20 January 2010

Imtihan!

Salam.

Selamat menghadapi peperiksaan kepada semua rakan-rakan, terutamanya yang berada di Jordan, Mesir, Morocco.
Juga rakan-rakan di tanah air.
Dan yang bertebaran di mana-mana ceruk dunia.


                  Picture of the year. Pulunlah dengan bahagia, walaupun tiada lagi Teacher Iqma yang akan membawakan air sirap yang lazat. 









   Menjawab peperiksaan juga perlukan stamina, bukan?

Selamat....
berperang dengan musim sejuk bersama bala tenteranya; hirom, katil, heater dan hormon melatonin yang memujuk tidur.

Selamat....
menguliti buku-buku tebal, menghafal, membuat latihan-latihan. Kekalkan kewarasan anda.

Selamat...
bermimpi keindahan hari-hari cuti yang akan dilalui selepas ini.

Selamat....
menunaikan lima solat fardu pada awal waktu. 
(Untuk saya, untuk saya, untuk saya, dan untuk anda.)

Selamat...
menjawab dengan tenang.

Bittaufiq wannajah!

16 January 2010

Pasca SPM

Salam.

Post ini didedikasikan buat semua 'lepasan' sekolah menengah.

Fuh, bukan main gembira semasa melangsaikan minit terakhir dalam dewan peperiksaan dulu.
Sampai ada rancangan nakal nak letakkan jam locengs di bahagian atas dewan.
Berbunyi sebaik tamat 'oven'( istilah Cikgu Raouf) peperiksaan.
Mujur, atas pertimbangan akal yang masih waras, kami batalkan.
(aduh..terlepas satu peluang 'cipta sejarah'..ha)

Balik asrama terkinja-kinja.
Ada yang mengambil kesempatan 'mengutip'setiap barang yang ditinggalkan junior di asrama.
baju...kasut...hanger...beg...pendek kata, apa sahaja yang masih boleh digunakan akan dirembat.
Fuh..banyak 'hasil' mereka...

Kemas barang balik rumah.
Sedih nak tinggalkan kawan-kawan.
Tapi, dalam kepala sudah tersumbat dengan 'MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA'.

Tiada lagi uniform sekolah.
Tiada lagi mandi perhimpunan pagi.
Tiada lagi 'terpaksa' pujuk cikgu merajuk.
Tiada lagi gotong royong 3K yang membantut masa rehat.

Tak perlu lagi beratur panjang di Dewan Makan.
Hanya untuk merasakan 'kuah tak cukup garam', 'ayam tak masak dalam', 'air teh perisa sabun', atau 'bihun dawai'.

Tak perlu bangun prep petang dan malam..
Setelah sehari yang melelahkan.

Tak perlu lagi menadah telinga mendengar ucapan berjela.
Berdiri lama-lama, seribu orang dalam dewan seperti cacing kepanasan.

Tak perlu risau solat fardu sendirian atau sodom.(solat dalam dom).
Kita sudah tidak diperhatikan. Tiada pengawas mahu balaci, tiada ustaz mahu menghukum.

MERDEKA = Tiada lagi kongkongan.
__________________________________________
Ya, dulu begitulah yang kita fikirkan. Sekarang terkadang kita kembali terfikir...

'Itu juga bermakna....'

Pagi sudah tiada orang mahu kejutkan. Terkadang subuh terlepas.
Ke masjid berjemaah??Itu usah ceritalah.

Tiada juga 'ma'athurat pagi.
Walau dulu sering juga kita tidur, kita kecapi tenang saat membaca bersama-sama.

Tiada lagi 'makanan free'. Tersedia tepat pada waktu.
Semua mahal. Terasa berat duit keluar....

Tiada lagi usrah hujung minggu.
Walau dulu naqib itu sungguh membosankan, akhir sesi kita rasa terisi.

Tiada lagi masa studi yang tetap.
Kita rasa sukar patuh dengan jadual sendiri.




Memori itu dalam ingatan, bukan cip yang boleh kita patah-patahkan.

