07 May 2014

Hujan dan Perahu (Kertas)

Hujan, hujan, kau datang seperti semalam menjanjikan harapan
senyap-senyap masa kau undurkan aku seperti
anak kecil tersenyum menjamah rintikmu berputus-putusan.

Cuma hari ini mentari turut meraikan dan memberi peluang
lalu hari ini awan tak lagi kelelahan menanti tangismu diam,
cuma hari ini angin sudi menjemput dan mengutuskan kenangan
lalu hari ini aku membilah satu-satu detik-detik lalu menjadi wajahmu.

10 30 malam
belas-belas Syawal,
Study untuk re-GIT
Tadi jumpa Dr Mukhallad,
terkesan dengan senyum tenangnya.


_________________________________

Perahu Kertas. Mula-mula tonton muvinya, kemudian baca novelnya. Sangat bes, keduanya. Pertama kali dapat tengok muvi yang mampu menandingi novelnya. Oh, mungkin agak (sangat) bias, sebab ada Zakiah Nurmala. Ya, Zakiah Nurmala yang di'fatwapujangga'kan dalam Sang Pemimpi itu.

Aku perasan, banyak quote dari novel yang dipadatkan menjadi lebih kemas untuk dimasukkan dalam muvi. Stylo lah penulis skripnya.

Sekali sekala buka luka lama ye dak. hah

Di hujung novel, setelah tamat, penulisnya, Dee, menyatakan sumber inspirasi novel ini ditulis. Antaranya, lagu Mystery oleh Indigo Girls ini,



Buat saya terfikir, banyak sebenarnya ilham sekeliling yang sangat boleh dijadikan bahan penulisan. Sebagai spark yang memulakan, sebagai peneguh sepanjang jalan. Tinggal nak tak nak. Tinggal rajin tak rajin. Disiplin tak disiplin.

"Dalam sekian banyak bintang, seorang seniman pasti akan menemukan bintang inspirasinya."

Masalahnya, camne nak cari bintang kedua ni? Macam manaaaaa. haha

"Hati itu dipilih, bukan memilih. Bertahan atau melepas, bagaimana hatimu? Bergantung hatimu. Hatimu yang tahu."

Nasib baik sempat baca Jalan Cinta Para Pejuang, tulisan Salim A Fillah, dapatlah merawat sikit. Selebihnya perlu diusahakan, ye dak?

Dahlah. Tinggal dulu. Tata.
Sekarang round Psikiatri.
Sudah syukur saya tak lebih gila dari ini. haha


5 comments:

Anonymous said...

:)

waa said...

haa aku mmg nak cari buku ni. siapa tah cakap haritu buku ni best. tau tau je dah keluar movie haha

nurfadhlinashaari said...

both lagu best.
cerita dia pasal apa?

Anonymous said...

sedihh. lepas sejam berenti sat nangis sedih sgt

tepianmuara said...

Anon,
Balas senyum.

Waa,
Baca ngan tengok sekali weh. Memang bes waa.

Fadh,
Lelaki perempuan, tentang pilihan, karya dan inspirasi, tentang cita-cita, budaya, pendidikan bangsa.

Anon2,

Haha. Faham2.