01 November 2013

ada masa hidup macam sate,


Seratus sate hangat dalam talam
lima enam hangit dalam perjalanan.

Seratus jiwa sejuk lapar nak makan
lima enam bangkit tolong masakkan.


Okeh, untuk minggu depan, budak serumah  cadang nak jual sate.
Sempena isi masa lapaaaang, bermesra gelak tawa sambil mengambil tempahan.



__________________________________

...terasa seolah diperam dicucuk dipanggang dan dihidang.
tapi, hey, sekurangnya tak seperti arang, berpanas hilang ringan dan dilupakan.

kalau hidup kau macam sate pun sekarang, cubalah jadi sate yang terbaik.
kalau hidup kau macam arang pun sekarang, cubalah jadi arang yang terbaik.

terus dan terus lagi.

di depan masih ada jalan.
di depan tentu ada harapan.






2 comments:

atiqah said...

minggu depan cuti ke weh? banyak betul masa hang nak jual sate.

tepianmuara said...

exam hari rabu, khamis coti.

orang kata belajar medik kat timur tengah memang banyak masa. entahlah.

haha.