26 February 2014

sri aman

Senja dan Kata-kata Biasa

Awan membentuk berat-memberat
batik langit larat-melarat
dalam hati berakar berurat
alamat kerat sudah tersurat.

Siapa bertanya siapa meminta
siapa menduga siapa meronta.

Teja menjadi teja
setelah senja muram cahaya
raja menjadi raja
setelah rakyat memadam murka
perkara menjadi perkara
setelah tiada dendam terima.

Yang binasa biar binasa
yang tumbuh biar melata.


Sri Aman,
September 2013


----------------------------

Sri Aman ni kata Pakde Marais, asal namanya Simanggang.
Diberi nama baru sebab kat sinilah komunis menyerah kalah.

Penat saya google nak cari kesahihan, nak tahu tarikh tepat, dan kronologi peristiwa, tak bertemu sudahnya.

Selam punya selam, jumpa kata-kata,
"Menang tulis sejarah, kalah tulis puisi."

Haha dalam hati.

Selalunya dalam satu puisi, akan ada satu frasa atau rangkai kata yang dirasakan istimewa buat penulis. Dan selalu juga, seluruh puisi terbit awalnya daripada kata-kata tersebut. Untuk yang ini, saya pada mulanya menemui kata 'batik langit', semasa melalui lebuh raya dalam perjalanan ke Kuching.

Sebelah kiri banjaran gunung, dan awan bersemayam di atasnya, batasnya jelas diukir cahaya. Hampir sepanjang jalan, sepanjang petang. Seumur hidup itulah awan paling cantik.

Seumur hidup itulah, tuan.

No comments: