__________________________
Cuma sehari di Paris, sampai awal pagi, sarapan dalam taman, melawat besi buruk Paris, jalan-jalan Champs Elysees, pusing Musee de Lourve ziarah Monalisa, petang ke malam di Grand Mosque of Paris, mengagumi senibina ke-Andalusia-an di situ. Sayu mayu sikit baca mesej kawan. Kemudian ke airport, bersejuk-sejukan mencuri lena menanti flight esok pagi. Menumpang sayap kapal terbang, kami melepasi awan dari Paris ke Geneva.
Hasrat awal nak lawat CERN kat Geneva tu, permohonan e mail dah dapat perkenan, tapi berkhilaf pulak dengan rancangan. Khilaf macam mana pun saya dah lupa. Transport ke sana agak mahal kot. hah.
Rail transport memang utama. Setelah banyak kali berkira-kira untuk survive 4 hari 5 malam di sini, kami memilih untuk menginap di Interlaken, terletak di tengah-tengah Swiss, dengan harga lebih murah, dan berulang alik dengan tren ke tempat-tempat lain. Harga tiket student untuk 4 hari 4 malam ialah Swiss Franc 200, bersamaan kurang lebih 150 JD atau RM650.
Dari Geneva, kami melalui Lausanne sebelum tiba di Interlaken.
Masa ni Interlaken pun macam senyap sunyi je. Yelah sejuk kot kat luar. Kalau musim panas lagi ramailah pelancong datang.
Sebahagian Dar Baraka. haha.
Di Bern. Terharu tengok pakcik-makcik ni. Tua-tua sama-sama keluar shopping sejuk-sejuk camni.
salju melebat,
dan entah buat kali ke berapa ia
hangat rangup menyambut
derap langkah kalian
perlahan
tapi teguh.
genggam erat itu
aku tertanya
hanya kerna beku salju
atau nyata cinta?
Di Bern, kami melawat Old Town, Einstein Museum, Bear Park, Clock Tower, Prison Tower, dll.
Tasik Lucerne kalau tak silap.
Ha, ni la jambatan Lucerne yang aku cakap hari tu. Klasik. Lawa.
Hari-hari seterusnya diisi dengan shopping, berehat, masuk muzium (juga untuk berehat, baca-baca, dan memanaskan badan) juga main salji. Saya pergi trip solo pusing Tasik Lucerne. Banyak gambar menarik masa tu, cuma dah tak terjejak bila nak cari balik.
depan hostel.
Grindelwald, port femes main salji.
Hari akhir kami ke Zurich, destinasi akhir di Swiss sebelum mengambil penerbangan ke London. Kami ke National Museum. Menarik. Diceritakan sejarah awal Swiss, kemajuannya, pendirian berkecualinya dalam konflik-konflik dunia, secrecy, mystery bank nya, dll. 'Dll' sebab dah tak ingat. haha.
Tentang hari ini yang sedang menjadi sejarah.
Budak-budak enam orang jumpa pensel warna.
Random pic masa jalan-jalan. Suka.
Di Zurich hari tu, suhu mencecah 12 darjah celsius. Ne ga tive. Ada masa salji turun sepoi-sepoi bahasa, kadang garang entah bahasa apa. Sejuk dia memang tak boleh lupa. Kami cari masjid. Setelah mendapat bantuan beberapa pakcik tempatan (yang kadang betul kadang salah, kejap betul kejap salah) kami sampai akhirnya. Alhamdulillah.
Lega, 'tak mati beku kita hari ni'. Masjid ni rupanya terletak dalam kawasan perumahan.
Sampai masjid, solat, rehat. Dengar ceramah sikit. Sembang dengan pengurus masjid, Yusuf kalau tak silap nama dia, dari Somalia. Pergh, layanan dia memang cambest. Kami dijamu MAKAN. Ya Allah. Cuba bayangkan, setelah 'berjemur' kesejukan negatif 12 berjam-jam, kami dapat makan!
Salami, roti, dengan 'sambal'. Saya rasa itu antara sesi makan paling nikmat sepanjang hidup.
