17 December 2015

lala

Kelip-kelip

Diam-diam berembang diam
kelip-kelip datang bertandang
sayup-sayup bulan pun sayup
bintang nak tumbuh di tepi paya.

Riang-riang si kelip riang
tadi seri tambah gemilang
tiada api tiada pun gendang
irama cahaya bertingkah mesra.

Hinggap satu di tapak tangan
ingin kutanya siapa gerangan
mana asalmu menghias malam
mana hilangmu ketika siang?

Tanpa jawapan ia pun terbang
di daun berembang jua semayam
setia meneman ke hujung malam
cahaya terang tak kunjung kurang.

Indah nian alam yang sunyi
dilimpah rahmat suci Ilahi
kukenang pula lubuk di hati
apa yang berkelip, gelap begini?

Dalam hatiku Tuhan terdetik
ia tak mahu sendiri lagi.

Kg. Kuantan- Puchong
September 2015

4 comments:

pakurawan said...

Ayat last paling jauh makna

Umairah. said...

setuju dengan shafiq :)

bawahbumi said...

Bes bes. Macam sesuai je letak bawah cerita kelip kelip. Untuk Jepah.

zikri said...

Yeahhh, dedikasi untuk jepahh