah kurang yakin, bahawa kerjaya ini memang mulia. Kerana orang-orang terdahulu yang berada dalam bidang ini sebelum ini. Dedikasi mereka merintis jalan. Menemukan penawar. Menyediakan hidup untuk merawat.
Namun, terfikir, dapatkah 'kami' merawat sekiranya 'kami' sendiri terluka.
Mungkin sebenarnya saya masih gagal. Gagal untuk bersyukur. Saya diberi peluang berkelana ke tanah barakah ini, ya, juga kerana exam. Lalu terbuka pelbagai peluang untuk saya membaiki diri. Bukan, bukan saya menyesal, tapi..masih tertanya-tanya.
Lain dari itu, saya amat merindukan bau daun jambu. Keduanya; jambu batu, dan jambu air. Juga bau daun pelam hadapan rumah. Segar sekali. Lagi-lagi setelah hujan.
Sekian sahaja rungutan pelajar medik yang hampir gila menjelang exam. haha.
Terima kasih kerana membaca, kerana benar itulah tujuan saya menulis ini.
=)
Moga akak baik-baik sahaja.
Assalamualaikum.
Subscribe to:
Posts (Atom)