Tiba-tiba, kita rindu semuanya.
Oh, bukan mahu pesimis ya!

Cuma peringatan,
dalam kita berdikari, punya aturan sendiri..
Mungkin ada manfaatnya kita imbau yang lepas-lepas.
Dulu pernah teratur, masakan kini mahu terabur??
Silap yang sama, jangan kita ulang.


"Tatkala mengenang masa silam,
Hargailah masa sekarang.
Letakkan harga yang selayaknya.
Hari mendatang,
kita rancang dengan apa yang ada di tangan."

11 January 2010

Kalimah Allah



Certainly, this is a big issue.
One that has a lot of implications.

As we all know, on December 31, High Court ruled that The Herald is permitted to use the word Allah in their publication.
Some of us stood aghast upon hearing the ruling.

There are arson attempts by I-Don't-Know-Who, which put Malaysia in bad light after what we have built in these fifty plus years of independence. I see this  act of vandalism as provocation to inflict more conflict and  misunderstanding among us.

I, for one, am confused.
What should my stand be on this matter.

Views
Much has been said.



Scholars, leaders, writers, bloggers had expressed their views.

Below, I state some of them ( in my word) . Some are interconnected, some are completely distinct.

1. The word 'Allah' is practised by Christian Arabs even before revival of Islam. The same goes now. There is basically nothing wrong with the usage for all Abrahamic faiths. The 'Syahadatain' is our indicator of a muslim.

2. For every problem, lies opportunity. This is what happened in America after 9/11. The effort put by Muslims there to educate people about the true face and value of Islam has been rewarded with Islam being the fastest growing religion. As this case reflect, the controversy against Islam will open more doors for daawah. What these group of people need is more explanation about Islam. Isn't it that having them saying the true god, Allah as their god a good first step?

3. This involve our identity as as a Muslim in a unique country of Malaysia. Just imagine if the word 'Allah' is used in their religious rituals. The khat Allah, is written large in their place of worship. The word is written on their cross. Isn't an insult to us?

4. This case is seen by some as the pinnacle after series of challenges thrown to us, Muslims in this country. After Lina Joy case, Memeluk Islam forum, there are several other issues that test our limit. In the name of religion pluralism, backed by some 'liberal' leaders, they seem to stand a point.

5. We have more important issues to look upon. Core issues; that while we protect the name of Allah, we neglect using the Law of Allah to govern ourselves, our family, and our nation. We didn't put necessary attention and effort to cultivate this to ourselves and our circle of influence. Action , or rather, lack of it, speak louder than words.

6. This case should be resolved in Syariah Court. Civil courts have no right to preside over matters pertaining our religion. This reminds me with the case of unfortunate Natrah, in the 1950s who was forced to revert back to Christian as the secular law used was not our side.

7. Some issue wake up call to our sultan, and Yang Dipertuan Agong as head of religion affairs to act accordingly in order to save this very fundamental word from  being  associated with impure elements.

8. This is more of a political ploy than a religious issue. They are quarters who 'play up' this issue, craving support from the mass. They are the opportunists who see chance everywhere.

Of course, I have deep respect for all the views.

In My Mind

I think this issue really involve conflict of interest.

In Malaysia, as our Perlembagaan Malaysia has approved, 'Melayu is Islam'. I add to this that 'Islam is Melayu'. Without doubt, this don't reflect the whole picture as Islam is a universal religion and thus not restricted to Malays, but I think the context is relevant in Malaysia. This is as if saying even a person of whom parents are Malay is not considered Malay unless he adheres to Islam. In other words, Malays 'are nothing' if they set themselves free of Islam.

We are curious of the underlying motives that after all this while, the Christians  want the usage of the word Allah not to be exclusive for Muslim. Their hidden agenda  open secret to change the connotation 'Melayu is Islam' is apparent. The change from God to Allah surely will enable them to ease the acceptance of the young generation of Malays.

