Menulis rupanya tak semudah yang pernah saya rasakan. Hidup dalam ketergesaan, menuju matlamat adalah hidup yang tidak menyisakan banyak ruang dan masa untuk bermewah dengan kenangan. Ambil pilih yang penting-penting buat pengajaran, selebihnya harus dilambai seperti setelah melepaskan wau cantik ke langit.
Tapi itulah. Buat saya misalnya, yang sudah terbiasa bergelumang kenangan, sukar sekali untuk unlearn, untuk unwind. Untuk move on selepas menentukan mana bekal dan mana beban.
Setelah (seolahnya merasa) berjaya, saya sedari hidup berbeza.
Ada cerah cahaya setelah langsir diselak, ada segar udara setelah tingkap dibuka.
Ada lorong-lorong masa dalam hidup sehari-hari baru ditemui, minta diisi.
Hidup memang indah, yang bertuah yang merasa, namun tidaklah tercipta hidup semata kerana keindahan. Sekurangnya tidak dengan 'keindahan' yang kita maknakan. Hidup adalah jalan juang. Jalan kesilapan.
Jalan jatuh dan bangun. Jalan keinginan. Jalan yang kita warisi dan akan kita wariskan.
Jalan jatuh dan bangun. Jalan keinginan. Jalan yang kita warisi dan akan kita wariskan.
II
Untuk menggerakkan zaman, hidup memerlukan keputusan-keputusan orang muda.
Terangkum dalamnya ke-betul-lan dan ke-salah-han. Setelah ia dewasa, menjalani dunia dan menjadi tua, ia akan mengajar orang muda darihal silap-silapnya. Bukan ia terlalu lewat, cuma selalunya terlalu awal buat orang muda untuk faham.

Saya masih muda, begitu fikir saya. Di hadapan, dunia terbentang untuk cuba difahamkan.
Terbentang untuk menerima keputusan dan kesilapan-kesilapan.
Terbentang untuk mengajar membetulkan.
Terbentang untuk menerima keputusan dan kesilapan-kesilapan.
Terbentang untuk mengajar membetulkan.
Saya akan melangkah. Saya tidak tahu sampai bila saya akan terus melangkah.
Dan pastinya, esok saya akan menolah ke belakang.
Saya tahu, saya tidak perlu pasti bagaimana pandangan itu nantinya;
Dan pastinya, esok saya akan menolah ke belakang.
Saya tahu, saya tidak perlu pasti bagaimana pandangan itu nantinya;
3 comments:
Membaca ini dan membeban kenang-kenangan,
merasa sakit membuat pilihan
menghambat takut menghadap hari depan
entah mana takdir bertemu
entah mana kekesalan menunggu
doakan ya, dik?
:(
*senyum semula
Ambil pilih yang penting-penting buat pengajaran, selebihnya harus dilambai seperti setelah melepaskan wau cantik ke langit.
suka ayat ni :)
akak-akak atas,
Ini Kalilah!
haha.
selamat mengundi
hati sendiri.
(harap SPR nya amanah)
=)
Post a Comment