Tiada yang istimewa dengan bulan malam ini
cuma semerbak cahaya sedang manusia lena
cuma gemersik bayang tika terang digeser awan
cuma jauh rajuk bintang, sunyi diam dari pandangan.
Ombak hanya mahu bertenang, surut dan pulang
langkahnya lenggang, pada pantai ia berpesan,
"tiada yang istimewa dengan bulan malam ini.
harus saja kau lupakan, saat esok aku datang."
Bulan tidak mendebur kata.
pada baginya, nyata segala dari cahaya.
Irbid-Tanjong Karang
----------------------------
Gambar takde kaitan. Tapi suka gambar tu.
Info tambahan; semasa bulan penuh, laut dan ombaknya akan lebih garang bila pasang, lebih lurut waktu surut.
3 comments:
Your words are beautiful and inspiring. :)
W?
Info tambahan lagi, bila bulan penuh, esok paginya, kalau gi pasar, ketam gemuk2, banyak! Haha
Anon,
Harap xdela inspire buat mende jahat pulak. Haha
Fadh,
Haha. Bantai jela letak W. (separa tipu)
Oh yeh? Waaaa. Murah tak kat sana?
Post a Comment