28 September 2009

3 Variables

Ini sesungguhnya peringatan buat diriku yang fakir...

Agak-agak mengapa kita melakukan perkara-perkara yang kita sendiri tahu membuah dosa?
Perkara salah yang hanya mengeruh peribadi? Maksiat yang terlaknat? Menambah hijab dari pandangan redha Ilahi?

Just name it..kita tahu salah kita..sedar...kita cuba mengubah, namun, bila 'ia' menyerang, tembok penghadang yang kita bina runtuh..berkali-kali..benar, bumi mana yang tidak ditimpa hujan, kita manusia biasa yang tidak mungkin sepi dari kesalahan. Tapi kita juga turut tahu, sebarang usaha menjustifikasi kesalahan, hanya sia-sia mengenangkan kita berstatus HAMBA Maha Pencipta.

Secara mudah, kita dapat senaraikan 3 'pemboleh ubah' yang menyebabkan kita 'buat jahat', 'berkeinginan buat jahat', 'tidak puas-puas buat jahat'...

1.DUNIA

Ya, di sini. Dengan segala perhiasan dunia menjadi ujian buat kita. Samada melahir syukur atau tersungkur kufur. Kita dikurniakan pelbagai nikmat ; akal, anggota yang lengkap untuk menjalankan pelbagai fungsi hidup, aneka makanan dan minuman, dan pelbagai nikmat tak terhitungkan. Dijadikan cantik pada mata kita segala bahan hiasan emas intan, wanita-wanita, handset-handset, laptop-laptop, game-game, rumah-rumah, duit berbukit, kereta-kereta, baju-baju berjenama,....dan sebagainya.

Tanpa sedar, kita lupa, untuk apa kita di sini. Usaha untuk dunia menjadi prioriti. Akhirat sebagai tempelan atau kosmetik semata. Ibadat menjadi adat. Kesedaran spiritual hanya pada ritual. Sibuk kita mencongak masa depan dunia, merancang, membuat persiapan dengan melupakan untung nasib 'di sana'. Kita lupa bahawa sebentar kita di sini menentukan bagaimana kita SELAMANYA di sana.

Masa berlalu. Sebagaimana Ramadhan bertamu sebelum ini, begitulah kita menjadi tetamu Dunia. Setelah sampai masa, Ramadhan meninggalkan kita. Setelah sampai masa, kita tinggalkan Dunia.

Mari kita renung ayat ini, peringatan dari Pencipta kita,

"Sesungguhnya orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia dan tenteram dengannya, dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat kami, mereka itu tempatnya di neraka, kerana apa yang mereka lakukan."
(Surah Yunus, ayat 7-8)




Tuhan kita membuat perbandingan kehidupan dunia dan akhirat, selepas Dia menceritakan kisah pemilik 'jannah dunia' (kebun) yang angkuh dengan sahabatnya yang beriman..

" Dan buatkanlah untuk mereka (manusia ), perumpamaan kehidupan dunia ini, ibarat air (hujan) yang kami turunkan dari langit, sehingga menyuburkan tumbuh-tumbuhan di bumi, kemudian (tumbuh-tumbuhan) itu menjadi kering yang diterbangkan oleh angin. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."

(Surah Al Kahfi, ayat 45)

Cari jawapan dalam hati , apa kita cari dalam hidup ini?



2.NAFSU

Orang kata, nafsu ini sifatnya merengek-rengek.

"Hm, rase nak main 1 match lagi r..."
"Ala, boleh sumbat lagi sepinggan ni"
" Ish, penat tak hilang lagi ni...baring 5 minit lagi r.."

Mendesak sikit-sikit.
Kadang-kadang makin kuat bila ditahan.
Hingga lepas bebas tanpa kawalan.

Nafsu memang wujud dalam diri. Kita perlukan nafsu. Kita makan, minum, tidur, bermain. Kecil ia menjadi kawan, bila terlalu besar ia meletakkan kita di bawah kawalan.