There will be articles entitled 'Marilah Menyembah Allah Yang Sama', ' Ke arah Cahaya Allah', etc by the Christians. While this title bear no wrong in itself, the contents can confuse the muslims, if they are not appropriately educated to understand it.

Oh, you might say that I am biased...but this is what we feared most. In these days of kecacamerbaan influx of ideology, beliefs, and social diseases, we, the young generation of Malays might don't have what it takes to go through all of these. We need some kind of buffer system for ourselves and our children of tomorrow.

Having said this, I realised situation is quite different in Sabah and Sarawak. They have use the word Allah for God even before the formation of Malaysia. But, the ruling passed by the court will be effective in the whole Malaysia. The effects, massive and comprehensive, can be seen soon after if it is really implemented.

And I do acknowledge that we live in a multiracial society which have different cultures and faiths. It is clear that there is no compulsion in religion ( 'Laa ikraaha fiddin'). But, having Islam as our 'agama rasmi Persekutuan' does show that Malaysia is, 'negara umat Islam', at least. That speak volumes of some supremacy and priority in a way that it does not oppres other religions.

Muhasabah

We, Muslims often win in expressing our anger , but we score badly in expressing our thought, and  rationalising reasons behind our actions. Aggression will only fuel their hate and exaggerate their false views about Islam. We are sometimes seen as not matured enough to handle difference in faiths and love to label those who disagree with us as 'The Others'.

We have to go back to basics.
Edit our iman.
Learn, read more.

For it will change our world view.
Elevate our vantage point.
And, more importantly, bring us closer to Allah Rabbul Alamin.

We may not achieve success today, but let this 'gruelling and compelling' effort starts now.


Khulasoh

Marah itu tanda sayang, tapi bukankah melanjutkan ia dengan fikir itu lebih bijak?


Ayat ini untuk kita fikir semula.

"Say: O people of the book! come to common terms as between us and you: that we worship none but God; that we associate no partners with Him; that we erect not, from among ourselves, lords and patrons other than God. If then they turn back, say: bear witness that we (at least) are muslims (bowing to God's will)"
- Ali Imran 3:64

This shouldn't escape our notice.

01 January 2010

Pesan Mbah

Salam.

Baru-baru ini, saya skype dengan family.
Kebetulan mak terjaga pula malam itu.
Sembang-sembang.
Tiba-tiba mak teringat kaset mbah hoyot (moyang).
Mak mencari. Semangat. Saya teruja.
Alhamdulillah, jumpa.

Sedikit sejarah mbah hoyot.
Lahir di tanah Jawa.
Berhijrah ke Malaya pada usia belasan tahun.
Melalui dua perkahwinan.
Dikurniakan lima orang anak.

Mbah hoyot meninggalkan kami selepas bertahun terlantar.
Sakit tua.
Panjang umurnya.
Ya, dan tentunya sepanjang jalan hidup itu disulami suka duka.
Lautan garam pengalaman.

Rakaman yang saya akan coretkan ini dibuat sebelum mbah jatuh sakit.
Usianya ketika itu mencecah seabad.

Kami minta mbah menyanyi. Wah, seronok mbah.
Malu-malu juga.
Kami cucu-cucu mendesak.
Achilles heel...mbah mengalah.

Mula...

1. Anak Lanang.

Aku duwe anak lanang yo meng loro.
Hu alah...
Dolananmu ayola manok-manok manuro.
Hu alah...
Mencoanmu kayu agung dan kayu gerto.
Hu alah...
Ben ombenanmu laut biru, telogok iman

Glosari
Duwe           : punya
Lanang         : lelaki
Loro             :dua
Dolananmu    : mainanmu (pada konteks)
ayola           : ialah
Manok          :burung
Mencoan      : hinggapan
Ben             : biar
Ombenanmu  : minumanmu
Telogok        : telaga

Ada banyak simbol yang mahu ditonjolkan sebenarnya.
manok manuro, kayu agung, kayu gerto, laut biru, telaga iman...
Tentu setiap satu membawa dimensi makna yang lebih luas.
Saya pun tidak memahaminya secara mendalam.

