03 April 2013

bukan untuk hari mengundi


Sahabat, ingin sekali aku tanyakan.
bagaimana ya, kau mengatasi ketakutan
kepada perkara yang tidak mungkin
diputar-semula-ke-belakang?

Membaca riakmu, aku tahu benar kau takut.
lalu, dari mana kau beroleh kekuatan untuk meneruskan?

Hidup adalah pilihan.
setelah kau dipilih
dan memilih untuk terus hidup
kau memilih untuk memilih.

Tatkala perkara yang tidak mungkin
diputar-semula-ke-belakang
menjadi perkara yang tidak mungkin
dihenti-jalannya-ke-depan;
Ketakutan adalah bekal
buat dikendong di belakang.
Hadapan kau suluh
dengan ilmu dan harapan!




_______________________

Again, April. Here you come.
Aku ingin membencimu dengan sederhana.
Aku ingin.


6 comments:

Ainul Arina said...

jawapan,
ada nanti
kongsi

ain said...

bukan untuk hari membenci

Anonymous said...

dua perenggan awal, Haniff yang tulis? just a random question =>

tepianmuara said...

Kak Ainul,
jawapan,
ada nanti
akan saya jeritkan
pada dunia.




ain,
selamat ya.


Kak,
yup, saya yang tulis. =)

Anonymous said...

somehow i feel like they're my writing.. haha. nice nice. Allah m3akum. MC.

tepianmuara said...

haha.
jiwa penulis kot kak, berada dalam dunia rasa yang sama.

trimas. =)