Allah menyebut dalam Surah Al-Jaatsiyah, ayat 23,

"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat degan sepengetahuanNya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya, serta meletakkan tutup atas penglihatannya. Maka siapakah yang mampu memberikan petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat) ?Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? "

Bagaimana menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan?
Bukankah kita tetap menunaikan solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa bulan Ramadhan, tidakkah kita telah menjadikan Allah sebagai Tuhan?
Ustaz-ustaz kita memberi misal, tatkala seseorang berdepan 2 pilihan, dan dia memilih tuntutan nafsunya sedangkan ia tahu ia mengundang kemurkaan Allah, saat itu dia seolah memilih Tuhan yang lain. Menjadikan nafsu sebagai Tuhan. Tunduk melutut menurut kehendaknya, dengan mengingkari kehendak Allah, Tuhan Semesta Alam.


Aduh...


3.SYAITAN

Orang pun sebut, syaitan ini sifatnya berbisik.
Memujuk rayu. Dia tak kenal erti putus asa.
Gagal hari ini, esok masih ada.
Gagal sepanjang hayat kita, dia masih mencuba saat nyawa berada di hujung,
Si fulan berjaya buat amalan, usahakan agar dia riya' pula.
Dia tidak riya', usahakan agar dia ujub pula.

"Ala, tambahlah 1 match lagi,bukan lama sangat pun, assignment boleh siapkan malam ni"
" Bukan selalu pun kau dapat kenyang-kenyang camni. Rezeki jangan dilepaskan"
"Banyak kerja kau dah buat tadi. Bagilah badan rehat 5 minit lagi. Waktu Zohor belum lepas lagi."

Da berbisik ke dada manusia. Menyusup ke dalam hati. Bermukim dalam diri yang lalai lupakan Tuhan. Merajai hati yang merajai diri.

Akhirat nanti, dia berlepas diri. Orang ini sukarela mengikutku ke neraka, aku tidak memaksa.
Allah berulang kali mengingatkan dalam Al Quran, betapa Syaitan mahukan kesesatan bagi cucu cicit Adam.

Banyak ayat-ayat senada menyebutkan Syaitan sebagai musuh manusia. Antaranya, Surah Al Baqarah, ayat 168,

".......janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu"


REGU

3 variables ini bergabung menjerat kita melakukan kejahatan. Dunia, nafsu, dan syaitan menjadi ujian.

Ramadhan lepas, Allah memberi kita lebih ruang dan peluang mendidik diri dengan ketiadaan syaitan yang dirantai. Lalu, berlumba kita melipatgandakan amalan. Cerdik pandai menyebut antara tanda sesuatu amalan itu diterima ialah ia disusuli amalan kebaikan yang lain. Lantaran itu, mungkin kita sudah dapat meneka bagaimana 'tahap' amalan masing-masing setelah melalui 10 hari Syawal ini, dan mungkin kita sudah dapat melihat sejauhmana hadirnya variable ke-3 itu mempengaruhi suasana, dan bagaimana produk hasil tarbiyah Ramadhan yang lepas.


HMM....

Lalu, bagaimana mahu bertahan?

Teringat saya ucapan Abang Sahel,dengan riak tenang hari sudah (lebih kurang r...),
"Kekuatan yang paling utama yang kita harus bina ialah kekuatan iman."

Lafaz yang menuntut pengorbanan untuk dilaksanakan.

Itu jawapannya.

25 September 2009

Raye??

Harap masih belum terlalu terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya buat semua famili, kawan-kawan, dan sesiapa yang mengenali saya.

Pengalaman pertama beraya di perantauan..sayu bila terkenang keluarga,tapi gembira bersama kawan-kawan yang turut berkongsi rasa yang sama.

dan tidak lupa, selamat berpuasa 6 Syawal.

Moga Allah memberkati.

