16 March 2014

OnG dan tulisan-tulisan tak siap.







Dia dulu janin yang aku kandungkan
dia dulu bayi yang aku susukan
Tidurnya diam tenang, bagiku bagai bintang mengerlip harapan.

Selalu riang dia ke sekolah.
Kadang pulang masam;
bergaduh, diseneni, dan nombor belakang
dalam peperiksaan.
Sekolah, padanya kukatakan
adalah dunia baru
kawan-kawan dan guru
buku-buku dan ilmu,
tanah subur tumbuh peribadimu.

Sebelum jauh, dia mula pandai menulis surat cinta
membalas mesra dan senyum gadis sebaya
sendiri nanti dia akan tahu,
bagaimana mengukur mesra dengan cinta
bagaimana mengukur cinta dengan bahgia.

Seperti selalu, hari berlalu
dan dia tiba-tiba dewasa.

Aku jadi makin tak tahu...

Bagaimana fikirannya?
Bagaimana dia memandang dunia?
Ke mana dituju arah hidupnya?

Sedang bagi seorang ibu,
setiap anak
adalah cita-citanya.



(tak siap. banyak lompong. baris janggal. tak tahu camna nak siapkan. malas fikir. nak exam. tapi nak letak jugak. haha.)
_______________________________________




Kasih ada pada detik kesakitan yang ibu tahan saat melahirkan.
Kasih ada pada tiap kucupan ibu di dahi.
Kasih ada pada tiap doa ibu menghujani hari-hari kita.
Kasih ada setiap ibu bangun melipat pakaian seisi keluarga.
Kasih ada pada roti yang terkadang hangit ibu sediakan buat sarapan.
Kasih ada pada tiap pandangan saat ibu melepaskan di lapangan terbang.

Kasih ada pada tiap butir air mata harapan
'anak, moga langkahmu akan tenang. kalaulah diizinkan Tuhan, sampai ke kuburpun ibu mahu mendoakan!'

Si anak yang selalu tidak tahu, betapa beruntungnya dia!



__________________________

Rabu ni exam OnG.
Duhai, kenapalah kena belajar banyak-banyak pasal perempuan ni. Penat.

Jumpa ni dalam buku OSCE,

"Perempuan mengenal musim
hijau tunas dan daun kering
seperti mengenal dirinya.
Bahawa setelah malam layu dan
subuh terjaga; dari kuntum
dialah perempuan
memekarkan bunga."

Teringat belajar dengan Nidzam hari-hari sipi nak SPM, nak ingat istilah punya pasal,
"endometrium! menulis be ribu-ribu perkata an. endometrium!"
________________________


What's left of all those women after all those estrogen?
Entah, aku terfikir ni bila jalan-jalan di Syarik Jamiah.
Teringat, lagi-lagi musim panas bakal menjelang.
Makhluk-makhluk seksi berjalan terhuyung-hayang (penuh berlenggang maksudnya),
dan lelaki-lelaki meluangkan masa menatap timbunan estrogen.
Ramai-ramai. Macam pesta. Ya, Arablah. Kitalah. Akulah.

Sigh.

Tentulah, aku masih yakin
harga perempuan jauh lebih mahal dari itu,
harga lelaki harus lebih mahal dari itu.

_________________________

Okeh, tata. Kali ni menulis memang untuk berehat.

Tolong doakan Exam OnG kami kali ni ya!
Berkat apa yang kami belajar.
Semoga lahir anak-anak yang sihat, ibu-ibu yang terus sihat.





8 comments:

Anonymous said...

It was you then~ =)

Penat kan? Diri sendiri pun penat belajar pasal diri sendiri.

itu baru yang tertulis. Seribu lagi perlu dipelajari pada yang tersembunyi.

selamat, haniff~

Mn Salam Abdullah said...

Buat leklok Nep. All the best! hehe

tepianmuara said...

It was me??
Hmm, tak faham dan rasanya bukan. Serius.

Sembunyi. Sedang yang tertulis pun kadang lebih misteri.

Selamat kembali.


Sale,
Haha. Baik le. Mekasih.
Rajin pulak kau komen sekarang kat sini.
Terharu rasa. Jeles pun ada. Haha.

Anonymous said...

best menusuk bait kata puisi untuk ibu ...

;)

.: nia :. said...

moga lahir doktor-doktor yang hebat (:

tepianmuara said...

Anon,

Tak terdaya lak nak siapkan. Selamatlah


Ain,
Ameen. :)

Unknown said...

Dahsyatnya bahasa! Suka!

Dah lama tak menyebut benda-benda biol-ogy (Haha).

Rindu sebenarnya. :'(

Btw, diseneni tu apa?

tepianmuara said...

Ummi waleed,

Selamat membaca. =)

Belek la balik buku sekolah duluu. hah

Oh, diseneni tu sebat daripada bahasa jawa, 'dimarahi'.