15 December 2014

Neonatal Sepsis

Untuk anon komen ke-7 dalam entri lepas, ini saya temukan dalam case study neonatal sepsis,

"These are necessary and basic to understanding the problem of neonatal sepsis and perinatal infections. However, the evaluation and management will de-emphasize empiric treatment for risk alone, and variation in practice will be seen as a necessary consequence of our lack of knowledge and the inherent variation in individual practitioner's tolerance of degree of risk and uncertainty."

Bagaimana kita berhadapan dengan ketidakpastian hidup?
Sejauhmana keberanian mengatasi pertimbangan risiko?
Atas apa kita memilih?

Redah sahaja, kawan.

Semuanya necessary consequence.

Bak kata abam Leo Tolstoy,
"Man lives consciously for himself, but is an unconscious instrument in the attainment of historic, universal aims of humanity."

Diam.

Tapi, yelah, 'masalahnya' kita ada sekali hidup je kan. Dan masa, tren hidup, tak mendengar rungutan kita, 'wait, wait, I'm happy here' atau ' wait, wait, I need to sort myself here'. Dia main jalan je, samada menghantar kita lebih cepat kepada bahagia, atau..

Dah zillion tahun, takde pulak tren tu rosak, berhenti baiki kejap, dan kita boleh hidup dalam dunia tanpa akibat, tren jalan semula dan kita buat biasa.

Adakah semuanya tentang destinasi? Atau (dan) ada sesuatu baru yang perlu kita cari?

Ok, merapu dah tu. Kena sambung study ni.

Jap, teringat ayat ni. Masa tu tengah minggu, saya jalan-jalan pekena kebab balad. Lepas kenyang, masuk masjid tengah pasar untuk solat maghrib. Rakaat pertama, tok imam baca dua muka akhir Surah Luqman. Sampai akhir ayat ni, beliau berhenti. Kemudian, ulang, ulang sambil teresak-esak menangis.



Your creation and your resurrection will not be but as that of a single soul. Indeed, Allah is Hearing and Seeing.

Saya terpinga-pinga. Terpinga dalam keindahan.

Siapa tahu tafsirnya, mohon kongsi ya.

Esok exam.
Aaaaaaa. Woargh.
Tinju Maut Pendekar Laut.

Mohon doa juga. =)

4 comments:

Anonymous said...

Susah sebenarnya kalau sebelum ni sudah redah dan consequences nya bukan yang biasa-biasa.

Tapi itulah, pi mai pi mai tang tu jugak. Kena ngadap jugak. Kena terima jugak.

Huh.

2 years and a half untuk fikir.

Anyway, selamat maju jaya!

and thank you.

tepianmuara said...

oklah tu, ada dua tahun setengah lagi. sempat kelip mata banyak kali.

saya memang tak pandai bab buat keputusan ni, ikut rasa hati waktu tu je.

cuma saya harap saya dalam hari yang baik masa buat keputusan penting dalam hidup.

cuba tengok doa istikharah yang Nabi ajar tu. dan tahniah kalau dah biasa baca, saya baru jumpa. rasa stylo gila. macam...kalau dah doa sungguh-sungguh macam ni, takkan la Allah sanggup untuk sediakan benda takbes atas pilihan kita (in the long run).

Mudah-mudahan. Mudah-mudahan.

Hujungnya tentulah Allah Maha Tahu.
Moga kita boleh bahagia selepas mana-mana pilihan.


(jap, kalau kita kenal, tukar semua 'saya' kat atas tu jadi 'aku' lah ya. haha)

Unknown said...

Wah terima kasih.

Doakan aku Nep!

Nanti dah dapat tafsir hujung surah luqman tuh bagitahulah ye,

tepianmuara said...

sama kasih, wan.

hehe. sampai sudah malas pulak aku cari.