melihat kau tersenyum memaut lengan
seolah ada beban selesai
kau telah menemukan
pelangi dan teja
yang memberi warna
pada langit putih.
menemukan angin lembah
menyelisik sayap nuri
buat membubung dan melayah.
aku tak menjanjikan apa-apa
kau tak pernah menuntut
setelah teduh dari kemungkinan
senyum itu adalah kemenangan
hadiah dari tabah dan tenang
meneliti hidup,
manisnya lembut menyentuh
ke hujung jantung.
1 comment:
Singgah setelah sekian lama menyepi. Singgah dari ruangan komen di entri terakhir wafeya.
Harap sihat-sihat sahaja.
Tentu sibuk dengan kerja dan keluarga.
Sekadar singgah menyapa dan bertanya khabar.
Dari blogger kepada blogger.
Akak wafeya.
Post a Comment