18 February 2014

Keluarga Gerilya



Antara ni'mat paling ni'mat ialah menemui buku-buku bacaan mak abah dulukala, yang telah digariscontengnotakan. Dengan pensel, dakwat merah dan biru. Kertas-kertasnya beransur kusam kuning, dalam jalannya mengenal waktu.

Membacanya, menambah garis-conteng-nota yang sedia ada.
Membayang menyerahkannya satu hari nanti buat anak sendiri,
" Nah, untukmu anakku. Keluargamu keluarga membaca."

9 comments:

Mn Salam Abdullah said...

untungnya sape jadi anak tepianmuara. :p

Anonymous said...

like komen diatas :PP

Aishah Nur Hakim said...

ya allahya allah belum jumpa buku Pram yang ini. edisi lama pula tu! cemburunyaaaaa

tepianmuara said...

Sale. Behave please. Haha

tepianmuara said...

Anon,
Asal sale je like, asal sale je like. Ish.

Hah.


Kak Aishah,
Mak bagitau buku ni novel qajib untuk tingkatan 6 masa belajar dulu. Tengok tulisan mak dalam tu sama serupa dengan sekarang. Belejet, kata orang jawa. Hah

Terfikir, sejauh mana sebenarnya kita boleh berubah dari usia itu?

(Belum habis baca pun buku ni sebenarnya. Haha)

Mn Salam Abdullah said...

Curious. sape anon tu Nep? haha

tepianmuara said...

Kau jugak la kot. Hahaha

Hamidahamdan said...

salam sewaktu saya ke jakarta sempatlah saya membeli keempat tetralogi pulau buru : anak semua bangsa, rumah kaca, bumi manusia dan jejak langkah. benarlah penjara itu menghasilkan karya yang cukup indah. pak pram yang novelnya masih digunapakai untuk subject kesusateraan sehingga pendidikan tertiary.

tepianmuara said...

Waaa. Serius teringin ke jakarta.

Belum habis baca buku ni, jadi tak berani nak nilai.

Penjara tapi masih bebas berkarya, mungkin belum sebenar-benar penjara buat kaum penulis. Seperti dilalui pak pram, seperti buya hamka.

Kita hari ini menikmati hasilnya.