Gambar kenangan dalam masjid.
Geneva- Lausanne- Interlaken- Bern- Basel - Lucerne - Zurich
______________________________
Ni nak quote Sadis,
"
Yang menjadikan kembara itu satu kembara yang indah bukannya berapa banyak gambar yang ditangkap, atau berapa banyak gambar yang di-upload, juga bukan berapa banyak negara yang dituju dan bukan berapa banyak status FB yang ditulis. Tentu juga bukan berapa banyak entry yang di-publish.
Boleh jadi kembara seseorang dari rumah ke masjid Yarmouk itu lebih terisi dari kembara dari rumah ke Sepanyol. Maknakan kembali kembara anda, sebelum ianya menjadi kembara yang suka tetapi nihil belaka.
Niat, tujuan, objektif haruslah ada dan selari dengan syariat. Bahkan berjalan tanpa objektif hukumnya makhruh. Pegang kepada dahan yang kukuh agar kita tidak terhanyut sepanjang kembara. Selak kembali al-Quran, mesrai ayat-ayat-Nya, juga selami hadis-hadis Nabi agar kembara kita ini 'bersama Tuhan'.
Bahaya bermusafir bersendirian, bergeraklah dalam kumpulan dan lantik seorang ketua. Ucapkan selamat tinggal kepada yang lain, dan bayar segala hutang. Banyakkan juga berdoa sepanjang musafir, kerana ianya mustajab.
Semoga pulang kembara kali ini dengan jiwa yang lebih terisi.
Jauh berjalan ke tanah Eropah
Mata memandang hati mencari
Setiap langkah kurniaan Allah
Layakkah kita tidak hargai
"
____________________________________
Tengok gambar-gambar kembara lepas memang boleh buat senyum-sengih.
Selepas kembara Eropah Spain-Paris-Swiss-UK tempoh hari, saya rasa (decide, kononnya) nak bersara, nak settle down. Cukup-cukuplah tu. Nak kumpul duit sikit-sikit untuk masa depan.
Tapi, minggu lepas, Luqman tanya, 'ada tak buku Lonely Planet Europe, nak pinjam'. Setelah ditanya nak ke mana, Luqman melepaskan sederet jawapan.
Bila disebut Jerman, saya terbayang Berlin Wall. Bila disebut Amsterdam, saya terngiang-ngiang lagu Jacques Brel, Dans Le Port d'Amsterdam.
Haih.
Jadi...
6 comments:
Pasal german,ada orang tak suka.Sebab dikatakan diorang jenis tak rai sangat orang luar.Tapi entah kenapa time kitorang pergi haritu lain jadinya.Asyik jumpa yang suka nak tolong dan senyum.Suka2.
Best German,Sejarah dia pun best.Sambil tulis ni pun senyum2 teringat German aih.
Waa,Lucerne lagi lawa lah time summer.Plus tengok gambar putih je semua rasa macam tak mampu je hidup sejuk sejuk gitu huu.
aku agak itu advantage sikit jadi perempuan masa travel, org tempatan takdela rasa 'terancam' dan lebih suka dan berani nak approach.
harap-harap german terus bes.
lucerne. tulah, aku agak memang lagi lawa time summer. sebab dalam cte hindustan pun biasanya bergolek-golek kat situ time summer je.
tapi serius, aku tertanya-tanya, berapa banyak korang habis trip ke swiss haritu? siap pi jungfraujoch lagi. hah
semua semua ger-swiss-czech dalam 1700 plus minus.ok la sebab summer kan & 2 minggu,puas jugak jalan.kalau tak shopping sangat.
yup, sebab summer.
tapi banyakkk tuu. haha.
aku travel kali ni pun cube nak belanja 1000 je. emergency, tambah 100.
makan maggi lah nampaknya. hah
My God,
When was this trip?
It was truly beautiful. I missed those moments, especially the cold that numbs your brains and fries your heart.
2012.
eh, you hate winters don't you?
It really was beautiful.
'fries your heart'. exactly why I love winters.
Post a Comment