25 April 2014

Laut

Laut China Selatan, tulisan Wani Ardy
(yang aku panggil, Bumi Berani. Haha)

“Kau lari-lari kejar air laut,mestilah lambat laun pasir pantai terlerai. Kau celup badan dan kau selam dan kau selam dan kau selam, baru kau sedar luasnya benda dambaan kau ini. Besar rupanya ia, sampai kau berenang sampai nak patah kaki pun kau tak terteroka semuanya. Kau takkan faham ia sampai bila-bila. Dan ia terlalu penuh untuk meluang masa memahami kau yang cuma manusia bernyawa rapuh yang boleh dimatikan dengan beberapa gelombang bodoh. “

“Kau kata kau mesti berani ambil risiko sedang konsep risiko belum kau faham. Hari ini bila kau dah hidup mati seorang, kau terpaksa telan semua risiko yang kau canang. Kau beritahu aku, macam mana nak berenang merentas Laut China Selatan sambil genggam pasir dua belah tangan?”

Laut. Camnilah yang aku rasa masa terapung sorang-sorang tengah-tengah Blue Hole, Dahab. Sejak itulah aku kalah minat pada metafora laut. Sebesar mana pun kau, kau takkan pernah faham laut. Dia boleh telan kau bila-bila masa.

Tapi laut pun indah. Terapung seorang, kau takluk melihat panahan cahaya, dan ikan-ikan mesra. Ada irama entah dari mana. Tapi biar kau tanya diri kau betul-betul, kau sanggup mati kerana keindahan?


Ah, jangan risau,kawan. Jalan saja. Nanti kita mati sama-sama. Haha.

2 comments:

.: nia :. said...

happy birthday..may u be blessed (:

tepianmuara said...

u too! =)