buat kenangan
Satu PERMAI, satu perut, satu usus.
Tak sangka juga, sambutan korban kali ini memakan banyak korban.
Biasanya dulu di sekolah atas bukit, kalau ada keracunan makanan (selalu), dan jerebu, kami sambut dengan (agak) gembira. Sebab boleh cuti. Kadang sampai seminggu. Sakit perut satu hari diganti dengan makan enak seminggu di rumah. heh
Harap-harap ahli Permai tiada yang melarat sakitnya.
Sebagai orang yang (agak) selalu bergelumang dengan masakan dan biro persegaran, saya yakin orang yang paling terseksa, paling terkorban, dan paling pedih saat ini ialah si tukang masak dan pasukannya. Moga mereka tabah.
2 comments:
semalam aku dah syak bau makanan dia lain macam. tapi kerana nak rasa pengorbanan tukang masak, aku punh makan.
dan ditambah nasihat kau dalam sajak semalam - kunyah dengan linangan air mata. hahaha
hahahahah.
linangan air perut sekali.
tapi beslah, ada peristiwa macam ni. baru warna warni. yang penting, amik iktibar. haha
rumah aku semalam hampir semua solat subuh awal waktu.(lepas guna tandas). satu pencapaian. ha
harapnya takde yang melarat lah.
Post a Comment