Tak, tak, saya tak punya suatu apa untuk ditulis, apa-apa yang menarik untuk dibaca. Saya hanya ingin menulis. Kepala saya kosong.
Oh ya, saya sedang dengar lagu: Kau Ilhamku.
Mungkin saya harus menulis tentang mimpi malam tadi, atau bagaimana saya tetap terus tidur sepanjang hari.
Mungkin tentang buku yang sedang saya baca, kata-kata yang buat saya senyum tiba-tiba.
Minggu ini, entah daripada siapa,
'meski kau diam, angin akan membelahmu perlahan'
Tentang movies yang baru saya tonton.
Tentang anak-anak kejiranan ni yang keriangan bermain lopak dan hujan.
Tentang musim sejuk yang semakin buat saya senang hati.
Tentang esok ada round dengan Dr Hala, specialist pediatrics dalam endocrinology. Atau endocrinology dalam pediatrics. Entah. Saya cuak juga dimarah, jadi saya cuba juga membaca sehelai dua topik endo...
Ah.
Bicara apa lagi yang tersisa antara kita, teman
malam ini, mimpi pun bungkam.
Semenjak dua ni, saya semacam terpinga. Saya datang ke tanah ini hujung tahun 2009, umur lapan belas. Seingat saya, baru habis lima tahun di sekolah menengah. Tiba-tiba kini sudah di tahun enam, beberapa bulan sebelum grad (insyaAllah).
Menginjak masa, kita melangkah semakin tinggi.
Pokok sawit dibawah semakin kecil, laut semakin besar.
Saya gayat.
Semalam semakin jauh. Saya belum kenal esok.
Panik. Seolah dulu waktu lebih lambat berlalu.
Kanan kiri, saya kenal kawan yang benar merancang hidupnya, lima sepuluh dua tahun hadapan. Ada yang masih terus mahu hidup suka-suka, capai apa yang datang, lupakan apa yang hilang. Dan ada orang macam saya, terus tertanya-tanya.
Saya tertanya, tentang umur kita dan umur dunia.
Saya tertanya, tentang manusia, pencapaiannya, hukuman atasnya, pujian atasnya.
Saya tertanya, tentang semua yang pernah dan akan kita senyum dan tangiskan.
Saya terus tertanya, tentang cahaya; semalam dan akan datang.
Saya tertanya, betapa Tuhan terlalu baik, sudi mengenalkan kita dengan-Nya.
Meski mungkin dengan darjah berbeza.
Sekali lagi kita di sini
diam memandang tanya
sebilah pena sekujur rasa
kita memilih kata-kata.
blablabla, tapi
tiada kata pernah mengalami maut
tiada kata yang akan tahu
ke mana akhirnya jiwa terpaut.
Teman, dalam hidupmu, di mana kau sekarang?
Mungkin benar kita pernah berjanji
pada suatu hari, tika bulan lebih hangat dari ini.
Apa yang saya tulis ni? Kopi? Hah
Sudah masa rasanya saya masuk tidur. Dan bangkit esok pagi, semangat pergi sekolah, ambil histori, jawab soalan cikgu, atau diam bila tidak tahu.
Tiada siapa tahu,
tapi takdir selalu berlaku.
Ah, sudah.
Selamat malam!
10 comments:
Senyum.
I wish you happiness. :)
> fadh
Senyum balik.
>Anon
Mekasihh.
Wish the same+10 for u!
Akak malam2 balik keje pn kdg2 dengar lagu kau ilhamku tu. K nk ckp tu je lol.
Selamat grad dgn jayanya!
Padahal baru perkara semalam, tapi kita sudah rasa jauh benar.
Selamatlah semuanya.
Kak Ross (?)
Bes kan lagu tu.
Terima kasih kak.
Minggu depan exam. Cuak.
Harapnya baik2 je.
Morsmode,
Terima kasih jugak.
Mungkin sebab kita yang berat mahu melepaskan. Entah.
Kadang rasa nak marah bila jadi orang yang terlalu banyak pertanyaan hidup. Sedangkan kawan dah tahu hala tuju. Stress belajar sudah satu hal, tambah pula stress tentang hidup.
Kadang rasa nak marah juga bila tahu hakikat yang diri kena buat sesuatu yang seronok bila buat. Sebab nak ambil keputusan untuk pilih jalan tu bukan senang. Sebab kau tahu, jalan yang kau nak ambil tu bukan jalan kebanyakan orang ambil.
In the end, kata kat diri sendiri, "we'll see what happen nanti". Huh.
Then, satu hari baca buku Hamka yang katanya lebih kurang, "Orang yang hidup ikut harus tiada tujuan itu mati."
*tarik selimut*
Selamat malam.
Anon,
selamat pagi!
Salam...a great blog, subhanallah:)
Just bought ur book kat MPH smlm. Dar Baraka.
Nice one!!
Ble nk grad? Mane tau blh keje sama hospital nanti;)
-jaket.hijau
wasalam.
haaa, segan la pulak.
selamat membaca!
grad, tahun ini insyaAllah. =)
Post a Comment