Namun, intipatinya, lagu ini berupa semacam satu keluhan dari satu kerisauan. Atau, kita boleh melihatnya sebagai satu harapan. Dalam masyarakat Jawa dahulu, ( dan hampir kebanyakan masyarakat seluruh dunia sebenarnya), anak lelaki dianggap pengubah nasib keluarga. Merekalah yang akan diutamakan pembelajarannya. Diatur gerak langkahnya. Untuk mendapat pekerjaan yang baik. Membantu meringankan beban keluarga.

Anak gadis pula kahwin awal. Ibu bapa rata-rata sudah merasa berjaya jika berjaya mengahwinkan anak gadisnya dengan pemuda yang 'mampu memberi makan dan kebahagiaan'.

Dan secara umumnya, lelaki adalah pemimpin. Pemimpin hanya mampu memimpin dengan akal budi yang dipandu iman.


2. Semiriti.

Semiriti annarek ngakaling bocah,
mbok menowo lawas-lawas,
biso pecah,
biso ngeroso,
biso mikir,
biso kena.
ngarep-ngarep kabeh iku mong balelah,
Aweh bapak sandang pangan,
Ojo owol,
Aweh horto, sawo ngaji, lurut ilmu.


Glosari

Semiriti                     : (?). Sejenis permainan mungkin.
Annarek ngakaling bocah : menarik perhatian budak.
Mbok menowo               :  mungkin juga/ entah-entah
Lawas-lawas                 : ???
ngarep-ngarep kabeh      : harap-harap semua
Aweh                           : bagi
Sandang                       : pakaian
Pangan                         : makanan
Ojo owol                       : jangan kedekut

Hah...lagu ini lagi perlu 'decipher codes'..haha
Tekaan saya, lagu ini mengisahkan sejenis permainan yang boleh mematangkan budak-budak.
Tetapi hujung tu, saya rasa menyebut tentang betapa kita jangan kedekut berbelanja dalam tujuan menuntut ilmu.
Yang saya 'amat tidak pasti' samada pesan akhir ini ditujukan kepada 'si bapa' atau 'si anak'.

Sedikit pesan
Sesiapa antara kita yang punya nenek atau saudara mara yang lanjut umurnya, berusahalah berdamping dengan mereka. Tinggalkanlah sebentar laptop, PS2, novel-novel, televisyen kita. Kutiplah mutiara nasihat yang tidak ternilai harganya.

Kisah pengajaran yang kita peroleh dari buku-buku sama sekali pasti tidak sama dengan kisah yang dilontarkan 'pemilik rasa' itu sendiri. Yang terluka oleh onak ranjau itu. Yang menyedari erti kejayaan hakiki. Yang puas mencari makna kehidupan. Berbeza....walau mungkin topiknya sama. Dan saya pasti ia juga akan menceriakan hari-hari tua mereka.

Ya, satu lagi, usah bosan dengan ulangan kisah mereka. Secara logiknya, mereka yang meniti penghujung usia ini sudah tidak banyak merasai pengalaman-pengalaman baru. Kaki sudah tidak mampu jauh melangkah. Lutut sudah lemah. Minda sudah tidak rancak berfikir itu dan ini. Kulit sudah tidak upaya menahan pijar terik matahari, menanggung sejuk pagi. Sudahnya, pengalaman dahulu yang lekat dalam ingatan dikisahkan berkali-kali.

Terimalah 'kelemahan' ini. Pandanglah ia sebagai satu kekuatan, peringatan berulang untuk disematkan kemas dalam nubari.

Akhir kata, renunglah kata-kata Tuhan Manusia dalam Surah Rum, ayat 54,

" Allah yang menciptakan kamu dalam keadaan lemah, kemudian dia menjadikan (kamu) setelah lemah itu menjadi kuat, kemudian dia menjadikan (kamu) setelah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dan Dia Maha Mengetahui, Maha Kuasa."