17 October 2013

sakura dan salji





Sakura dan salji 
ialah ia bunga saudara
gugur menyapa membawa cinta
penawar kata segala bara,
harum dan putih
manis dan bersih.

Sakura dan salji
tidak hadir sekali
kerna angin yang menghantar indahnya
hanya mampu memilih satu,
satu sekali masa
untuk bergelar setia.

______________________

9 comments:

nima said...

Deep! [pernah ke tak deep? =p]

tepianmuara said...

haha. cuma 'main kata' lah kak, main kata.

=)

bawahbumi said...

Kalaulah angin boleh memilih keduanya sekali satu masa.

Kalaulah..


tepianmuara said...

kita dah tak buat kerja lain la kot,
duk tengok sakurasalji.

Anonymous said...

That was beautiful.

nurfadhlinashaari said...

lama tak komen kat sini.

haniff, rasanya yang dalam gambar tu bukan sakura. tu pokok 'ume' dlm jepunnya. dia kembang masa sakura dah byk gugur.

rupa se akan2 sama. tapi kelopak dia lain

tepianmuara said...

hehe.

mekasih!

sebab aku tak tau pun sakura betul. cuma tau dia ni adik beradik cherry blossom. atau, inilah kira sakura kami kat sini.

macam panggil kucing tu harimau, walaupun harimau memang famili kucing.

haha.

nurfadhlinashaari said...

jemputlah ke sini tgk sakura! hahah

tepianmuara said...

tengoklah kalau ada rezeki. mahall weh sana.

kalau tak pun, takpelah. aku dah dapat tengok tulip kuning, rasa xpe je kalau tak tengok bunga lain. hah