Aku rasa macam mana pun, penulis tulis apa yang ada dalam diri. Lebih-lebih puisi. Sebab selalunya ada kesan emosi. Atau lebih dalam dari itu, alir bawah sedar.
Yang pakar tentulah lebih mampu mengada-adakan. Menyelami orang, dan menulis dari situ. Seperti pelakon-pelakon filem yang kita suka, tentu sudah berkali-kali kita ketawa dan menumpahkan air mata kerana mereka, Tapi aku rasa exception proves the rule.
Jadi aku rasa persoalannya bukan verbal atau pemikiran datang dulu, tapi diri yang menulis, bagaimana dia dibina, dalam mana telaga jiwa, luas mana pengalaman hidup, dan apa yang pernah menghancurkannya.
Rasanya tiada penulis berazam ingin menulis tanpa etika. Untuk kita, penulis yang baru bermula, aku rasa tidaklah perlu terlalu ditekankan keperluan 'mencari dan menampilkan kebenaran'. Lebih penting rasanya, ditekankan kepentingan membangun peribadi yang baik, sehingga kebenaran tidak perlu disolek dalam tulisan, tapi mengalir, mengairi, dan menyuburkan jiwa khalayak.
Tentulah, sebenarnya tiada pertentangan pun. Masing-masing adalah bahagian dari yang lain. Cuma, kadang-kadang mendengar 'kebenaran' diseru-seru dipaksa-paksa ditekan-tekan agak menjengkelkan.
Ingatkah hari itu
kau mengkhabarkan mimpimu
jadi ksatria?
Lalu kau menangis
kau sebenarnya mahu
jadi pujangga.
Jumpa di fb, dalam hangat perbincangan/ perdebatan/ pertelingkahan, kutemui kata-kata berharga.
1. Oleh Mutalib Uthman
"Kau kena faham, orang Malaysia malas membaca, jadi perkara no 1 adalah, kena bagi depa rajin membaca.
Macam mana nak bagi mereka membaca? Sediakan buku-buku yang dekat dengan mereka."
2. Sayed Munawar
"Buku juga adalah penzahiran tinggi rendahnya nilai dalam mana ianya dinukilkan. Tidak mungkin semua baik. Sudah tentu bukan semua buruk.
Penerbit komersil (baca: bukan penerbit awam) juga adalah kepitalis yang responsif kepada tuntutan pasaran. Apa yang kita lihat dalam pasaran kini, pada hemat saya adalah status quo- tidak lebih dari itu."
3. Entah siapa, tak catat pula.
"Kreativiti untuk mencairkan idea yang berat kepada idea mudah difahami menggunakan bahasa selaras yang dekat dengan masyarakat- sebuah kekurangan dalam golongan akademik dan intelektual."
"Tapi kau lain."
Betullah, kau pun lain. Setiap orang berbeza kan, ada perwatakan, kelebihan, dan karenah masing-masing. Begitu jua kau, seingat aku.
Sepanjang perkenalan, kita belajar hidup dengan mereka, mereka belajar hidup dengan kita. Ada sisi peribadi yang kita kongsi, ada yang kita sembunyi. Ada beberapa, sengaja atau tidak, tahu (terlalu) banyak hal tentang kita.
Sejauh hidup, kita belajar mencintai manusia, dan bersyukur dicintai mereka.
Tapi tetap, kau lain.
Dalam grup, saya tanya, kalau dapat peluang nak jadi binatang, korang nak jadi apa. Jawabnya..ha
kelip-kelip - sadis & fatin
kucing - adli
zirafah - haziya
ikan air terjun - sadis
gajah - haziya
burung - iz
gagak - hidayu
kuda - syasya
ular - adli
kelekatu - aku
Quote daripada Hanis Zikri,
"Membacalah bila kau berkehendak tahu.
Menulislah bila kau tahu kehendakmu.
"Kau menunggu takdir sampai.
Tapi sampainya takdir, kau menunggu."
No comments:
Post a Comment