Satu hari yang agak tenang, masa tengah bersenang-lenang di hadapan laptop, dengan tilam dan hirom tebal, timbul mesej dalam kotak kecil dari facebook, adik saya bertanya. Sebenarnya, bersangkutan dengan perbualan kami sebelum itu, tentang kerisauan-kerisauannya.
Adakah manusia suka 'bermain' dgn takdir?
Macam mana sepatutnya manusia meraikan tindakan dan usaha, tapi masih
dipandu Quran Sunnah?
Kita tak nak menganggap kemunduran akal (contohnya) adalah berkisarkan takdir.
Tidak. Allah takkan ubah nasib selagimana manusia tak ubah kan.
Kenapa perlu terlalu pesimis pada takdir?
Lagi satu, tentang musibah, maghfirah, ujian.
Kalau manusia tetap tak berubah dari situ, bukankah mereka orang-orang yang
statik,
menunggu takdir sampai katanya.
Sila jawab ya!
________________________________
Takut sebenarnya mendengar soalan seperti ini, apatah lagi diminta menjawab. Mula-mula macam nak jawab 'tak tahu' je. Senang, cerita tamat. Tapi tak sanggup lah pula, sebab yang bertanya adik sendiri. Dengan harapan meleraikan kerisauan dan kekusutannya, saya pun balaslah kurang lebih. Harapnya tak salah banyak sangat. Saya edit lah sikit-sikit sebelum letak kat sini.
Seimbang nis. Qada dan qadar ni memang kurang dibincangkan rasanya.
Sebab ada beberapa ‘pertikaian’ ulama’. Ia melibatkan soalan-soalan, adakalanya
melibatkan soalan yang salah, soalan yang memang sepatutnya tidak dijawab.
Ada ulama menyebut ( macam biasa, HAMKA lah mention ni ) terlalu berfikir
tentang qada qadar ni macam tenung matahari. Makin lama makin kabur. (zaman tu
xde spek mata hitam kot)
Dalam quran ada ayat 'Allah berkuasa atas tiap sesuatu', dan ada ayat ‘
Sesungguhnya Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum....’. Yang pasti kita
tak boleh amik hanya salah satu ayat tu. Kena lihat serentak, cuba fahamkan
hikmah. Dunia bukan kita seorang. Namun setiap seorang ada bahagiannya
masing-masing. Perkiraan kita tak sama dengan perkiraan Tuhan.
Ayat pertama adalah untuk orang yang ‘telah
berjaya’. Lahir dalam keluarga baik-baik, belajar baik-baik, kerja baik-baik.
Untuk dia, sebagai peringatan semua ‘baik-baik’ yang dia dapat adalah dari
Tuhan. Tuhan yang beri, Tuhan boleh ambil semula bila-bila masa.
Ayat kedua untuk orang yang ‘sedang gagal’. Peringatan untuknya untuk terus
berusaha, dengan jaminan Tuhan akan membantu setelah itu.
Kenapa perlu terlalu pesimis pada takdir?
Lagi satu, tentang musibah, maghfirah, ujian.
Memang ada ulama bagi takrifan tertentu untuk tiap
satu ni, tapi bagi abang, semuanya tergantung pada cara memandang. Dan mungkin
( sebut ‘mungkin’ sebab abang pun tak yakin abang betul faham), cara pandang tu
disebabkan oleh iman. Keyakinan dan iqtikad. Kefahaman tentang sunnatullah dan
syariatullah.
Nak bezakan adakah masalah kali ini adalah tanda Allah murka atau tanda Allah
sayang, tentunya kembali kepada sejauhmana sangka baik kita pada Tuhan kan.
Tapi kalau dilihat ‘objektif’ (baca: secular),
corak cara memandang tu sangat bergantung dengan peng-alam-an. Cara dia
dibesarkan semasa kecil, peristiwa yang berlaku sepanjang ia hidup.
Lalu, mungkin dia perlukan satu ‘peristiwa lain’ yang boleh mengubah
cara pandang dia. Bukan sekadar cakap-cakap orang.
Antara yang menarik dalam skil dakwah Rasullullah
ialah betapa baginda membanyakkan pujian berbanding kritikan. Kita duduk tanah
Arab ni rasanya memang boleh bayangkan rasanya betapa sengalnya Arab yang
sengal tu, takkan masa Rasulullah takde macam ni. Dalam sirah, sahabat semuanya
macam ‘manis-manis’ je. Mungkin antara kesan tarbiyah utama Rasulullah ialah
‘membuatkan mereka percaya mereka layak berbuat baik’. Trust.
Sebab rata-rata manusia akan ‘grow’ with trust. Mungkin ada yang grow
against trust, membuktikan sesuatu pada orang lain, tapi selalunya dia akan
sakit. Dalam
Tentang macam mana nak raikan usaha dan tindakan,
abang rasa memang ada beza antara kita yang beriman dan belum beriman. Pertama
memang perlu pulangkan pujian pada Tuhan. Alhamdulillah.
Kedua, menambah yakin kita pada sunnatullah yang
memang how the world is governed. Kita tahu we have to be fiercely hardworking
untuk capai apa yang mahu kita capai. Mungkin ada orang yang 'specially
talented', tanpa payah-payah usaha pun dia boleh dapat apa yang dia dapat, tapi
abang rasa dalam kes ni shame on him la, sedangkan dia boleh dapat lebih baik
lagi.
Sebenarnya orang yang benar-benar faham framework aqidah ni
sepatutnya,sepatutnya berusaha lebih, lebih berbanding orang yang tidak. Kalau
tidak, maknanya dia belum betul faham. Lalu timbullah kritikan ‘percaya pada
takdir melemahkan usaha, melemahkan umat Islam.' Padahal sangat-sangat
terbalik.
______________________________________________
Kalau salah silap betulkan ya. Atau kalau ada jawapan lain. Trimas. =)
Mungkin nanti, bila saya membaca semula yang tertulis di atas ini, saya akan punya jawapan lain. Atau.
Tata!