10 November 2015

Conteng Rambang VIII

Kadangkala kutanyakan juga
adakah detik ini
benar-benar berlalu?




Di negeriku hari ini tiada perang, katanya
cuma sekali ini orang-orang dengan muka berang
berlarian bertempik di jalan.






Rumah saya idam,
di tengah-tengah bahasa
dikelilingi kata-kata.






Sempena hari lahir sendiri. Haha tak malu.

Di mataku April, purnama nan mesra
di dadanya aku, bayi yang kembali.
Cuma sesekali kami berkelahi
seperti mawar dan durinya sendiri.







Bestari
tanah tinggi setaman anggur.

Kau kecintaan
memberi muda harapan.

Aku datang padamu, anak muda songkok senget
namun tak pernah benar pulang.




Apa benar sebuah lukisan baik memerlukan warna hitam?
Atau semata-semata sekadar pilihan?



Tulisan bawahbumi yang terngiang-ngiang untuk majlis perpisahan dentist dulu,
'....hanya kerana sebuah topeng bodoh
aku jadi cepat mahu menghilang
kembali ke duniaku sendiri
kembali ke dunia yang aku senangi."




Mana yang lebih kau suka?
Jawapan betul atau jawapan jujur?
Kerna kadang, memberi jawapan jujur seolah mementingkan diri sendiri.




Sejauh bicara, ada kata belum berlabuh
dan senja pun tiba di atas bumbung kita
malam akan meminta jawapan baru;
rumpun padi berehat dari pandangan dunia
bersunyi menafsir mimpinya sendiri.
Esok ia kan menatap mentari
dan berbakti lagi.





Laporan cuti 2 minggu akhir sebelum tahun 6

-Buat sate, 500 cucuk. Accomplished.
-Jalan Petra. Bermalam pacak khemah. Bintang dan galaksi! Puncak Ad Deir.
-Main Fifa World Cup dengan kawan-kawan. Champion team England!
-Main badminton Amman. Ganti string. Kenal ramai orang baru.
-Kejar target bacaan. Mula pelan-pelan dulu. Mula benda mudah.
               -Iman dan Kekufuran, Badiuzzaman Nursi
               -Bahagian kedua Mukaddimah
               -2 buku puisi, Ridzuan Harun, Tuah Sujana




Beberapa quote daripada tulisan Goenawan Mohamad,
-Mungkin saya menyukai pagi karena di sana saya berlindung dari kecepatan detik.
-Jangan kutuk kegelapan, nyalakan lilin.
-Tapi, jangan sampai menelan kamu seluruhnya. Juga jangan kamu ditelan puisi seluruhnya. Selalu ada momen-momen yang saling menohok. Jangan satu hal pun menjadi total, karena diri kita sendiri tidak pernah total.

Tak tahu daripada siapa, mungkin juga Goenawan,
"Puisi ini adalah sebuah ikhtiar agar dunia privat bisa diungkapkan dan tak punah tertindas oleh bahasa orang ramai. Dunia privat saya adalah nasib saya, dan nasib, kata Chairil,
'adalah kesunyian masing-masing.'"





Gemerlapan IV
(tak habis edit, tak tau nak edit macam mana, takde mood. haha)

Adakah kau masih memandang bintang
dalam aneka cahaya gemerlapan
masihkah akan kita pilih
bintang yang sama.

Katamu, kita lebih kaya dari langit
kerna bisa mengecap indahnya
kitalah yang mempertaut bintang-bintang
memberinya nama
dan mewarisi cahaya.

Lanjutmu,
Sayang
kitalah yang mempertaut bintang
kita juga sepatutnya
bisa mengurainya.





Mana mungkin semua ini semata adalah pilihan
untuk yang bisa mencengkam, menggugat, dan melepaskan
justeru kekuatan mengalir, mencair dan hilang meruap
meninggalkan bejana-bejana berdenting, sunyi kemerlap
kata-katalah yang merakam semua, dan nanti akan ditanya.





Tak tahu siapa tulis,
"Sebuah puisi yang dipaksakan adalah perkahwinan tanpa cinta, bisa berjalan, memperbanyak turunan, tapi tak sepenuhnya sempurna, tak dicari, tapi kadang diterima."





matanya membuntang melihat langit terbentang
mengapa sampai begini indahnya
mengapa baru kali ini begini!




kata-kata yang hanya bisa bererti jika bersama.




kita merasa telah merosak segalanya
tapi bahkan mimpi membuat kita serasi.





Esok 22/6 akan ada kelas. OnG katanya, dan kau harus bersedia. Dengan apa?
Lab coat, baju bergosok. Ah, di mana mau mendapatkan itu? Solat dulu.




Puisi jarang sekali sekadar menyatakan kegembiraan. Mengapa ya?






Kubayangkan satu dunia
yang berisi cuma kita
atau kita ada
dalam semua.

Tapi akhirnya tak mungkin
kau hanya mampu menjadi kau
dan aku menjadi aku
dan kita adalah kata
yang tiada.






cuma manusia mati tak berbuat silap
cuma Laut Mati yang tak berombak.




Hai Delta Aquarids,
nak dengar satu cerita?




Siapa antara kita dapat lupa,
keindahan tangisan pertama
dari lagu-lagu
dari ayat quran
dari surat kekasih
sekaligus kita mengenal
nestapa dan bahagia.




Aku ingat lagi Dr Rashid Jomard pernah cakap, kurang lebih,
"The most precious thing is to sit down with your friends, discussing scientific things."

Berdasar apa yang kita suka. Setiap senyuman, setiap jabat tangan, semua punya makna. Dan sebenarnya setiap makna punya harga berbeza.











9 comments:

fadhlina nur said...

Yeke laut mati tak berombak? Hahah

zikri said...

Masa aku tulis ni tak pernah nampak dia berombak.
Kita sampai malam tu ada ombak. Sebab berangin. Haha

Anonymous said...

"...berlindung dari kecepatan detik."

betul. kadang bergerak perlahan dalam bilik bila pagi hujung minggu sebab tak nak bagi roommate terjaga (ok pentingkan diri). nak nikmati sungguh sungguh waktu pagi.

Umairah. said...

manis dan indah.

zikri said...

Anon,
Selamat berpagian. Senja pun best jugak. Lagi-lagi kalau ada laut, sebelah barat.

Umairah,
Pahit dan pedih, juga.

bawahbumi said...

Cecey terngiang ngiang. Kelakarnya bila ingat balik, tapi berbaloilah sekali seumur hidup, tu pun mujur Rai yang bersungguh ajak, kalau tak..

zikri said...

Haha. Bias. Sebab kalau boleh tak nak ingat part maafkan aku teman blablabla.

Terima kasih Rai.

pakurawan said...

makin minat dengan cara tulis macam ni

nampak macam main campak semua dalam satu bekas tapi dekat situ la banyak kejutannya.

tepianmuara said...

Haha. Ni cara tulis tak malu. Pecahkan saja gelasnya biar ramai.