18 September 2009

Quick Facts: Jordan vs Malaysia (1)


1. Beza waktu 5 jam. Semasa rakyat Malaysia sedang enak menikmati sahur pagi tadi, kami turut enak dibuai mimpi malam hari.

2. Suhu penghujung musim panas la ni. Siang yang panas, malam yang sangat sejuk.

3. Mandi hanya bila perlu. Bukan 5 kali sehari macam di Malaysia. Water is not a luxury here.

4. Seolah tertulis turun-temurun tak boleh pakai kain pelikat ke masjid. Sebab?? 'aib2'.

5. Teksi paling cikai pun Mitsubishi Lancer. The others can only get better..



Ha..kita sudah berada di saat-saat genting senja Ramadhan...sambil sibuk persiapan raya, jangan lupa lunaskan apa yang tertangguh lagi......zakat....khatam Quraan,dll!






Panas...Sejuk

Bibir kering...
Mungkin hati jadi mangsa seterusnya,
mujur ramai yang tampil prihatin menyiram,

Dari diri buat diri,
"Jangan men'debu-pasir'kan hatimu!''



























09 September 2009

Walau 'Berjuta' Mendengar....

Sirna Embun
Hadirnya bersambut selebar daunan,
menadah teduh, menumpang kasih,
menghimpun sisa tenaga,
Embun tenang dan aman..
tenang dan aman...
Namun tatkala mentari menyapa mesra,
"Perjalanan ini harus diteruskan."
Embun menyedari,
ia harus pergi.
Daunan melepaskan dalam linangan dan senyuman,
kerna ia tahu,
perpisahan ini akan mematangkan,
lalu memaknakan pertemuan.
Dia tetap akan pulang,
tetap sebagai embun...
Yang memberi seri,
pada daunan yang menanti.

06 September 2009

Langit hendak Runtuh!




Dead blog...hehe
Yup, akibat kesibukan yang melampau ( bce: kemalasan-untuk-mencuri-masa-yang-ultra )...blog nh terbengkalai..
banyak yang nak qada'...kita mulakan dengan satu kisah...cebisan kisah daripada hikayat sang kancil yang entah siapa pengarangnya...


Pada suatu hari, Sang Kancil keluar mencari makanan. Semasa sedang mencari makanan, Sang Kancil tidak ternampak sebuah lubang yang sangat besar dan dalam.

Sang kancil terjatuh dalam lubang itu.
"Tolong! Tolong!" Sang Kancil menjerit minta tolong. Tetapi tiada siapa mendengar suaranya.
Tidak lama kemudian, hari makin gelap. Awan mendung bertompok-tompok. Sekali sekala, terdengar bunyi guruh berdentum-dentum. Angin bertiup garang.
"Kalau hujan lebat turun, lubang ini akan dipenuhi air. Aku akan mati lemas dalam lubang ini.'' fikir Sang kancil.

Tiba-tiba sang Kancil terdengar bunyi tapak kaki haiwan berlari. Sang Kancil tahu itu adalah Sang Gajah.

"Wahai Sang Gajah! Wahai Sang Gajah!'' Sang Kancil melaung.
Sang Gajah menghampiri lubang itu. '' Engkau terjatuh ke dalam lubang ini? "tanya Sang Gajah.

"Aku sedang bersembunyi. Langit hendak runtuh!" jawab Sang Kancil.

Sang Gajah mendongak. Sang Gajah lihat awan semakin gelap. Sang Gajah berasa sangat takut. Sang Gajah percaya langit hendak runtuh. Tentu nyawanya akan melayang.

Apalagi! Sang Gajah pun terus terjun ke dalam lubang besar itu. Sang Gajah juga mahu bersembunyi. Sang Gajah mahu selamat seperti Sang Kancil.

Sang Kancil pun terus berkata,
" Sekarang cubalah engkau angkat aku ke atas. Aku hendak tengok, langit sudah runtuh atau belum. "

Sang gajah mahu tahu keadaan sebenar. Sang Gajah mengangkat Sang Kancil. Sang kancil terselamat.

