Sekolah menengah sebab banyak sebab. Kelas pendek, boleh keluar pi 7eleven beli slurpee, tumpang baca Kreko member.(tensen sikit sebab selalu pagi-pagi akan rebut gosok sampin dan perhimpunan lama.)
Kat sini, saya dapat rasakan pagi Jumaat sentiasa berbeza dengan pagi-pagi lain. Ada harumnya sendiri.
Tapi dari dulu sampai sekarang dan rasanya berterusan hingga akan datang, momen terbaik terindah paling dinanti-nanti bagi saya dalam tiap Jumaat ialah
tika khatib membacakan doa dalam khutbah dan sekalian jemaah mengaminkan
serentak sedetak sedenyut.
Gema 'Aamin' itu istimewa.
Rasa macam, selamat.
=)
No comments:
Post a Comment