06 September 2009

Langit hendak Runtuh!




Dead blog...hehe
Yup, akibat kesibukan yang melampau ( bce: kemalasan-untuk-mencuri-masa-yang-ultra )...blog nh terbengkalai..
banyak yang nak qada'...kita mulakan dengan satu kisah...cebisan kisah daripada hikayat sang kancil yang entah siapa pengarangnya...


Pada suatu hari, Sang Kancil keluar mencari makanan. Semasa sedang mencari makanan, Sang Kancil tidak ternampak sebuah lubang yang sangat besar dan dalam.

Sang kancil terjatuh dalam lubang itu.
"Tolong! Tolong!" Sang Kancil menjerit minta tolong. Tetapi tiada siapa mendengar suaranya.
Tidak lama kemudian, hari makin gelap. Awan mendung bertompok-tompok. Sekali sekala, terdengar bunyi guruh berdentum-dentum. Angin bertiup garang.
"Kalau hujan lebat turun, lubang ini akan dipenuhi air. Aku akan mati lemas dalam lubang ini.'' fikir Sang kancil.

Tiba-tiba sang Kancil terdengar bunyi tapak kaki haiwan berlari. Sang Kancil tahu itu adalah Sang Gajah.

"Wahai Sang Gajah! Wahai Sang Gajah!'' Sang Kancil melaung.
Sang Gajah menghampiri lubang itu. '' Engkau terjatuh ke dalam lubang ini? "tanya Sang Gajah.

"Aku sedang bersembunyi. Langit hendak runtuh!" jawab Sang Kancil.

Sang Gajah mendongak. Sang Gajah lihat awan semakin gelap. Sang Gajah berasa sangat takut. Sang Gajah percaya langit hendak runtuh. Tentu nyawanya akan melayang.

Apalagi! Sang Gajah pun terus terjun ke dalam lubang besar itu. Sang Gajah juga mahu bersembunyi. Sang Gajah mahu selamat seperti Sang Kancil.

Sang Kancil pun terus berkata,
" Sekarang cubalah engkau angkat aku ke atas. Aku hendak tengok, langit sudah runtuh atau belum. "

Sang gajah mahu tahu keadaan sebenar. Sang Gajah mengangkat Sang Kancil. Sang kancil terselamat.

"Ha!Ha!Ha" Sang Kancil tertawa.

"Sebenarnya, awan gelap kerana hendak hujan. Langit tidak pernah runtuh, " ujar Sang Kancil lagi.

Sang Gajah berasa malu. Sang Gajah sudah tertipu oleh Sang Kancil.
-Tamat-

Tentu sudah boleh kita jangka kesudahannya bukan?
Sang Gajah menerima nasib serupa dengan Sang Kerbau, dan Sang Buaya.

Sang Kancil, seperti yang telah 'didoktrinkan' kepada kita sedari kecil, adalah hero, simbol kebijaksanaan. Manakala Sang Kerbau, Sang Gajah, dan Sang Buaya adalah simbol mereka yang mempunyai kekuatan tanpa fikiran. Benarkah?
Mari kita cuba telusuri watak dan perwatakan Sang Kancil dan Sang Gajah.

Sang Kancil
1. Bertubuh kecil, haiwan yang tidak mempunyai tenaga fizikal yang kuat.
2.Otak geliga. Mampu memikirkan penyelesaian masalah dengan tangkas.
3.Mengeksploitasi orang lain demi kepentingan sendiri.

Sang Gajah
1. Bertubuh besar. Gagah.
2. Bertindak melulu.
3. Kurang daya pemerhatian. Naif.( euphemisme..he)

Kisah ini tentunya diriwayatkan turun temurun oleh 'orang sebelah sini'. Dari satu sudut, kita melihat bahawa pemikiran 'Sang Kancil' turut diwarisi 'orang sebelah sini'.
Pemikiran membina kejayaan atas penderitaan orang lain. Hampir tiada penekanan terhadap 'win-win solution'.

Seolah- olah kita hanya boleh dianggap cemerlang bila yang lain mundur dan terkebelakang. Seolah-olah puncak itu memang selamanya tirus; justeru, hanya seorang mampu berada di atas...dan dalam pendakian itu terpaksa menginjak-pijak, berkelahi, mensabotaj pesaing-pesaing. Hanya yang cukup opurtunis, paling ampuh helahnya, paling khianat akan berjaya. Dan untuk kekal di atas, usaha 'istiqamah' menolak yang hampir berjaya ke puncak harus dilakukan. Kita tahu contoh tidak perlu disebutkan.

Tidakkah terfikir puncak itu boleh dilebarluaskan? Adakah 'sense of accomplishment' itu akan menurun bila sama-sama berjaya? Bukankah lebih ramai yang boleh tiba di puncak? Yang di atas menghulurkan tali, manarik yang di bawah. Yang di atas tersenyum puas mampu membantu. Yang di bawah berterimakasih menghargai, lantas berazam membantu ramai lagi. Nikmat itu boleh dirasai bersama. Ya, rasa itu boleh dinikmati bersama.

Mungkin kedengaran retorik. Atau terlalu utopia. Anda fikirkan.

Pemikiran 'Sang Gajah' juga membarah, menjarah tembok pertimbangan waras kita ( 'perasan' x?) . Tanpa sedar, perbuatan, perkataan yang kita luahkan sering mendahului pemikiran kita. Puncanya gopoh, tergesa-gesa lalu mudah mempercaya. Input yang salah takkan membawa output yang tepat. Tanpa difikir akibatnya, padah mengena. Sesal kemudian sudah tidak berguna. Boleh jadi niat kita cukup murni, namun, kerana wasilah yang salah, kita menjadi kuda tunggangan mencapai matlamat jahat orang lain.

Mungkin secara simplistiknya boleh ditanya, kita di pihak yang mana? Sang Gajah atau Sang Kancil?

Terfikir pula hendak 'memurnikan' hikayat Sang Kancil ini untuk tatapan anak-anak kita generasi kemudian....ha

Any idea, guys??


3 comments:

Anonymous said...

ape kate kita buat citer, smbungannya da keluar tuh, tetiba lak langit betol2 runtuh... amek ko kancil!

igt gajah selamat? tak, de pon mampus kena timbus gak...

tp 1000 thun kmudian, gajah tertimbus tuh jd feymes sebab m'sia sgka de gajah yg inovatif, buat sarang bwh tanah..

kancil? decay jd humus jer..



Walla!kan da murni cerita de..sort of..

Shakeena said...

haha!!
x sgke wan kreatif gle..
mmurnikan crite..
he~

tepianmuara said...

hak...bleyla 2..jd cte 1st ntuk ank ko...
pengajarannya?

'semua cerita tu direka..'