"Ha!Ha!Ha" Sang Kancil tertawa.

"Sebenarnya, awan gelap kerana hendak hujan. Langit tidak pernah runtuh, " ujar Sang Kancil lagi.

Sang Gajah berasa malu. Sang Gajah sudah tertipu oleh Sang Kancil.
-Tamat-

Tentu sudah boleh kita jangka kesudahannya bukan?
Sang Gajah menerima nasib serupa dengan Sang Kerbau, dan Sang Buaya.

Sang Kancil, seperti yang telah 'didoktrinkan' kepada kita sedari kecil, adalah hero, simbol kebijaksanaan. Manakala Sang Kerbau, Sang Gajah, dan Sang Buaya adalah simbol mereka yang mempunyai kekuatan tanpa fikiran. Benarkah?
Mari kita cuba telusuri watak dan perwatakan Sang Kancil dan Sang Gajah.

Sang Kancil
1. Bertubuh kecil, haiwan yang tidak mempunyai tenaga fizikal yang kuat.
2.Otak geliga. Mampu memikirkan penyelesaian masalah dengan tangkas.
3.Mengeksploitasi orang lain demi kepentingan sendiri.

Sang Gajah
1. Bertubuh besar. Gagah.
2. Bertindak melulu.
3. Kurang daya pemerhatian. Naif.( euphemisme..he)

Kisah ini tentunya diriwayatkan turun temurun oleh 'orang sebelah sini'. Dari satu sudut, kita melihat bahawa pemikiran 'Sang Kancil' turut diwarisi 'orang sebelah sini'.
Pemikiran membina kejayaan atas penderitaan orang lain. Hampir tiada penekanan terhadap 'win-win solution'.

Seolah- olah kita hanya boleh dianggap cemerlang bila yang lain mundur dan terkebelakang. Seolah-olah puncak itu memang selamanya tirus; justeru, hanya seorang mampu berada di atas...dan dalam pendakian itu terpaksa menginjak-pijak, berkelahi, mensabotaj pesaing-pesaing. Hanya yang cukup opurtunis, paling ampuh helahnya, paling khianat akan berjaya. Dan untuk kekal di atas, usaha 'istiqamah' menolak yang hampir berjaya ke puncak harus dilakukan. Kita tahu contoh tidak perlu disebutkan.

Tidakkah terfikir puncak itu boleh dilebarluaskan? Adakah 'sense of accomplishment' itu akan menurun bila sama-sama berjaya? Bukankah lebih ramai yang boleh tiba di puncak? Yang di atas menghulurkan tali, manarik yang di bawah. Yang di atas tersenyum puas mampu membantu. Yang di bawah berterimakasih menghargai, lantas berazam membantu ramai lagi. Nikmat itu boleh dirasai bersama. Ya, rasa itu boleh dinikmati bersama.

Mungkin kedengaran retorik. Atau terlalu utopia. Anda fikirkan.

Pemikiran 'Sang Gajah' juga membarah, menjarah tembok pertimbangan waras kita ( 'perasan' x?) . Tanpa sedar, perbuatan, perkataan yang kita luahkan sering mendahului pemikiran kita. Puncanya gopoh, tergesa-gesa lalu mudah mempercaya. Input yang salah takkan membawa output yang tepat. Tanpa difikir akibatnya, padah mengena. Sesal kemudian sudah tidak berguna. Boleh jadi niat kita cukup murni, namun, kerana wasilah yang salah, kita menjadi kuda tunggangan mencapai matlamat jahat orang lain.

Mungkin secara simplistiknya boleh ditanya, kita di pihak yang mana? Sang Gajah atau Sang Kancil?

Terfikir pula hendak 'memurnikan' hikayat Sang Kancil ini untuk tatapan anak-anak kita generasi kemudian....ha

Any idea, guys??