04 October 2012

Kotak

Pensyarah separuh umur dengan sedikit uban itu bertanya dalam kelas kami,
kelas akhir sebelum kami pulang petang.

"Berikan satu contoh pemikiran luar kotak."

Entah apa yang merasuk, sedar-sedar aku telah mengangkat tangan.

"Hah kamu, silakan."

"Iblis, ketika dia diperintah sujud kepada Adam."

Entah bagaimana pantas ia berlalu, sedar-sedar selembar
penuh penampar sudah bertapak di pipi kananku.

10 comments:

Anonymous said...

serius? :0

tepianmuara said...

licentia poetica.

ha.

Rossarina™ said...

Licentia poetica, used to denote the distortion of fact, alteration of the conventions of grammar or language, or rewording of pre-existing text made by an artist to improve a piece of art.

fuuuhh.

ingat2 kan betul2 kena lempang ke ape. :O

tepianmuara said...

Akak!

rajin betul mewiki. serius berlaku dalam kepala, imaginasi lah.

terpengaruh Prof Albus,
"Of course it is happening inside your head, Harry, but why on earth should that mean that it is not real?” "

ha, kak, ada novel inggeris yang cambes tak? cerita bes, dan yang kertas2nya ada bau2 klasik sikit?nak pinjam.

argh. tanda exam dekat.

=)


Rossarina™ said...

akak penah dengar term tu dulu, tapi meanings die didn't come immediately to my mind. so akak pun google hehe.

salah satu terapi membebaskan perasaan; menulis. yeah. :D

ade la beberapa buah ni ha. jap akak nak bau kertas die dulu haha. :D tapi novel2 tu jenis yang psiko2-kejar2-lari2-bunuh2. i don't own ones with rich literature huhu. Anip nak ke? nanti akak pm tajuk2 die ye.

Anonymous said...

Di dalam imaginasi kamu ini Haniff,
adakah pensyarah punya kesombongan yang sama seperti dosa pertama iblis?


:)


glad that you're still writing your thoughts.


terus.

tepianmuara said...

tidak, tidak.

dia selanjutnya adalah pensyarah yang sangat berhikmah.

oh ya, cerita ini belum habis, sebab saya sebenarnya belum menemukan scene seterusnya 'aku' dan 'pensyarah'.

(?)

I'm glad for you.

simply.


tepianmuara said...

Kak Arina,

Menulis. setuju. =)

boleh jugak sekali sekala saiko2 ni.
dan terima kasih untuk list tu. insyaAllah pinjam kejappp je.

selamat.

Syazwan Adzhar said...

Haniff.




Haih. *keluhan penuh rindu dilepaskan


Fikir di luar kotak, walau kita tetap hidup dalam kotak, yang dibatas kematian.

p/s: baca The Midnight's Children, novel terbaik Salman Rushdie yang menerima Booker's Prize. (Betul ke ini award dia. Huh)

tepianmuara said...

Ke hadapan Syazwan yang sibuk berprogram,

setiap yang boleh dibayangkan dalam minda, boleh berlaku. telah berlaku sebenarnya.

Moga kita tak terlepas dari panduan Tuhan.

'baca The Midnight's Children', ni feel amr ke madhi ke mudhari3??

=)