London, gambar random.
Menjadi warga bahasa bererti bersaudara dengan kata-kata.
Menulis puisi ada kala seperti bersesi temuduga dengan kata.
Kadang kau hadir menawar diri, kata memutuskan.
Kadang kau diam menanti, kata berebut berlanjutan datang.
Kadang kau hanya memerhati, memilih kata di kocek sendiri.
Dua
Biarlah puisi jadi alat sesiapa,
dia dan dirinyalah akan memaknakan puisi, bukan sebaliknya.
Kata-kata bertitiktolak, bertolaktitik
dari sesuatu yang telah ada.
Sampai bilapun sebilah kata
takkan mampu mencipta.
Tiga
Pakaian dan kemewahanmu, pakaian dari kata-katamu.
Cenderung untuk merasa tinggi, menjadi pembawaannya yang sejati.
Sedang itulah yang sering ditegur diperingat padanya
bahawa lalang lebih bijak dari kelapa dalam menghadapi badai.
Namun tetap, kelapa lebih berguna walau setelah tumbangnya.
1 comment:
Yang SATU tu, setuju banget. Hakhak.
Post a Comment